Doa Dalam Sujud
22
Apakah kemanisannya berdoa dalam keadaan bersujud tersebut?
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Apabila kita selesai akhiri solat fardu dengan pengakhiran salam pada kebiasaannya kita akan berdoa memohon munanjat padaNYA untuk di tetapkan hati serta iman supaya kekal dalam sanubari baik bahagia didunia mahupun akhirat kelak.
Akan tetapi bagaimanakah pula sekiranya seseorang yang bersebelahan dengan anda ketika hamba Allah itu sedang solat dalam keadaan sujud dalam tempoh masa yang luar dari jangkaan normal apakah tindakan anda? Barangkali dalam setiap sujudnya dia berdoa memohon hajat yang tertentu. Tapi jika sebaliknya maka gerakanlah tubuh badannya kerana bimbang sewaktu hamba tersebut sedang sujud itu adalah saat dia malafazkan ayat-ayat Allah yang terakhir!
Kemanisannya berdoa dalam keadaan bersujud tersebut kerana pada waktu itulah kebanyakan doa-doa yang di minta akan mudah diperkenankan oleh Allah. Insyallah. Petikan dari Ibnu Abbas r.a butir kataya,”Rasulullah s.a.w. membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal waktu ketika itu jemaah diimani oleh Abu Bakar. Lalu Baginda bersabda, “Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus kusampaikan kecuali mimpi baik seorang muslim.
Ketahuilah Aku dilarang membaca Al-Quran dalam rukuk mahupun sujud. Agungkanlah Allah Azza wajalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud, pasti doamu diperkenankan Allah s.w.t.” HR Muslim.cahayacinta.cm
smoga maafaat:)