Showing posts with label DAKWAH. Show all posts
Showing posts with label DAKWAH. Show all posts

Sunday, 4 August 2013

BAGAIMANA SENINYA DAKWAH RASULULLAH


Sabda Rasulullah SAW “Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat 
kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-
orang Islamatau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia
 atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Perjuangan Islam itu sangat seni. Bukan semua orang nampak, sebab itu umat Islam huru hara di dunia ini. Berani sudah ada, usaha gigih, mana ada umat Islam tak berjuang? Semua gigih berjuang, ramai pula, tapi mana ada kejayaan? Makin hina sebab berjuang tidak ada seni. Sikit-sikit nak tembak orang, hennak mengata orang, itu bukan seni.
Islam itu halus dan berseni. Contohnya dengan dakwah boleh boleh mengetuk fitrah orang, boleh orang senang hati,tengok sahaja sudah jatuh hati. Itulah watak benda yang seni. Kalau kita berjuang tidak berseni, macam kita dengar orang pukul besi, dengar sahaja tidak larat, fikiran perasaan serabut pasal tidak seni. Berjuang yang tidak seni seperti pukul pahat sana sini, akhirnya sakit jiwa.

Islam itu seni. Mari kita lihat bagaimana seninya Rasulullah SAW,
Kisah 1 :
Satu hari baginda bawa Sayidina Umar. Rasulullah tahu Umar ini siapa. Umar ini berani, jiwa kuat, sebelum masuk Islam sudah pernah bunuh orang.
Satu hari Baginda mengajak Umar pergi tengah padang pasir, Rasulullah bawa ke satu lembah, wadi. Di situ ada bangkai unta, kuda, kambing, kepala manusia pun ada, tengkorak manusia pun ada.
Rasulullah kata, “Hai Umar apa kau lihat di sini, ini tempat busuk, bangkai binatang ada, manusia pun ada. Dulu mana ada undang bunuh, tangkap, bicara mana ada, bunuh campak sahaja”.
Bila Sayidina Umar lihat ada bangkai binatang dan manusia di situ, dia berkata pada Rasulullah,
“Ini bangkai wahai Rasulullah, campur antara bangkai manusia dan binatang”.
Rasulullah jawab, “inilah hakikat dunia, orang buru dunia senasib dengan yang kena buru”.
Ini seni. Mana ada tok guru yang ajar begini, kalau di masjid tok guru sekadar bersyarah, mana ada tok guru bawa murid lihat bangkai dan bersyarah depan bangkai tentang dunia?

Kisah 2 :
Berlaku juga di zaman Rasululah, orang-orang badwi yang baru peluk Islam, orang badwi ini tidak faham adab, tidak bertamaddun, walaupun dia masuk Islam tapi banyak lagi yg dia tidak faham. Satu hari dia berada di masjid, dia kencing dalam masjid. Rasulullah ada sahabat-sahabat pun ada. Walaupun badwi itu juga seorang sahabat tapi dia baru dididik.
Sahabat-sahabat yang lain apabila melihat keadaan itu naik berang juga, sedangkan wahyu belum sempurna, sahabat ikut apa yg turun waktu itu. Banyak yang mereka tidak tahu lagi, sebab itu ada sahabat yang marah, sahabat nak bertindak. Tapi Rasulullah kata, “Tidak apa, biarkan“. Kemudian Rasulullah yang cuci najis, buang, basuh, semua.
Itukan seni. Rasulullah SAW tidak marah, jadi sahabat-sahabat lain yang menyaksikan perbuatan Rasulullah itu rasa malu. Rasulullah bukan sahaja tidak marah malah tolong basuhkan pula.
Sahabat-sahabat lain pun terdidik sama dan yang terkencing itu pun turut insaf. Rasulullah tidak marah, dia basuh. Jadi kedua-duanya terdidik. Sahabat menjadi tahu teknik berdakwah, yang terkencing itu insaf.
Sebenarnya Islam itu seni, kalau tidak seni orang tidakkan boleh ikut.

Kisah 3 :
Satu hari Rasulullah bawa duit 2 dirham, baginda ke pasar. Di tengah jalan jumpa budak sedang menangis, rupanya dia adalah hamba pada seorang perempuan. Bila lihat budak itu menangis Rasulullah tanya mengapa.
Budak itu jawab, “Saya dibekalkan oleh tuan saya duit 2 dirham nak beli sesuatu, tapi duit itu dah hilang, itu yang saya takut. Biasanya kalau saya salah kena pukullah”.
Bila mendengarnya Rasulullah pun terus bagi duit pada budak itu. Setelah selesai membeli belah budak itupun balik, di tepi jalan Rasulullah jumpa lagi budak itu menangis lagi.
Lalu Rasullah bertanya, “Mengapa menangis? Bukankah saya sudah beri duit?”
Budak itu menjawab, “Tadi saya menangis kerana hilang duit, yang menangis kali ini kerana saya terlewat nak balik, biasanya kena marahlah”.
Lalu Rasullah berkata, “Kalau begitu tak apalah, saya hantar”.
Lalu Rasulullah pun hantarlah. Bila tuan dia tengok Rasulullah, dia pun malulah hendak marah pada hambanya.
Itulah contoh seni di dalam berdakwah yang dibawa panduan oleh Rasulullah SAW.

Tuesday, 16 July 2013

Kisah Imam Malik Diheret Dan Didera



Imam Malik dilahirkan di sebuah perkampungan kecil yang bernama Ashbah, yang terletak di dekat Kota Himyar jajahan Yaman. Nama aslinya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Beliau adalah seorang ulama besar yang lahir di Madinah serta mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam.

Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian atau talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikan oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.

Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, dan jangan sampai orang ramai mengetahui akan hal itu. Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu mencabutnya. Fatwa tersebut tetap disiarkan kepada orang ramai. Talak yang dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja menyiarkan fatwanya itu ketika beliau mengadakan ceramah-ceramah agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia.

Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali fatwanya itu.

Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilang pendiriannya. Tetapi Imam Malik masih tetap dengan pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah. Kemudian ia berkata kepada sahabat-sahabatnya:
“Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”

Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.”
Insya Allah.

Sunday, 14 July 2013

Dakwah : Antara Sunnah dan Peredaran Zaman


Dakwah dalam bahasa arab bermaksud 'menyeru' atau 'mengajak'. Seseorang yang mengamalkan dakwah sama ada seorang yang bertugas dalam institusi agama atau orang awam yang mengamalkan usaha dakwah secara sukarela hanya kerana Allah yang digelar da'i. Tugas seorang da'i adalah menjemput umat seseorang memahami Islam melalui proses dialog.

Dalam masyarakat kini, dakwah bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan dalam proses memajukan dan membangunkan sesebuah negara. Dakwah juga tidak dijadikan teras untuk mewujudkan modal insan yang dilaungkan kebanyakan pemimpin-pemimpin zaman sekarang. Pandangan ini ternyata satu kesilapan besar umat ini kerana menyangka kerja-kerja yang dilakukan Nabi S.A.W. dan para sahabat r.a. tidak lagi relevan pada zaman moden ini.

Peningkatan gejala sosial dan jenayah seperti penzinaan, dadah, rogol, pembunuhan, rasuah dan macam-macam lagi kejahatan yang berlaku di atas muka bumi Allah ini bukanlah kerana kurangnya didikan tentang agama, pengaruh-pengaruh dari rakan sebaya atau negara kita tidak melaksanakan hukum hudud. Tetapi, gejala-gejala ini berlaku kerana kurangnya usaha dakwah dalam negara kita.

Usaha ini dianggap 'enteng' oleh umat Islam di Malaysia khususnya. Kita didedahkan dengan pengajaran di sekolah melalui Pendidikan Islam. Tapi berapa banyak sekolah yang mengajar tentang kebesaran Allah, maksud sebenar kalimah ' Lailahaillallah', dan kesedaran tentang masalah umat yang tidak mahu menerima Islam cara Nabi S.A.W.

Kebelakangan ini, umat Islam digemparkan dengan isu murtad yang berlaku di kalangan umat ini. Bagaimana ini terjadi? Adakah salah ibu bapa? Salah guru yang tidak mendidik? atau salah pemimpin yang tidak melaksanakan hukum hudud? Jawapannya tentu tidak. Islam bukan agama yang menakutkan kerana melaksanakan hudud. Hudud adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan dan jika ada yang menafikan kewajipan hukum ini, maka mereka bukanlah terdiri dari golongan yang beriman. Tetapi, adakah hukum hudud berjalan seiring dengan usaha dakwah yang dilakukan secara meluas?



Tuesday, 16 April 2013

tentang Tabligh


Penerangan tentang Tabligh – Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah: Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya. Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.
(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH)
Sahabat-sahabat r.hum (Radhiallahu’anhum – Keredhaan Allah keatas mereka) keluar 5 tahun:
Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab ‘Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara’,
oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0)
Sahabat r.hum keluar 6 bulan:
Bara r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus Khalid ibne-Walid r.a kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid r.a kerap mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.
Kemudian Rasulullah s.a.w mengutus ‘Ali ibne-Abi Talib r.a ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan datang kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur saf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami. Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah s.a.w kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah s.a.w itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam.
Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah s.a.w yang kandungannya memberitahukan tentang keislaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah s.a.w, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah s.w.t. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan.
(Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 108)
Keluar 4 bulan:
Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar r.a sedang berkeliling (ghast/jaulah) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang mengungkapkan sya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya. Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu. Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya, sudah pasti ranjang ini goyang oleh yang lainnya.
Ketika Umar r.a mendengar syairnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suamimu.”
Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.”
Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).
Keluar 40 hari

Wednesday, 10 April 2013

Jalan Setapak Meraih Kesucian


Jalan Setapak Meraih Kesucian

Mati penasaran, kebalikan dari mati sempurna. Dalam kajian Kejawen, mati dalam puncak kesempurnaan adalah mati moksa atau mosca atau mukswa. Yakni warangka (raga) manjing curigo (ruh). Raga yang suci, adalah yang tunduk kepada kesucian Dzat yang terderivasi ke dalam ruh. Ruh suci/roh kudus (ruhul kuddus) sebagai retasan dari hakikat Dzat, memiliki 20 sifat yang senada dengan 20 sifat Dzat, misalnya kodrat, iradat, berkehendak, mandiri, abadi, dst. Sebaliknya, ruh yang tunduk kepada raga hanya akan menjadi budak nafsu duniawi, sebagaimana sifat hakikat ragawi, yang akan hancur, tidak abadi, dan destruktif. Menjadi raga yang nista, berbanding terbalik dengan gelombang Dzat Yang Maha Suci. Oleh karena itu, menjadi tugas utama manusia, yakni memenangkan perang Baratayudha di Padang Kurusetra, antara Pendawa (kebaikan yang lahir dari akal budi dan panca indera) dengan musuhnya Kurawa (nafsu angkara murka). Perang inilah yang dimaksud pula dalam ajaran Islam sebagai Jihad Fii Sabilillah, bukan perang antar agama, atau segala bentuk terorisme.

Adapun ajaran untuk menggapai kesucian diri, atau Jihad secara Kejawen, yakni mengendalikan hawa nafsu, serta menjalankan budi (bebuden) yang luhur nilai kemanusiannya (habluminannas) yakni ; rela (rilo), ikhlas (legowo), menerima/qonaah (narimo ing pandum), jujur dan benar (temen lan bener), menjaga kesusilaan (trapsilo) dan jalan hidup yang mengutamakan budi yang luhur (lakutama). Adalah pitutur sebagai pengingat-ingat agar supaya manusia selalu eling atau selalu mengingat Tuhan untuk menjaga kesucian dirinya, seperti dalam falsafah Kejawen berikut ini :

“jagad bumi alam kabeh sumurupo marang badan, badan sumurupo marang budi, budi sumurupo marang napsu, napsu sumurupo marang nyowo, nyowo sumurupo marang rahso, rahso sumurupo marang cahyo, cahyo sumurupo marang atmo, atmo sumurupo marang ingsun, ingsun jumeneng pribadi”

(jagad bumi seisinya pahamilah badan, badan pahamilah budi, budi pahamilah nafsu, nafsu pahamilah nyawa, nyawa pahamilah karsa, karsa pahamilah rahsa, rahsa pahamilah cahya, cahya pahamilah Yang Hidup, Yang Hidup pahamilah Aku, Aku berdiri sendiri (Dzat).

Artinya, bahwa manusia sebagai derivasi terakhir yang berasal dari Dzat Sang Pencipta harus (wajib) memiliki kesadaran mikrokosmis dan makrokosmis yakni “sangkan paraning dumadi” serta tunduk, patuh dan hormat (manembah) kepada Dzat Tuhan Pencipta jagad raya.
Selain kesadaran di atas, untuk menggapai kesucian manusia harus tetap berada di dalam koridor yang merupakan “jalan tembus” menuju Yang Maha Kuasa. Adalah 7 perkara yang harus dicegah, yakni;

Sunday, 31 March 2013

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam



Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. 
Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah. 
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut. 
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? 
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam. 
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? 

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui. 

Sunday, 10 March 2013

Dakwah Itu Adalah Cinta



pengorbanan 300x300 Dakwah itu adalah cinta
 | ‘Maka, berkat rahmat Allah engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan mohonlah keampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan azam, maka bertawakallah pada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal” (Ali Imran:159)
*          *          *          *
            Kaki baginda mengalir darah, hampir menitis. Ribuan batu dibaling tepat ke arah tubuh Rasulullah S.A.W yang mulia, hingga terjatuh dan tidak lagi mampu berdiri. Penduduk Taif tidak mahu berhenti. Segera baginda bangun untuk teruskan perjalanan. Sebutir demi sebutir batu terus singgah melukai tubuh.
            Sekali lagi, baginda terjatuh dan tidak mampu berjalan. Baginda bangun lagi, lalu dihujani dengan batu-batuan.
            Bayangkan, tiga kali peristiwa ini berulang. Rasulullah disakiti lalu bumi menjadi saksi tubuhnya berdarah.
Sehingga baginda terpaksa berehat di suatu pohon lantas berdoa, “Aku mengadu padaMu, ya Allah.” rintih Baginda. “…akan segala kelemahanku dan kurangnya usahaku.”
            Lihatlah, baginda tidak langsung mengadu tentang apa yang telah diperlakukan oleh penduduk Taif terhadapnya. Baginda juga tidak merintih tentang penduduk Makkah. Bukan juga tentang batu-batu yang telah melukainya. Malah, jauh sekali tentang sikap buruk mereka yang tidak mahu menerima dakwah. Yang diadukan hanyalah tentang diri baginda sendiri yang lemah dan kurang usaha.
            “Aku boleh menghancurkan mereka dengan dua gunung,” Malaikat membuat tawaran. “Tidak,” pinta Rasulullah, “Aku hanya mahukan supaya lahir dari keturunan mereka sebagai bahagian daripada pendukung risalah ini.’
*        *          *
            Seperti itu sepatutnya seorang pendakwah.
            Seorang pendakwah itu bukanlah semata-mata seorang yang mempunyai kefasihan lidah, mahupun keindahan bahasa tulisan yang memukau indah. Malah bukan juga pada ilmu dan kekuatan mantik yang menundukkan akal. N, pendakwah adalah seorang yang memiliki hati yang menawan rasa, serta akhlak yang menumbuhkan kepercayaan manusia yang didakwahkannya.
            Dua unsur ini – rasa hati dan akhlak mulia bergantung kepada darjat iman dan taqwa seorang pendakwah. Rasa hati ini merupakan pancaran kalbu, cerminan pada sebuah keikhlasan. Semahir manapun seorang pendakwah itu berbalas hujah dan fakta, dia harus memiliki hati yang mencintai manusia yang didakwahkannya.
            “Ya Allah, tunjukkanlah kaumku ini lantaran merekaidak tahu apa yang mereka perbuat.” begitu doa Rasullullah di Taif.
            Suara jiwa sebegini hanya mampu terbit dari rasa cinta yang mendalam kepada ummah dan rasa sedih mengenangkan azab yang bakal menimpa mereka.
            Begitulah contoh tauladan yang ditunjukkan Rasulullah dalam hubungan cinta kepada mad’u yang didakwahkannya.
            Pada satu musim kemarau, Umar R.A pernah menahan dirinya dari memakan minyak samin kerana rakyat sukar sekali memperoleh minyak tersebut pada ketika itu. Badannya menjadi lemah dan kulit mukanya menjadi kecut akibat terlampau banyak makan minyak zaitun sebagai pengganti minyak samin. Para sahabat kemudiannya mendesak Umar R.A supaya menggunakan wang dari Baitul Mal sekadar untuk membeli minyak samin untuk Amirul Mukminin. Namun, Umar R.A tegas menolak,
            “Bagaimana aku akan dapat memperhatikan urusan rakyat, apabila aku sendiri tidak merasa derita yang mereka rasakan?”Saudaraku, perhatikan perkataan Amirul Mukminin yang mulia itu, “Merasakan apa yang mereka rasa!”
            Inilah jambatan rasa, yang dibangunkan oleh rasa cinta seorang pemimpin terhadap rakyatnya.
            Begitu jugalah halnya dengan pendakwah. Kita perlu membina rasa cinta ini terhadap mad’u kita. Kita harus merasai apa yang dirasai mad’u kita supaya mudah kita lebih memahami keadaan mereka seterusnya mencintai mereka!
            Pendakwah yang memiliki kecintaan kepada umat ini akan sanggup menundukkan status kedudukannya mahupun kemewahan dirinya, supaya dia memahami apa yang dialami umat mereka. Begitu juga akhirnya dia menjadi sebahagian dari kehidupan orang yang didakwahkannya itu. Mereka berkongsi bersama-sama peristiwa suka dan duka; kematian, walimah, sakit, dan lain-lain .
            Akhirnya, dai’e itu menjadi tempat manusia menumpahkan kethiqahan.Namun, cinta ini perlu dibina dan dipupuk.
Berkembangnya era teknologi zaman kini terkadang menjadi dai’e di alam siber kaku dalam menjalinkan hubungan secara live. Perasaan hanya dibina lewat tetingkap Facebook mahupun Twitter sehingga jambatan rasa dan cinta itu terjalin atas dasar yang superficial. Dia menjadi seorang kekok, malah tidak mampu menjalinkan hubungan rasa yang mendalam dengan mad’unya sewaktu bertemu dengan mad’unya di medan nyata. Malah, menjadi lebih selesa duduk di rumah dari menziarahi sahabatnya kerana lebih suka untuk berehat di rumah di hadapan komputer riba, daripada mengambil keberkatan menempuh perjalanan yang jauh untuk menautkan ikatan ukhuwah.
            Kita perlu membina jambatan rasa dan cinta ini. Melangkaui dunia maya tanpa sempadan. Ini memerlukan usaha juga hati yang amat luas untuk mencintai umat ini lebih dari umat ini mencintai diri mereka sendiri. Hanya dengan itu kita sanggup berbuat apa sahaja, untuk berdakwah kepada umat ini.
*          *          *          *
Dakwah ini adalah cinta,
dengan cinta kita membuka hati-hati manusia,
ketika bila hati telah terbuka,
akan terbukalah juga akal dan poket mereka.

Friday, 1 February 2013

APA ITU ISTIDRAJ



Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


DENGAR NASIHAT IMAM AL-GHAZALI


Antara nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya :“Tanda Allah membenci seseorang hamba-Nya, dia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya .
NASIHAT AL-GHAZALI BAGI MENCAPAI KEBAHAGIAAN DUNIA & AKHIRAT
Sesungguhnya sesaat umur yang pergi tanpa digunakan dalam ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal pada kemudian hari. Sesiapa yang telah mencapai umur 40 tahun, sedangkan amalan kebaikan terlalu sedikit dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukannya, maka bersedialah untuk ke neraka.”
WAHAI ANAKKU:
Memberi nasihat sememangnya mudah, yang sukar ialah untuk menerimanya. Nasihat amat pahit bagi manusia yang mengikut hawa nafsu. Mereka lebih senang dengan perkara-perkara yang terlarang. Ada manusia yang menganggap ilmu yang ada sudah memadai untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu tidak perlu lagi beramal dengan ilmu yang ada. Sebenarnya ini adalah pandangan sesat ahli-ahli fasafah. Subhanallah! Tidakkah mereka tahu orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu maka ilmu sendiri akan mendakwanya di akhirat nanti?Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Manusia yang paling teruk diazab pada hari kiamat ialah orang yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya.”
WAHAI ANAKKU:
Beramallah dengan ilmu yang ada. Yakinlah bahawa ilmu tanpa amal tidak akan menyelamatkan kamu di akhirat. Bayangkan seorang lelaki gagah yang masuk ke dalam hutan, membawa bersama-samanya berjenis- jenis senjata. Apakah kau fikir senjatanya dapat menyelamatkan dirinya sekiranya ia tidak mengangkat dan menggunakan senjata tersebut? Jelas sekali senjata tadi tidak berguna kalau tidak digunakan. Begitulah keadaan seseorang yang membaca dan mengetahui banyak perkara, tetapi tidak langsung menggunakannya pengetahuannya tadi. Ilmunya tidak akan memberi manfaat, tanpa dia sendiri beramal dengan ilmu tersebut.
WAHAI ANAKKU :
Islam terbina atas lima perkara, pengakuan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan mengerjakan haji bagi sesiapa yang berkuasa. Iman bermaksud melafazkan dengan lidah, mengaku dengan hati seterusnya beramal dengan seluruh anggota. Selagi kamu tidak beramal maka selagi itu kamu tidak akan beroleh pahala.Sabda Rasulullah bermaksud: “Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa merendah diri dan beramal sebagai bekalannya selepas mati. Orang yang bodoh pula ialah orang yang mengikut hawa nafsu dan mengharap-harap kebaikan daripada Allah tanpa usaha.”
WAHAI ANAKKU:
Berapa banyakkah malam yang kamu penuhi dengan bersengkang mata menelaah kitab, tanpa mengetahui apakah niatmu yang yang mendorong kamu berbuat demikian? Sekiranya niatmu hanya untuk mendapatkan kesenangan dunia dan sanjungan manusia, maka celakalah kamu. Tetapi sekiranya niatmu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad s.a.w, membentuk akhlakmu, membendung nafsu amarahmu, sesungguhnya akan berbahagialah kamu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...