Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan Iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan Iman yang komited kepada Allah swt.
"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan Iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)
Marhalah Amal Islami (Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229)
- Pembentukan peribadi Muslim
- Pembinaan rumahtangga Muslim
- Membimbing masyarakat menuju Ilahi
- Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuasa kuffar
- Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut
- Penguasaan alam
(Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin. Dapat disaksikan di negara-negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex).
Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat ke-21 :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam(Penguasaan Alam) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah. Bait Muslim (rumahtangga Islam) sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang. Ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya.
Rumahtangga pejuang Islam
Aktivis gerakan Islam (samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan mengenderai rumahtangga Muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai, sedang rumahtangga Muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung al-Quran dan jihad.
Kedua-dua pihak (pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga Muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga.
Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .
Tips cinta untuk suami
>Bersikap baik dan lembut dengan isteri
>Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima
fitnah
>Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya
dengan baik
>Bersabar terhadap karenah isteri
>Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
>Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan
mesra)
>Membantu tugas-tugas isteri di rumah
>Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
>Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
>Tidak bermesra dengan wanita lain
>Menjaga rahsia isteri
>Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
>Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk isteri
Tips cinta untuk kedua suami isteri
No comments:
Post a Comment