Friday 26 July 2013

sejarah nuzul al- quran


Sambutan Hari Nuzul Al-Quran


Nuzul Al-Quran



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ramai pengkaji berselisih pendapat tarikh sebenar turunnya kitab suci al-Quran, namun mereka bersepakat mencatat peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Perkataan 'nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Firman Allah SWT: "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An'am:38)

Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)

Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran."

Membaca al-Quran adalah sebagai suatu ibadat, malah ia boleh ditingkatkan lagi dengan membaca al-Quran kepada menganalisis, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan dan kajian yang akhirnya memajukan dunia ini, terutama untuk memajukan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman dari semua pihak di peringkat nasional dan antarabangsa.


Faedah membaca al-Quran

Antara faedah membaca al-Quran adalah;

1. Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
2. Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
3. Memperoleh pahala yang banyak;
4. Membahagiakan rakan seperjuangan;
5. Menghapus kesalahan dan dosa;
6. Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
7. Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
8. Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
9. Memelihara umur manusia;
10. Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
11. Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.


Antara Al-Quran yang terawal

Al-Quran yang pertama di dunia

Antara Al-Quran terawal di dunia

Antara Al-Quran pertama di dunia


Sumber:
bharian.com.my
islam.gov.my
ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran



Thursday 25 July 2013

Hadis-Hadis Sahih Fadhilat/Kelebihan Ramadhan




Hadis 1

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu   (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)


Hadis 2

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”  (Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)


Hadis 3

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Demi Zat yang jiwaKu berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada haruman kasturi”  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)


Hadis 4

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)


Hadis 5

Abu Umamah r.a berkata:

“AKu bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, tunjukkan daKu satu amalan yang membolehkan daKu memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”   (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)


Hadis 6

Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya”   (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Monday 22 July 2013

Aktiviti Harian Berkualiti Muslim

Pernahkah kita menilai aktiviti harian berkualiti sebagai seorang muslim?
Adakah masa yang dilaburkan untuk meningkatkan saham akhirat?
Cukupkah hanya dengan solat 5 waktu sehari semalam menunaikan kewajipan seorang muslim?
Adakah aktiviti harian kita menggambarkan kita sebagai seorang muslim?

Nasihat daripada Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni

Dr. Aidh Abdullah terkenal dengan bukunya “La Tahzan” atau “Jangan bersedih” memberi nasihat yang amat berguna sebagai seorang muslim.
Aktiviti Harian Berkualiti Muslim
Jadikannya jadual kamu pada setiap hari:..........

Sunday 21 July 2013

Doa Qunud Nazilah. Boleh Dibaca Waktu Solat Terawih.


QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah :


Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Senarai Penuh Nama Imam Solat Tarawih di Masjidil Haram 1434H / 2013M



Jadual Imam Solat Tarawih Masjidil Haram Makkah


Anda boleh saksikan solat tarawih secara LIVE dari Mekah di SINI

MALAM
Solat Tarawih 10 Rakaat Pertama
Solat Tarawih 10 Rakaat Kedua, 3 Rakaat Solat Witir
1
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
2
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
3
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
4
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
5
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
6
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
7
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
8
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
9
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
10
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
11
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
12
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
13
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
14
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
15
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
16
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
17
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
18
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
19
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
20
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili

10 MALAM TERAKHIR
SOLAT TARAWIH
SOLAT TAHAJJUD
Solat Tarawih 10 Rakaat Pertama
Solat Tarawih 10 Rakaat Kedua
6 Rakaat Pertama
4 Rakaat Kedua, 3 Rakaat Witir
Syeikh Abdullah al-Juhani
Syeikh Mahir al-Mu’aiqili
Syeikh Su’ud as-Syurim
Syeikh Abdul Rahman as-Sudais
Doa Khatam Quran oleh Syeikh Abdul Rahman as-Sudais


وكل عام والأئمة الأسلامية بألف خير يارب
ولاتنسونا من صالح دعائكم بالله عليكم

Keajaiban Doa: Senjata dan Perisai Kejayaan Hidup Umat Islam

Setiap Muslim mempunyai ‘senjata’ yang sangat ampuh iaitu doa. Setiap doa pasti akan didengari oleh-NYA dan pasti akan termakbul tepat pada waktunya mengikut ketentuan-NYA.
Namun begitu, sejauh mana kemustajaban sesebuah doa tersebut hanya Allah yang Maha Mengetahui dan layak memakbulkannya. Setiap usahawan Muslim mestilah menjadikan doa sebagai senjata untuk memastikan kejayaan dan sentiasa iringi keberkatan-NYA.
Pun begitu, cuba kita tanya pada diri kita sendiri:
Adakah kita bersungguh-sungguh ketika berdoa dan adakah kita yakin sepenuhnya dengan doa tersebut?
Terdapat sebuah doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Sabda Rasulullah SAW,
sabda-rasulullah-kelebihan-berdoa
Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya satu doa yang mana jika dibaca tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan sepanjang hari tersebut.
Doa yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah seperti berikut:
doa-pelindung-diri
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Antara faedahnya yang bakal kita perolehi ialah:
  1. Mendapat keuntungan, tidak menanggung rugi.
  2. Usaha berhasil, beroleh kejayaan dan tidak gagal.
  3. Selamat dari bahaya.
  4. Tidak melarat, hidup menjadi Senang.
Kesimpulan dari 4 takrifan ini, doa tersebut amat bersesuaian dengan cara hidup seorang usahawan, sama ada untuk mengekalkan keuntungan dan keberhasilan, terselamat dari sebarang bahaya ditipu atau memohon perlindungan dari Allah dari risiko kerugian yang besar.

Kelebihan & Faedah Mengamalkan Doa Ini Dalam Kehidupan?.....

isteri solehah


Is  



  i    isteri yg sentiasa mencintai & menghormati keluarga suaminga spt mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
    Isteri yg sentiasa menjaga aurat drpd pndgn yg bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
    Isteri sedia menjadikan suami sbg ketua dlm rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semula jadi itu Allah anugerahkan kpd lelaki.
    Isteri sedia memberi kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kpd suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
    Isteri sedia memberikan layanan dan kasih syg yg sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat utk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
    Isteri yg sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri semasa ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.
    Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dgn kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami drpd mslh kewangan.
    Isteri yg sedia menerima pemberian suami dgn penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu tunaikannya.
    Isteri yg sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan drpd Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sbg seorg isteri dan ibu serta perintah Allah dgn tabah dan sabar.
    Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
    Isteri yg sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
    Isteri yg sentiasa menghias diri apabila berhadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.
    Isteri yg sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.
    Isteri yg sentiasa bersikap malu kpd suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
    Isteri yg menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dgn senyuman sewaktu suami pulang

Friday 19 July 2013

Ramadhan Datang banyaknya pintu kebaikan di bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan untuk menggandakan pahala setiap amalan kita. Setiap perkara fardhu yang kita lakukan akan digandakan sehingga 70 kali gandaan. Perkara sunat pula mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran perkara fardhu.


Di bawah merupakan pintu-pintu kebaikan yang boleh kita laksanakan semasa bulan Ramadhan:-)

1- Ikhlas dalam setiap perbuatan
2- Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
3-
Berdoa ketika melihat anak bulan
4- Qiam semasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
5- Mendirikan qiam semasa malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan
6- Bersungguh-sungguh beribadah dalam 10 malam terakhir
7- Iktikaf di masjid
8- Memberi makanan pada orang yang berbuka
9- Membaca Al-Quran
10-Banyakkan berzikir mengingati Allah
11-Lazimi istighfar
12-Mengambil wudu’ dan mengekalkannya
13-Solat sunat 2 rakaat selepas berwuduk (solat sunat wuduk)
14-Doa selepas azan
15-Berdoa antara azan dan iqamah (doa yg tidak tertolak)
16-Menjaga solat subuh dan Solat Asar
17-Membaca Surah Al-Kahfi paada hari Jumaat
18-Menjaga solat jemaah 5 waktu di masjid
19-Iltizam dengan saf pertama di masjid
20-Menjaga solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu)
21-Menunaikan solat sunat di rumah
22-Berusaha membiasakan anak-anak kita yang kecil dalam melazimi solat (ajarlah solat ketika mereka 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka 10 tahun jika tidak mahu solat)
23-Menjaga solat sunat terawih
24-Mensegerakan berbuka bila azan bergema

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...