Sunday 12 May 2013

Hanzalah: Sahabat Rasulullah Memilih Allah Lebih Dari Pernikahannya





Assalamualikum w.b.t



Tak rugi baca cerita Hanzalah r.h. berulang-ulang kali. Khas untuk orang-orang macam saya yang selalu merasakan perkahwinan itu tanda terikatnya dua jiwa yang takkan lagi berpisah.


Perihal kisah Hanzalah ini secara tak sedar kerap sangat saya lagukan. Waktu tu lagu Rabbani bertajuk Hanzalah yang agak popular di sekolah hanya sekadar meniti di bibir.


Lama jugak saya ambil masa untuk menyedari cerita besar di sebalik lirik yang saya hanya hafal pada chorus lagu.


"Turunlah malaikat ke bumi...
Mandikan jenazah simpati..."


Inilah Kisah Hanzalah





sekadar ilustrasi
Nama penuh sahabat Rasulullah s.a.w ini ialah Hanzalah Al- Ghasil Bin Abu Amir.


Dikatakan tatkala tiba hari pernikahan Hanzalah dengan isteri, ketika itu semua muslimin sedang bersiap sedia untuk berperang.


Hanzalah sungguh tak tenang melihat teman-teman seperjuangan sekaliannya sedang bersemangat untuk menumpaskan musuh yang menentang Islam.


Kerana keinginan untuk turut menyertai perang, Hanzalah telah meminta izin Rasulullah untuk menyertai Perang Uhud itu.


Namun, Rasululllah s.a.w sendiri telah membuat pengecualian kepada Hanzalah dan menasihati supaya meneruskan sahaja pernikahannya. Betapa Rasulullah meraikan bagi orang-orang yang melangsungkan perkahwinan yang suci lagi halal.


Hanzalah akur dengan nasihat Rasulullah. Dan pernikahan Hanzalah dan isteri berjalan seperti yang di rancangkan. Malam yang sepatutnya menjadi saat-saat gilang gemilang di raikan antara pasangan suami isteri ini tidak lama.



Kerana...


Ketika itu paluan gendang rancak berbunyi dan pengumuman di buat memastikan setiap rumah berpenghuni lelaki turun bergegas. Arahan untuk berperang telah dikeluarkan.


Walaupun bahagia di samping isteri, hanzalah tidak mampu membatu diri tatkala yang lain-lainnya mengerah segala tenaga daya demi mempertahankan agama.



Kerana itu Hanzalah tekad untuk turut menyertai. Lantas, restu dan doa isteri barunya itu di pinta. Malah, kerana tidak ingin ketinggalan, Hanzalah bergegas pergi dalam keadaan masih lagi berhadas.


Hanzalah Dalam Perang Uhud




antara cinta dan agama
Pengantin baru itu akhirnya berada di medan tempur dengan penuh berani. Dan tiba saat Hanzalah mendepani Abu Suffyan iaitu salah seorang pembesar penentang Islam.


Sebenarnya hampir-hampir sahaja Hanzalah membunuh Abu Suffyan. Namun kerana Allah menginginkan Hanzlah Syahid di jalanNya, Hanzalah tumpas di tangan Shaddah bin Al-Aswad dari arah belakangnya.


Dari kisah ini jugalah bila ada hadis yang menyatakan bahawa kematian Hanzalah adalah satu mati dalam mulia bila Nabi s.a.w bersabda:


"Sesungguhnya aku telah melihat para malaikat memandikan jasad Hanzalah bin Abu Amir di antara langit dan bumi, dengan air awan dari perak..."

Berita Pemergian Hanzalah Sampai Ke Telinga Isteri

Walaupun berita kehilangan suami yang baru sahaja di kahwini begitu menghibakan isteri Hanzalah bila sampai ke pendengaran, dia redha akan kematian Hanzalah. Kerana semua tahu Hanzalah mati penuh kemuliaan. Dan dengan izin Allah, syurgalah yang selayaknya bagi Hanzalah.


Tangisnya berguguran membenarkan pemergian Hanzalah dengan penuh redha.


Berbalik kepada kita hari ni, rasanya payah untuk menemui cinta insan terhadap agama lebih dari cinta pada pasangannya. Pengantin baru di tinggalkan di hari perkahwinan dengan penuh kemuliaan!


Mana lagi nak di cari insan sebegitu?


Realiti Kita Hari Ini

Inai di tangan perempuan masih merah menyala. Penat melayan tetamu belum lagi habis.


Tiba-tiba suami di minta bersegera ke medan perang?


Kalau tidak pekakkan telinga bila dengar laungan berperang untuk pertahankan agama... Mungkin. Mungkin besar kita ambil tindakan bersembunyi di dalam almari, atau mungkin saja menyorok di bawah katil.

Betul ke kita macam tu?


#Mana nak di cari semangat daya juang seperti Hanzalah? Wallahua'lam. 


Wassalam :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...