Tuesday 30 April 2013

Kisah Cinta Zulaikha Dan Nabi Yusuf


Akibat konsprirasi saudara-saudara nabi Yusuf a.s , di negeri Kanaan , baginda terjual di negeri Mesir.

Maka Allah berfirman :

Maksudnya

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)

Ahli-ahli tafsir sepakat mengatakan orang yang membeli Yusuf a.s. adalah al-Aziz seorang pegawai tinggi atau Wazir kerajaan Mesir dan isterinya adalah Zulaikha , yang diharap menjadi ibu angkat kepada Yusuf a.s.

Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kisah Puteri Rasullulah Saw Dengan Buah Delima.



Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.
Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, yang juga isteri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali,  ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
“Wahai Suamiku, aku ingin sekali buah delima”, Jawabnya.

Sayidina Ali termenung, ia tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham untuk mendapatkan buah delima yang diinginkan isterinya itu. Akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.

Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.

“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Sayidina Ali.
“Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang bertanya tentangku. Aku ingin sekali makan buah delima. Jika aku makan buah delima, rasanya sakitku bertambah baik” Jawab orang tua tersebut.

Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,

“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,
“Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya. ” (QS. Al-Dhuha : 10).

Juga sabda Nabi SAW, ” janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.

Maka kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah. Selepas makan buah delima yang separuh itu, orang yang sakit itu berkata "Sakitku ini telah baik, namun jika aku makan separuh lagi, nescaya aku boleh berjalan dan bekerja. Mendengar kata-kata lelaki itu, Saidina Ali pun memberi separuh lagi delima itu.

Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,
“Wahai Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”

KETIKA MALAIKAT JIBRIL DAN MIKAIL MENANGIS




Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.


Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku dari api dan Engkau jadikan Adam dari tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kata-kata hebat nabi muhammad saw




pertama
Jauhilah dengki, kerana dengki memakan amal kebaikan sebagaimana
memakan kayu bakar
kedua
Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia
ketiga
Makanlah Sebelum Lapar dan Berhentilah Sebelum Kenyang
keempat
Tiga sifat manusia yang merosak adalah, kemahuan yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti, serta sifat mengagumi diri sendiri yang berlebihan
kelima
Pahlawan bukanlah orang yang berani meletakkan pedangnya ke pundak lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dikala ia marah
keenam
Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian
ketujuh
Cinta kepada Allah adalah puncaknya cinta. Lembahnya cinta adalah cinta kepada sesama
kelapan
Keluhuran budi pekerti akan nampak pada ucapan dan tindakan
kesembilan
Orang yang berjiwa besar teguh pendiriannya, tetapi tidak keras kepala
kesepuluh
hUlurkan cintamu kerana Tuhanmu dan tariklah cintamu kerana Tuhanmu, anda tentu tak akan kecewa
kesebelas
Cinta indah seperti bertepuk dua tangan, tak akan indah jika hanya sebelah saja
keduabelas
Naluri hati kita akan mencintai yang memuja kita, tetapi tidak selalu mencintai yang kita puja
ketigabelas
Seseorang yang bijak akan melihat adanya kesempatan dalam setiap malapetaka, sedangkan orang bodoh melihat malapetaka dalam setiap kesempatan
keempatbelas
Ingatlah, boleh jadi manusia itu mencintai sesuatu yang membahayakan dirinya atau membenci sesuatu yang bermanfaat baginya. Mohonlah petunjuk-Nya
kelimabelas
Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda
keenambelas
Bekerja atas dorongan cinta akan terasa gembira tiada jemu dan letih
ketujuhbelas
Orang besar menempuh jalan kearah tujuan melalui rintangan dan kesukaran yang hebat
kelapanbelas
Berbuat baiklah kepada orang lain seperti berbuat baik kepada diri sendiri
keduapuluh
Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna
keduapuluhsatu
Memperbaiki diri adalah alat yang ampuh untuk memperbaiki orang lain
keduapuluhdua
Jika seseorang tidak mencintai anda janganlah dia anda benci, kerana mungkin akan tumbuh benih cinta kembali
keduapuluhempat
Cinta akan menggalas setiap orang yang mengikuti geraknya, tetapi tanpa galasan cinta, hidup tiada terasa indah
keduapuluhlima
Bukan kecerdasan anda, melainkan sikap andalah yang yang akan mengangkat anda dalam kehidupan
keduapuluhenam
Perjuangan seseorang akan  bererti jika mulai dari diri sendiri
keduapuluhtujuh
Jika rasa cinta terbalas, maka bersyukurlah kerana Allah telah memberikan hidup lebih berharga dengan belas Kasih-Nya
keduapuluhlapan
Dalam perkataan, tidak mengapa anda merendahkan diri, tetapi dalam aktiviti tunjukkan kemampuan Anda
keduapuluhsembilan
Tegas terlalu berbeza  dengan kejam. Tegas itu mantap dalam kebijaksana sedangkan kejam itu kasar dalam kesenangan
ketigapuluh
Jika rasa cinta itu tak terbalas maka bersyukurlah, kerana anda akan dipilihkan Allah yang lebih baik
ketigapuluhdua
perWatak kasar belum tentu boleh tegas, tetapi lemah lembut tak jarang boleh tegas
ketigapuluhtiga
Sifat orang yang berlilmu tinggi adalah merendahkan hati kepada manusia dan takut kepada Tuhan

Monday 29 April 2013

KESAN BACAAN AL QURAN PADA SYARAF OTAK DAN ORGAN TUBUH MANUSIA


Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 
Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. 

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Sunday 28 April 2013

Ciri Suami yang Soleh



Barakallahulakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi kher...

Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku. Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding kesolehanmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu.
Siapa yang tak nak suami soleh (terbaik) kan? Even lelaki sekarang nakal mana pun mesti nak cari isteri solehah.
"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah, tetapi berusahalah menjadi yang soleh."



1-Kuat agamanya..
Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya..
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah..
Tidak pernah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah..
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros..
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanya..
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon lelaki soleh.

7-Terbatas pergaulan..
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.



8-Rakan pergaulannya..
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab..
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajahnya..
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

~lelaki yang baik untuk perempuan yang baik~


InsyaAllah, mesti ada orang yang boleh memenuhi ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus ni jugak kan?

Murah Rezeki: Amalkan Solat Sunat Dhuha


Tips Murah Rezeki - Solat Sunat Dhuha
Tips Murah Rezeki – Solat Sunat Dhuha
Antara amalan-amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasululah SAW ialah Solat Sunat Dhuha. Ia adalah antara solat sunat tinggi rankingnya di dalam amalan-amalan sunat selain daripada Solat Witir dan sebagainya.
Solat Sunat Dhuha termasuk dalam amalan murah rezeki. Ini berdasarkan hadith nabi SAW:
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman dengan maksud:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
Di dalam Hadith Qudsi ini Allah telah berjanji akan mencukupkan segala keperluan pengamalnya di sepanjang hari.
Seperti yang telah dijelaskan di dalam artikel ini, sedeqah adalah suatu amalan yang dapat mengundang rahmat Allah kepada hambaNya dan ia adalah amalan yang mendorong Allah memurahkan rezeki kita. Sayugia, kita harus bersedeqah bagi setiap ruas anggota tubuh badan kita sebagai tanda ketaatan kita kepada Allah SWT.
Ada hadith berkenaan hal ini:
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda yang bermaksud:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.
- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720
Jadi kepada yang inginkan perhatian Allah kepadanya, yang inginkan rahmat Allah kepadanya, boleh lah amalkan Solat Sunat Dhuha ini. Ini adalah tips murah rezeki.
Orang yang mengamalkan Solat Sunat Dhuha ini secara istiqamah, inshaa Allah akan mendapati rezeki nya senang diperolehi. Rezekinya didapati akan datang dari punca dan ketika yang tidak disangka-sangka.
Jom kita amalkan amalan dan tips murah rezeki ini. Moga kita dapat ikhlaskan diri demi mencari keredhaan Allah.

Hilangkan Stress Anda Dengan Amalkan Doa Ini


Penyakit stress ini adalah penyakit akhir zaman. Mungkin terlalu banyak memikirkan masalah tuntutan dunia moden kini, semakin ramai manusia mengalami stress. Menurut sumber, 1 orang daripada 6 orang menjadi gila kerana stress.
Stress ini terjadi kerana terlalu banyak dan asyik memikirkan tentang perkara-perkara yang perlu dibuat ataupun masalah-masalah yang perlu diselesaikan. Perkara-perkara ataupun masalah-masalah tersebut terlalu membebankan mereka sehingga terus terlupa Allah ada bersama mereka. Bukankah Allah telah berfirman:
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)


Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah”  dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
Sementara Ibn Asyur  mengatakan  “zikrullah”   bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.
Ringkasnya,  “zikrullah”    bermaksud  kita  menguatkan hubungan dengan Allah SWT  dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.
Boleh dikatakan,   kebanyakan   manusia yang mengalami tekanan jiwa  atau  sakit jiwa  disebabkan  hubungan mereka dengan Allah SWT  amat  jauh.  Oleh kerana itu umat Islam jarang  sekali yang  menghadapi tekanan  jiwa,  sebagaimana yang  berlaku kepada umat manusia moden hari ini,  kecuali   gaya hidup umat Islam tidak jauh bezanya dengan orang bukan Islam. Allah SWT berfirman:
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).
Ibnu Abbas mengatakan kalimah “sakinah” dalam al-Quran ditafsirkan dengan “tama’ninah”  (ketenangan ).

COUPLE :Apa Hukumnya?







Ber'pacaran' atau couple memang tajuk yang sentiasa hangat diperkatakan. Terutama dikalangan remaja sekarang ini. Bermacam-macam pendapat di keluarkan kepada masyarakat yang sudah jahil dalam agama ini. Ada yang kata halal, ada yang kata haram, ada yang kata makruh, ada yang kata sunat! Wa... Teruknye perangai! Semata-mata nak halalkan perkara yang sudah haram ini. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud :"Sesungguhnya halal itu nyata dan haram itu nyata..." (Al-Hadith).

Dulu, saya mengaku memang tidak ada kekuatan untuk membicarakan isu ini. Maklumlah, ramai kawan-kawan di sekeliling kita berpacaran (Mungkin dulu-dulu, diri sendiri pun pernah berpacaran waktu zaman jahilliyyah, Astaghfirullah...), jadi ambil 'nafas' dahulu untuk dapat kekuatan. Bila melihat tentang isu ini, beberapa kajian rambang telah saya jalankan kepada rakan-rakan terdekat. Semakin banyak kajian yang telah di teliti, semakin takut dan yakin dalam diri saya bahawa budaya ini memang HARAM! HARAM JIDDAN! (huh... Macam syadid sangat ni, hehehe...)


Nak tau kenapa saya katakan begitu? Sebelum saya ceritakan lebih lanjut tentang budaya ini, izinkan saya memberi pendapat tentang budaya ini secara 'helicopter view' . Budaya ini bila di lihat dikalangan pelajar, bila ditanya kepada mereka, mereka katakan bahawa mereka suka ber'couple' kerana ini :


1. "Just for fun. Bukannya aku nak kahwin pun dengan dia. Nanti kalau aku nak kahwin, aku cari la yang lain"

2. "Perancangan masa hadapan. Maklumlah, nak cari isteri zaman la ni memang susah... So, kita booking awal-awal"

3. "Dah semua orang kat sini couple, tak kan aku tak leh couplekot!"

4. " Nak bagi tahu bahawa saya ni dah berpunya, karang ramai orang nak ngorat kita, susah pulak... Hehehe..."

5. "Apa salahnya kalau kita cinta cara islamik, ana tau la jaga diri ana, enta jangan sibuk hal ana boleh tak?"

Petikan-petikan di atas memang nampak macam tak serius. Kalau serius macam mana? Huhu... Dahsyat betul orang zaman sekarang ini. Dapat disimpulkan, orang zaman sekarang ini ada dua jenis, ada yang bercinta untuk seronok-seronok (Seronok untuk apa? Wallahu a'lam) dan ada yang bercinta untuk alam perkahwinan (kononnya...). Tapi ingat! walaupun bercinta untuk kahwin, seolah-olah kita ssebenarnya sudah ambil madunya sebelum si lebah yang sebenarnya sebagai si pengangkut madu... Kalau dah ambil manisnya, tentulah sukar untuk dapat 'kemanisan' perkahwinan itu.


Suka untuk saya mengeluarkan beberapa fakta yang cukup kontroversi. Bukan kerana apa, tetapi sebagai peringatan untuk anak muda. Saya yakin dan percaya ada yang tidak dapat terima apa yang saya katakan ini.... Mungkin sampai satu tahap, ada yang akan membenci saya. Tapi, inilah hakikat. Kata Rasulullah : "Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit." Inilah fakta yang menggerunkan..... :

Rasulullah Menggalakkan Berenang Memanah Dan Berkuda?Kenapa




Islam agama syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.


Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.



Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Hal ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)



Banyak hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.



Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)






Sunnah dan Faedah Memanah, Berkuda, Berenang



1. Memanah



Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.


Bersabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan ketika sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...