Monday 30 September 2013

8 doa murah rezeki di dalam Al Quran



Hanya terjemahan yang dimasukkan, sila rujuk Al Quran untuk melihat ayat di dalam bahasa Arab. 

1.  "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
(A-li'Imraan 3:27)


2.  “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.” 
(Surah al-Maidah – 5:114)


Rahsia dan Nikmat Disebalik Erti "SABAR"



DEFINISI

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

  1. tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
  2. menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
  3. memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
  4. tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.


Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.


MATLAMAT

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Qana'ah/ Merasa Cukup



SIFAT QANA'AH ialah MERASA CUKUP dengan apa yang ada sebagaimana yang di kurniakan oleh Allah. 

Jiwa berasa lapang dengan rezeki yang diberikan Allah SWT dan tiada rasa tamak terhadap yang tidak tercapai. - Muhammad bin Tirmizi 

Berasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya, yang telah memenuhi keperluannya, sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya. - Abu Zakaria Ansari 

Puas dengan apa yang dimiliki tetapi tetap berusaha gigih, serta mempunyai sifat luhur dan 'afaf iaitu enggan meminta-minta, berlaku sederhana dalam kehidupan dan berbelanja, mencela (mengelak) meminta-minta tanpa keadaan darurat (keperluan mendesak) - Imam an-Nawawi. 

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
"Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi) 

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. (HR Muslim)

Ya Allah, jadikanlah aku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu aku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. 

Sunday 29 September 2013

Ciri-ciri Keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-GaUfmb6mIzNoq-ZFeg07FmsxENlxyIVmO0dxds21U03Lck0HffamvE9THZvCAT5w2pzTGkwPNdBNYZnMIWkYoEhwryskj71VnvsOXtzLMKSQD-STgEDpQ4HhHI2JnpQeL2VNzvzpFkY/s1600/pp0144.jpg


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesiapa sahaja yang baru berkahwin akan mengharapkan keluarga yang baru dibina mendapat ketenangan (sakinah), cinta dan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (wa rahmah) sesama pasangannya.

Apa erti keluarga sakinah itu?

Dalam bahasa Arab, kata sakinah di dalamnya terkandung arti tenang, terhormat, aman, merasa dilindungi, penuh kasih sayang, mantap dan memperoleh pembelaan. Namun, penggunaan nama sakinah itu diambil dari al Quran surah ar-Rum (30) ayat 21,"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

"litaskunu ilaiha", yang maksudnya :" bahwa Allah SWT telah menciptakan jodoh bagi manusia agar yang satu merasa tenteram terhadap yang lain".Jadi keluarga sakinah itu adalah keluarga yang semua anggota keluarganya merasakan cinta kasih, keamanan, ketentraman, perlindungan, bahagia, keberkahan, terhormat, dihargai, dipercaya dan dirahmati oleh Allah SWT.

Keajaiban besar sujud dalam solat



Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:- 

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud. 

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa 

“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”. 

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:- 

“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani). 
Cerita Sujud:

Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti babi justeru para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT. 

1.      SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)
2.      SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH) 

Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat. 

Friday 27 September 2013

Takziah Penghormatan - bekas imam masjid Al Aqsa kucup jenazah Ustaz Azizan


Sheikh Mohd Mahmood Siyam adalah Bekas Rektor
 Universiti Islam Gaza Palestine, Bekas Imam dan 
Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestine tidak ketinggalan memberi
 penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan menegakkan
 islam di bumi Allah.

Beliau sekarang hidup dalam buangan dan menetap 
di Yaman, merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura' Al-Quds
 (Yayasan Pembebasan Al-Quds) yang diketua
 oleh Ulama' besar Sheikh Yusof Qhardawi.Beliau juga adalah
 ketua dewan ulamak palestine
Sementara itu musrsyidul am PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz pula
 mengucapkan takziah kepada kelurga almarhum.


“Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara,”

 ujarnya dalam satu kenyataan.
“Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi 
disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika
 Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

Kucupan sahabat seperjuangan Tuan Hj Salleh Musa


“Namun, Allah mentakdirkan ia 
tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati
 Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin,” ujarnya
Dia saudaraku - Dr Harun Din turut mengusung keranda jenazah almarhum Tan Sri Azizan

Tuesday 24 September 2013

Perkahwinan adalah separuh urusan agama


Allah SWT telah menjelaskan dalam al-Quran kepada hamba-Nya mengenai hakikat perkahwinan dalam kehidupan manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: Daripada tanda-tanda kebesaran-Nya, Dia telah menciptakan bagi kamu isteri-isteri untuk kamu hidup bersama mereka dan Dia telah jadikan antara kamu (daripada perkahwinan itu) rasa cinta dan kasih sayang.

Melalui ikatan suci ini maka lahirlah perasaan cinta serta kasih sayang antara suami isteri seterusnya melahirkan suasana harmoni dan bahagia. Sesungguhnya ikatan pernikahan ini adalah fitrah dalam kehidupan manusia yang ingin dikasihi, disayangi dan dicintai. 

Segera urus perkahwinan jika mampu 


Usia muda adalah tahap tertinggi bagi seseorang manusia itu untuk hidup secara berpasangan. Malah Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan perkara ini dan memberi peringatan penting kepada pemuda supaya menyegerakan urusan perkahwinan bagi mereka yang berkemampuan. 

Sabda Nabi SAW: Wahai pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mempunyai kemampuan maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya dengan berkahwin itu lebih menjaga pandangan dan juga mampu mengawal kemaluan (daripada dosa zina). Sesiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu penahan (baginya). (Hadis muttafaqun alaih) 

Hikmah di sebalik syariat perkahwinan adalah bagi menjaga diri daripada dosa pandangan kepada perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dan menjauhkan mereka daripada zina. Bagi pemuda yang sudah mampu berkahwin maka diwajibkan bagi mereka untuk berkahwin. 

Kemampuan di sini meliputi kemampuan dari aspek keinginan berkahwin dan kestabilan kewangan. Pemuda yang tidak mampu berkahwin disebabkan masalah tertentu maka Islam menggalakkan mereka berpuasa kerana puasa mampu mengawal nafsu daripada melakukan kemaksiatan termasuklah dosa zina. 
Sesungguhnya perkahwinan adalah separuh daripada urusan agama bagi seseorang Muslim. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang hamba itu telah berkahwin maka dia telah melengkapkan separuh daripada urusan agamanya dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah SWT pada separuh yang lainnya. (Riwayat Imam al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman dan dinilai Hasan oleh al-Albani) 

Apabila seseorang manusia yang berkemampuan itu mendirikan rumah tangga, maka dia telah melengkapkan seperdua daripada keperluan agamanya. Malah dengan berkahwin juga mampu mengelakkan fitnah dunia terutama bagi pemuda. 

Nabi SAW bersabda: Berkahwinlah kamu dengan wanita-wanita yang penyayang dan mampu melahirkan ramai anak kerana sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai. (Riwayat Imam Abu Daud) 


Monday 23 September 2013

Benar Cintakan Allah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Sebutlah nama Allah banyak-banyak.Allah berfirman dalam surah al-Fath ayat 9 yang bermaksud: “Supaya kamu semua beriman kepada Allah & Rasul-Nya, menguatkan (agama)-Nya, kepada-Nya pada waktu pagi & petang. “Bertasbih di sini bermaksud kita berfikir dengan kuantiti & kualiti yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati & zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah & segala yang lain kecil belaka.



Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran & keagungan-Nya & tidakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hukum-Nya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan & kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran & keagungan-Nya.
Akibatnya hukum-hakam diabaikan dalam tindakan & perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika Allah “lupakan” kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang banyak bertakwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya; dengan lidah, hati & perbuatan.
Menjadi seorang muslim sahaja ( bukan muttaqin ), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripada –Nya . siapakah kita, muttaqin atau hanya muslim?

Muslim, lebih-lebih lagi muslim yang fasiq, kurang berzikir malah ada yang tidak berzikir langsung. Apakah Allah akan mengingati kita jika kita melupakan-Nya? Lalu terbiar kita dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.

Bimbang Dosa


Sayidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera islam berbanding kekuatan & perancangan  musuh.
Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita.
Kenapa melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasa mengingati Allah.

Ya. Masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sedikit pun mereka segera bertaubat. Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan & perjuangkan. Mereka diokong oleh kawan & dihormati oleh lawan. Belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur & tunduk


When Allah is your “Friend”, who is your enemy?



Apabila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Solehuddin al-Ayubi. Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Solehuddin? Tidak. Tetapi kerana akhlak & keperibadiaannya yang ditempa dengan zikrullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih sayang & perihatinnya, tidak terbatas. Merentas sempada bangsa, Negara & agama.
Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang islam yang terlalu perlahan. Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta & kasih sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujah & menjelaskan dengan penuh hemah & nikmat tanpa dibauri oleh kebencian & prasangka.
Dengan cinta kita tidak hanya menyebit nama-Nya, mengingati-Nya & mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat & Negara.
Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri & umat ini dengan banyak mengingat-Nya. Bangun seawal subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syarak. Jauhilah pendedahan aurat, perangi pergaulan bebas, racun hedonism dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri & remaja kita. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi  jangan  lupakan hukum Ilahi. Bersiasatlah tetapi jauhi fitnah & kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga Halal & Haram dalam setiap perilaku & perbuatan.

Kalau benar cintakan Allah….ingatlah, “Cinta itu bukan kata-kata, love is a verb ( cinta itu tindakan ). Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta…jika kita sendiri  tidak mencintai.

Marahkan diri kita dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kita kepada Allah, justeru jika demikian …. Bererti cinta kita hanya kata-kata? Hanya pura-pura?

Saturday 21 September 2013

Doa Selepas Solat & Terjemahan ringkas

Assalamualaikum.

Salam sayang buat semua. Saya nak kongsi pada semua doa selepas solat ni. Boleh hafal dan amalkan sama-sama okay. Lama-lama amalkan nanti dah boleh hafal insyaAllah.



Friday 20 September 2013

doa adalah sumber kekuatan




doa adalah sumber kekuatan bagi kita untuk meminta atau mempermudahkan sesuatu perkara.
Doa ni doa yang selalu dibaca oleh para jemaah umrah dan haji,,,


“Allahumma Yassir Wa la Tu’assir Ya Kareem”
Ya Allah permudahkanlah, dan janganlah Kau sukarkan, Wahai Maha Mulia.

Yakin dengan rencana Allah


NABI Ibrahim AS merupakan bapa para anbia yang memiliki segala kisah inspiratif yang mengandungi jutaan hikmah di dalamnya. Gelaran bapa para anbia itu dimulai ketika Ibrahim AS ingin memiliki keturunan. Kisahnya bermula ketika Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah yang jelitawan. Di usia perkahwinannya yang sudah cukup lama, Ibrahim dan Sarah masih belum dikurniakan seorang anak. Keinginan mempunyai keturunan begitu menggebu-gebu dalam hatinya. Tidak hairan, setiap pasangan pasti ingin mempunyai keturunan yang akan meneruskan perjuangan dakwahnya.
Nabi Ibrahim AS dan Siti Sarah hanya boleh pasrah. Keran

Wednesday 18 September 2013

Kelebihan amalan zikir selepas solat



Abu Hurairah melaporkan: “Pada suatu hari beberapa sahabat Nabi Muhammad yang miskin dan berasal dari Makkah berkata kepada utusan Allah itu: Wahai Rasulullah, orang kaya berpeluang mati dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi dan mendapat nikmat yang kekal dalam syurga”. 

Nabi Muhammad bertanya: “Mengapa saudara berkata begitu? Mereka menjawab: Mereka sembahyang macam kami sembahyang. Mereka berpuasa macam kami berpuasa. Mereka juga dapat bersedekah, sedangkan kami tidak mampu bersedekah. Mereka juga dapat membebaskan hamba-hamba sedangkan kami tidak dapat. 

Rahsia amalan 
Nabi Muhammad menjawab: “Mahukah saudara semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab: Mahu wahai Rasulullah. Kata Nabi Muhammad: “Bacalah Subhanallah tiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali dan Allahuakbar tiga puluh kali, apabila selesai sembahyang. 

Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Nabi Muhammad dan berkata: “Orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan, jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan. Nabi Muhammad menjawab: “Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim) 

Friday 13 September 2013

Hikmah Pesan Imam Syafie



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

hari Jumaat

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi.. ALLAH DAN MALAIKAT BERSELAWAT PADA NABI..SIAPALAH KITA NI YG TAK SELAWAT.. MAI SAMA2 KITA SELAWAT BYK2 UNTUNG2 DPT MIMPI RASULULLAH



Thursday 12 September 2013

Amalan dan Gaya asas Hidup Rasullullah saw


Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan Nabi Muhammad SAW semasa riwayat hidup baginda dan ianya menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan-amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai Baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung kearah soleh wa musleh.


Puasa: 
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis-(Riwayat Ibnu Majah)

Tahajjud: 
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) sehingga bengkak kedua kaki Baginda- (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada Mughirah)

Pakaian: 
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis- (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah).

Bertemu: 
Apabila Rasulullah SAW mendatangi rumah seseorang, Baginda akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan salam (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)

Sujud syukur: 
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya, Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah).

Berbaring: 
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Baginda akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan: 
Apabila Rasulullah SAW makan tengah hari, Baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau baginda makan malam beliau tak akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)

Bacaan Doa Selepas Azan


Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.


Allahumma rabba hazihid da' watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah.
Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah.
Innaka laatukhliful mi'ad.

Menjawab seruan Azan:
Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan @ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-

"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".

"Assolaatu khairun minan naum" maka kita ucapkan "Syadaqta wa barirta waana mina syaahidiin" maksudnya " Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan".


Menjawab bacaan Qamat:
Jika kita sembahyang berjemaah, maka yang membacakan Qamat itu cuma seorang sahaja contohnya muadzin (tukang azan @ bilal), tidak perlu lagi kita Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat yang dibacakan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-

"Haiyaalas solah Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".

"Qadqamatis solah Qadqamatis solah" maka kita ucapkan "Aqaamahallahu wa adaamahaa" maksudnya "Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal"

Wednesday 4 September 2013

sifat orang cemerlang


Semua ibu bapa mahukan anak mereka cemerlang dalam semua aspek kehidupan. Mereka mahu anak mereka cemerlang dalam pelajaran hingga berjaya menggondol semua atau straight A dalam peperiksaan.
Pada masa yang sama mereka mahu anak mereka cemerlang dalam akhlak, sahsiah dan perhubungan sesama manusia. Kalau boleh mereka juga mahu anak mereka cemerlang dalam sukan, persatuan, penguasaan bahasa kedua, IT, mengurus kehidupan dan kerjaya.
Yang perlu memikul beban ini ialah anda sendiri. Sebab itu anda harus bersedia mulai sekarang untuk menjadi cemerlang. Anda tidak semestinya memiliki bakat semula jadi yang terlalu tinggi seperti orang lain yang telah berjaya dengan cemerlang. Namun anda harus mulai menghayati sifat-sifat orang cemerlang.
Apakah kayu pengukur kecemerlangan menurut perspektif Islam? Bolehlah kita ambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti, keluarga, kerjaya, agama, sains, perubatan, ketamadunan, politik dan ekonomi.

FAKTOR KEJAYAAN
Apakah faktor kejayaan mereka sehingga mereka dikenali seantero dunia dan sumbangan mereka memberi kesan yang besar dalam kehidupan manusia? Tokoh Islam terdahulu telah terbukti mencipta sejarah kecemerlangan hingga diguna pakai hari ini.
Tokoh-tokoh yang berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolok bandingnya. Antara sifat kecemerlangan mereka ialah:

Niat yang betul
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Sayidina Umar al-Khattab)
Oleh sebab itu, anda harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, sama ada yang berbentuk ibadah mahu pun amal kebiasaan.

Keyakinan yang tinggi kepada Allah
Orang cemerlang meletakkan keyakinan bahawa Allah berserta dengan apa yang kita usahakan. Allah tidak menzalimi umatnya. Mereka banyak berdoa dan berserah kepada Allah setelah melakukan segala usaha keras untuk berjaya. Mereka juga berpegang kepada moto “Berpantang maut sebelum ajal.” Tidak ada sesuatu yang mampu menahan kehendak Allah s.w.t. Keyakinan ini mampu memantapkan rohani kepada tahap tinggi.

Ada wawasan dan matlamat
Anda harus meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Ada cerita tiga orang pekerja binaan. Apabila ditanya apakah wawasan atau matlamat mereka apabila bekerja:
Pekerja pertama berkata, “Saya nak cari makan.”
Pekerja kedua berkata, “Saya nak buat dinding bangunan.”
Pekerja ketiga berkata,”Saya hendak membina sebuah bandar yang indah dan permai.”
Ya, pekerja yang ketiga itu mempunyai wawasan dan matlamat yang betul. Namun sebagai seorang Islam, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Anda terikat dengan peraturan dan hukum-hakam Islam. Anda juga harus ingat bahawa matlamat duniawi anda mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

Berani dan sanggup berkorban
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah. Lihat sahaja sejarah hidup Imam al-Nawawi dalam menuntut ilmu. Beliau sentiasa menghabiskan masa dengan belajar, menulis, menghafal, solat dan bertasbih. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar sambil duduk.
Umar Abdul Aziz, khalifah yang ketiga dibunuh pada usia 40 tahun. Khalid al-Walid mengharungi 100 medan peperangan, membunuh 5,000 orang musuh dalam Perang Yarmuk serta mematahkan 9 bilah pedang. Ali bin Abi Talib berani beradu kekuatan dalam Perang Badar, membuka benteng Khaibar dan menyembelih Amru bin Wud dalam Perang Khandak.


Sentiasa menambah ilmu pengetahuan
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Lihatlah bagaimana Imam Ahmad memberi fatwa kepada 60,000 permasalahan dengan disertai dalil. Lihat juga bagaimana Imam Abu Hanifah menjual sebahagian perabot rumahnya semata-mata digunakan untuk mencari ilmu.

Monday 2 September 2013

Tentang Masa

Bismillahirrahmanirrahim...

post yang lalu ana menceritakan tentang Maratib Amal...
sikit je... tapi fokusnya pada Baitul Muslim..
semoga ada manfaat dan ia mampu beri kesedaran kepada yang membaca...
uhukuhukk...

kali ini, fokus ana pada Fardhu Muslim.
ya!
Pembentukan Individu Muslim.
fasa ini amat kritikal dan penting sebenarnya...

pertama,
kita kembali kepada tujuan utama penciptaan manusia...

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". 
[Al-Baqarah : 30]


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 

[Az-Zariyat : 56]


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. 

[Al-Ahzab : 72 ]


ada 3 tujuan utama penciptaan manusia keatas muka bumi ni.
sebagai khalifah, sebagai hamba dan sebagai daie(memikul amanah)
nampak dak?
ketiga-tiga peranan kita ni memerlukan persediaan yang rapi, yang dikenali sebagai pembentukan Fardhu Muslim tadi...
ada garis panduan dan rujukan yang telah disediakan kepada kita untuk membentuk diri sendiri ni...
seperti contohnya 10 muwasafat tarbiyah...
ape tu?
haaa ce tengok gambar neh...

ni semua ciri2 yang perlu ada pada seorang individu muslim yang baik...
disusun dengan baik muwasafat tarbiyah ini hingga kita boleh lihat pembahagiannya terbahagi kepada tarbiyah aqliah, ruhiyah dan jasadian... lengkap!

 dan ya...
semestinya dalam kita menempuhi alam mujahadah ini kita akan diuji...
mana mungkin kita dibiarkan berkata kita beriman tapi iman itu tidak diuji kan?

just be positive, bersangka baik dengan Allah, serahkan segalanya kepada Dia dan Dia akan bantu kita tak kira masa...

SENYUMMMM ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...