Thursday 28 February 2013

Saat Terakhir Nabi Muhamad SAW Sebelum Wafat


Saat-Saat Terakhir Nabi Muhamad SAW Sebelum Wafat


Pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut.







Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw, Malaikat Maut itupun berkata:



"Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Tuesday 26 February 2013

Perbuatan ukur keimanan


Tiga perkara asas ialah keyakinan dalam hati, hadir dalam tutur kata dan amal syariat Islam
Sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran yang dimaksudkan meliputi pelbagai keadaan sama ada dengan hati, percakapan mahupun tindakan. Malah kita disuruh oleh Allah SWT memohon ditunjukkan jalan kebenaran iaitu jalan mereka yang berjaya di sisi Allah SWT dan beroleh nikmat daripada-Nya. 




Nikmat yang cukup besar bagi manusia apabila dia berada dalam cara hidup Islam. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT: “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus (benar), iaitu jalan-jalan yang Engkau berikan kepada mereka nikmat-nikmat dan bukanlah jalan mereka yang dibenci dan juga bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah, ayat 6-7) 



Pesanan dan Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W




Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W. "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu , Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
iloveislam

Monday 25 February 2013

Jom audit diri Perbaiki mana yang perlu:)



Daripada  bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”

Pernah tak korang audit diri korang sendiri:??


Tips dan Panduan Menjadi Insan Cemerlang


Tips dan Panduan Menjadi Insan Cemerlang

Tips serta Panduan ini sekadar satu pengkongsian untuk semua.Kalau rasa ia berguna boleh dijadikan panduan untuk kita.Jom baca :)

Tatacara Sebelum Tidur

1.Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
2.Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
Wanita, Lelaki, Sayang, Cinta, Cemburu, Sedih, Suka, Gembira, Contest, SEO Blog, Trafik Blog, Gambar Cantik, Seksi, Pasangan, Kekasih, Agama, Pendidikan, Informasi, Terkini, Semasa, Carian, Semakan, Permohonan, Borang, Pekerjaan, WannSerious, Aku Seorang Lelaki, Blogger, Blogging, 2013, Berita, Artis, Pelakon, Gossip, Politik, Malaysia, SEO, Mesra SEO, Tips SEO, Lucu, Lawak, Senarai, Gambar, Pelik, Menarik, Panduan, Insan Cemerlang, Terbilang, Gemilang
Tatacara Masa Makan dan Minum
1.Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
2.Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Cerita Kisah Rasulullah dan Seorang Pengemis


Kisah Rasulullah dan Seorang Pengemis

Gambar Hiasan
 
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". 

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." 

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.

Wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau setidak-setidaknya mempunyai niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.

Sunday 24 February 2013

50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI


50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI (DATO’ DR. MOHD. FADZILAH KAMSAH)


Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Para isteri pun boleh baca
  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

Saturday 23 February 2013

Apa itu Hijrah Diri


Assalamualaikum. wbt:)

Surah At Taubah ayat 20 yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar."

Sesungguhnya ayat Al-Quran itu adalah kata-kata Allah dan tiadalah benar melainkan benar sahaja.



HIJRATUL QALBIYAH

Apa pun pekerjaan dimulakan dengan niat. Oleh itu suka saya mulakan hujah saya dipagi ini dengan menekankan hijrah Hati Nurani. Sedap didengar apatah lagi jika kita mengamalkannya. Satu petua yang ingin saya kongsi bersama untuk menjayakan apa yg dicita ialah setiap kali kita memandang cermin bacalah doa ini didalam hati.

Bismillahirahmanirrahim...................sila baca di bawah:).............................


Thursday 21 February 2013

Atur dan Corak kehidupan harmoni bersandarkan al-Quran

Corak kehidupan harmoni bersandarkan al-Quran   

  Memilih gaya hidup berpandukan al-Quran adalah jalan yang sesuai untuk mengembalikan corak kehidupan harmonis. Kesempurnaan yang dicari untuk pengisian sebuah jiwa bukan bergantung kepada insan lain atau kecenderungan minat.


Kesempurnaan jiwa bermula daripada kebergantungan kita kepada Allah SWT melalui bacaan al-Quran dengan lidah. Hayatilah maksud ayat suci al-Quran melalui maksud dan tafsirnya. Mencari ketenteraman jiwa dengan menyebut dan berzikir nama Allah adalah permulaan kepada kebahagiaan. 

Firman Allah SWT: “Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Al-Ra‘ad, ayat 28) 

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti berkaratnya besi apabila terkena air. Seorang sahabat bertanya: Bagaimana menghapuskan karat itu? Jawab Nabi SAW: Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.” (Riwayat Ibnu Umar)

Membaca al-Quran setiap kali solat yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan khususnya kepada pelajar. Otak yang segar akan terpancar daripada kemuliaan lidah yang dibasahkan dengan kalam Allah setiap fajar terbit dan terbenam. 

Hati yang berkarat kerana terlalu biasa melakukan dosa juga boleh dipulihkan dengan bacaan ayat al-Quran. 

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti berkaratnya besi apabila terkena air. Seorang sahabat bertanya: Bagaimana menghapuskan karat itu? Jawab Nabi SAW: Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.” (Riwayat Ibnu Umar) 

Ganjaran membaca ayat suci al-Quran dijelaskan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: “Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan 10 pahala. Aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat ad Darimi Tarmizi) 
Dewasa ini, banyak remaja atau belia memilih untuk menghadiri pusat hiburan sebagai tempat mencari kepuasan hidup. Kepuasan hidup yang dicari dalam bentuk hiburan adalah satu pilihan yang boleh menenggelamkan akidah, maruah diri, kemuliaan peribadi dan agama.

Kehidupan yang tidak berasaskan al-Quran dalam rutin harian mampu menolak jauh manusia ke arah kehancuran. Kita semakin khuatir bagaimana generasi akan datang melihat Islam kerana agama yang diwarisi daripada ibu bapa lebih bersandarkan kepada nama saja.

Ibu bapa pada hari ini perlu menitikberatkan kecenderungan ke arah memberi kefahaman anak-anak mengenai al-Quran. Tanggungjawab ini bukan sekadar menghantar anak belajar mengaji al-Quran tetapi bagaimana mendorong mereka memahami maksud al-Quran dan boleh menerapkannya sebagai asas pemikiran serta perlakuan.

Jiwa umat Islam yang membiasakan diri dengan bacaan ayat suci al-Quran begitu hebat sehinggakan Rasulullah SAW membuat perumpamaan dalam hadisnya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari, Rasulullah SAW bersabda: “Umpama orang Mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah (limau besar), baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang Mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar yang tidak ada bau tapi rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

bh

DOA HARIAN 30 HARI


Doa Hari – 1
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku … Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.
Doa Hari – 2
Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua Pengasih!!
Doa Hari – 3
Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!
Doa Hari – 4
Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

--------------baca seterusnya -------------------------------------------------------------:)

Wednesday 20 February 2013

Tips Cinta Demi Untuk Kebahagiaan


altCinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.
Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan Iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan Iman yang komited kepada Allah swt.
"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan Iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)
Marhalah Amal Islami (Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229)
  1. Pembentukan peribadi Muslim
  2. Pembinaan rumahtangga Muslim
  3. Membimbing masyarakat menuju Ilahi
  4. Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuasa kuffar
  5. Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut
  6. Penguasaan alam
(Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin. Dapat disaksikan di negara-negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex).
Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat ke-21 :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu  tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam(Penguasaan Alam) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah. Bait Muslim (rumahtangga Islam) sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang. Ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya.
Rumahtangga pejuang Islam
Aktivis gerakan Islam (samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan mengenderai rumahtangga Muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai, sedang rumahtangga Muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung al-Quran dan jihad.
Kedua-dua pihak (pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga Muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga.
Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .
Tips cinta untuk suami
>Bersikap baik dan lembut dengan isteri
>Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
>Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
>Bersabar terhadap karenah isteri
>Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
>Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
>Membantu tugas-tugas isteri di rumah
>Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
>Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
>Tidak bermesra dengan wanita lain
>Menjaga rahsia isteri
>Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
>Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk isteri 
  • Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
  • Segera memenuhi permintaan suami
  • Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
  • Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
  • Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
  • Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
  • Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
  • Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
  • Membantu urusan perjuangannya
  • Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
  • Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
  • Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
  • Menghormati keluarga suami
  • Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri
  • Persefahaman
  • Taawun (bekerjasama)
  • Wujudkan suasana romantis
  • Atasi bebanan kerja
  • Kepuasan seks
  • Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
  • Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
  • Menghayati amal Islami
  • Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

    USTAZ NASRUDIN HASSAN | TEAM AGAMA


Fiqh Ibadah - Ruku' Dalam Solat


Fiqh Ibadah - Ruku' Dalam Solat


Oleh: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil 

Apa hukum ruku’?

Ruku’ adalah wajib di dalam solat. Tidak sah solat tanpa ruku’. Seorang sahabat Nabi s.a.w. iaitu Huzaifah r.a. pada suatu hari ia melihat seorang lelaki menunaikan solat tanpa melakukan ruku’ dan sujud dengan sempurna. Maka ia berkata; “Engkau sebenarnya tidak mengerjakan solat. Jika engkau mati, engkau mati bukan di atas fitrah Nabi Muhammad s.a.w.” (Riwayat oleh Imam al-Bukhari).

Bagaimana melakukan ruku’ dengan sempurna?

Tuesday 19 February 2013

Mengapa Kita Menadah Tangan Ke Langit Ketika Berdoa ?


Kenapa Kita Menadah Tangan Ke Langit Ketika Berdoa ?






Salah seorang ulama Al Azhar, Al Muhaddits Syeikh Ahmad bin Shiddiq Al Ghumari Al Maghribi (1380 H) telah menyebutkan alasan kenapa disyariatkan menadahkan tangan ke langit saat berdoa. Menurut beliau, Al Manhu Al Mathlubah fi Istihbabi Raf’i Al Yadaini fi Ad Du’a` ba’da As Shalawati Al Maktubah (hal.61), beliau mengatakan,

”Jika ada yang mengatakan,’kalau Allah Ta’ala terbebas dari arah, lantas kenapa menadahkan tangan ke langit saat berdoa?’”

Beliau menjawab pertanyaan itu dengan jawaban Imam At Thurthusi (529 H), ulama Malikiyah dari Iskandariyah, yang termaktub dalam Ithaf As Sadah Al Muttaqin, syarah Ihya Ulum Ad Din (5/34,35). Dalam jawaban itu, At Thurthusi memberikan dua jawaban:

Pertama:

Hal itu berkenaan dengan masalah ubudiyah, seperti menghadap kiblat saat melaksanakan shalat, dan meletakkan kening ke bumi saat sujud, yang juga mensucikan Allah dari tempat, baik itu Ka’bah mahupun tempat sujud. Sehingga, seakan-akan langit merupakan kiblat saat berdoa.

Fikir lah Singkatnya Hidup Ini

Betapa Singkatnya Hidup Ini:)

Hidup ni rasa singkat sangat-sangat. Baru semalam dunia ni gelap. Sekarang dah pun terang semula. Sekejap lagi akan gelap kembali. Singkat betul rasanya kan? 

Kita tarik nafas dalam masa beberapa saat saja. Lepas tu kita hembuskan balik. Jarak masa antara tarik dan hembus tu kejap saja kan? Kita sendiri boleh rasakannya. Lain lah kalau kita sengaja tahan nafas kita tu.

Tapi. Hakikatnya, masa yang ada memang singkat sangat. 

Masa dulu kita kecik sangat. Nak jalan pun payah sangat-sangat. Terpaksa di gendong oleh orang lain. Di bawa ke sana ke mari agar kita dapat lihat persekitaran di tempat yang lain. Dan bila tiba masanya untuk kita tidur, kita akan diletakkan kat tempat tidur kita. 
Sekarang kita dah semakin dewasa. Meningkat sedikit demi sedikit. Dan akan tiba masanya kita akan di papah serta di angkat semula oleh orang lain kerana masa tu kita sudah tidak ada daya upaya lagi untuk melangkah. Dan bila tiba masanya, kita akan di angkat pulak oleh orang ramai untuk diletakkan di suatu tempat di mana kita akan tidur buat selama-lamanya di situ. 

Dan di situlah bermulanya perjalanan kita untuk menuju ke sebuah destinasi yang akan  kekal abadi buat kita. Baik atau tidak, itu bergantung kepada corak kehidupan kita di dunia. Jika cantik dan indah coraknya, maka cantik dan indah jugaklah destinasi yang akan kita tuju. Jika cincai sahaja coraknya, maka berliku-likulah perjalanan yang akan kita tempuh sebelum sampai ke destinasi yang di tuju.?

Sunday 17 February 2013

QASIDAH YA IMAM AR-RUSLI YA SANADI


    YA IMAM AR-RUSLI YA SANADI

LIRIK 1



  

AHLI SUFI



JOM KENAL AHLI SUFI:)

Dalam kelas Harfiah petang tadi, Ustaz telah menerangkan bahawa Allah swt menganugerahkan banyak keistimewaan keistimewaan yang luar biasa kepada ahli ahli sufi atau wali wali Allah. Mereka ahli ahli sufi atau wali wali Allah pada waktu dahulu zuhud belaka. Cinta mereka kepada Allah swt melebihi segala yang duniawi. Setiap detik dengupan jantung mereka, setiap naik turun nafas mereka, sentiasa dalam ingatan kepada Allah yang esa. Ada yang hanya makan tiga hari sekali kerana asyik sibuk berzikir mengigati Allah swt. Itu pun makan ala kadar.

Berbeza dengan kita yang makan tiga kali sehari.

Ustaz kemudian bercerita mengenai seorang lelaki pada satu masa dahulu di kota Baghdad yang amat anti sufi. Dia suka memperlekeh segala apa yang didengarnya mengenai ahli sufi terutamanya seorang ahli sufi yang bernama Bashir Al Hafi (tak pasti ejaannya). Bashir mendapat gelaran Al Hafi - Berkaki Ayam kerana zuhudnya hidupnya sehingga tidak perlu pada alas kaki. Sebelum ini Bashir Al Hafi adalah seorang jutawan yang kaya raya tetapi hidup pun kaya dengan dosa dan maksiat. Ditakdirkan Illahi dia telah mendapat hidayah maka berubahlah dia sehingga menjadi seorang sufi.

Lelaki ini ingin tahu apakah benar cerita cerita yang didengarinya mengenai Bashir Al Hafi dan mengambil keputusan untuk mengekori dan memerhatikan gerak gerinya. Dia mendapat satu kesempatan apabila dapat Solat Jumaat di sebuah Masjid di kota Baghdad bersama Bashir Al Hafi. Dilihatnya biasa sahaja solat Bashir Al Hafi dan sebaik habis solat Bashir Al Hafi bergegas keluar dari Masjid. Diekorinya.

Lelaki itu melihat Bashir Al Hafi membeli roti dan roti itu pula roti mahal!! Kemudian dia beli pula kebab daging kambing. Heh! Sufi apa ke namanya ni dan zuhud kononnya, tetapi kenapa beli yang mahal mahal? Tempeleknya dalam hatinya sendiri. Lelaki itu terus mengekori Bashir Al Hafi ke sebuah perkampungan di luar kota Baghdad yang mengambil masa kira kira 10 minit perjalanan.

Dalam kampung itu ada sebuah Masjid lama dan di dalamnya ada seorang lelaki yang amat tua sedang terbaring. Lelaki itu melihat Bashir Al Hafi menyuapkan sedikit demi sedikit makanan yang dibeli di kota Baghdad tadi. Rupa rupanya makanan itu adalah untuk orang tua ini. Lelaki itu kemudian leka kerana mengeliling Masjid lama itu sambil melihat lihat sekelilingnya. Kemudian dia dapati Bashir Al Hafi telah tiada di samping orang tua itu.

Orang tua yang terbaring itu berkata kepada lelaki itu bahawa Bashir Al Hafi telah pulang ke kota Baghdad. Lelaki itu seterusnya bertanya bagaimana hendak pulang ke kota Baghdad kerana inilah pertama kali dia ke kampung itu. Orang tua itu berkata bahawa perjalanan dari kampung itu ke kota Baghdad mengambil masa kira kira 10 hari!!

Lelaki itu panik kerana dia telah ke kampung itu selepas solat Jumaat dan tidak membawa wang atau apa apa persiapan untuk meredah Padang Pasir selama 10 hari!! Orang tua itu berkata dia boleh tunggu di situ sehingga Jumaat seterusnya kerana Bashir Al Hafi akan melawatnya setiap Jumaat.
Bila tiba Jumaat seterusnya dan tepat pada waktunya muncullah Bashir Al Hafi seperti biasa dengan makanan untuk orang tua itu. Lelaki itu pun mengikut Bashir Al Hafi pulang ke kota Baghdad, dalam masa 10 minit dia pun tiba di rumahnya dan dimarahi oleh isterinya kerana tidak tahu di mana dan apa yang telah terjadi pada suaminya selama tujuh hari itu.

Kenali Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W


Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W






Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.


Thursday 14 February 2013

Koleksi Kata Islamik


Allahuakbar!! Sudah bersediakah kita menghadapi sakaratul maut.. Adakah kita mendoakan untuk ibu bapa kita di sana seperti mana kita harapkan doa daripada anak kita kelak?

~Cinta Kita Kerana Allah~
Masjid, Aku Datang!!

Aku Ingin Menjadi Serikandi CintaMu, Ya Allah..
Cube cek molek dayus dok kite hok laki.. kalu xdok ciri-ciri kiter dalang senarai ni comey!

Walau apapun badai terjadi, cinta kita tidak akan pudar kerana ~Cinta Ki
ta Kerana Allah~.. (bisik ker bini tu..)
~IRAMA & PUISI~..Doa di dalam sujud terakhir...
Doa di dalam sujud terakhir...
Photo

Cube cek molek dayus dok kite hok laki.. kalu xdok ciri-ciri kiter dalang senarai ni comey!

Walau apapun badai terjadi, cinta kita tidak akan pudar kerana @[187667608010172:274:~Cinta Kita Kerana Allah~].. (bisik ker bini tu..)
Masjid, Aku Datang!! 

@[515960991747421:274:Aku Ingin Menjadi Serikandi CintaMu], Ya Allah..
Allahuakbar!! Sudah bersediakah kita menghadapi sakaratul maut.. Adakah kita mendoakan untuk ibu bapa kita di sana seperti mana kita harapkan doa daripada anak kita kelak?

@[187667608010172:274:~Cinta Kita Kerana Allah~]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...