Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, 14 April 2013

CONTOH JADUAL HARIAN PELAJAR CEMERLANG


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tumblr_mgad70qno71r6i3fto1_400_large

05.15 pagi
Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan berwuduk
Aktiviti mentelaah dan menghafal

06.00 pagi
Solat Subuh, (* lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid ), Baca Ayat Kursi, Berdoa dan  membaca Al-Quran

07.00 pagi
Bersiap diri untuk ke sekolah dan bersarapan

07.45 pagi – 02.00 petang
Di sekolah (memberi penumpuan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran)

02.30 petang – 03.00 petang
Solat Zohor,(* lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid ), Baca Ayat Kursi, Berdoa dan berehat

03.00 petang – 04.30 petang
Ulangkaji / kelas tambahan / Baca Al-Quran / kokurikulum

04.45 petang
Solat Asar (* lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid ), Baca Ayat Kursi, Berdoa

05.30 – 06.45 petang
Riadah / Bersukan

07.30 malam
Solat Maghrib, (* lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid ) / membaca Al-Quran / makan malam

08.30 malam – 09.00 malam
Solat Isyak, (* lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid ) dan Sunat Hajat

09.00 malam – 10.45 malam
Ulangkaji pelajaran / persediaan untuk pengajian hari besok / belajar malam

10.45 malam
Mengambil bekalan minda (roti+susu / jus Tok Guru / Jus kurmamadu)

11.00 malam
Baca Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, berdoa  dan tidur
Selamat mencuba dan amalkan selalu ^^

Friday, 12 April 2013

Subhanallah! Sungai Terjernih Di Dunia

Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga nanti. Menyentuh bab keindahan ini, terdapat sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore.  Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping.
  


Tuesday, 5 March 2013

selamatkan negara tercinta


OPS SULU:Operasi Hampir Selesai, ATM tidak akan

 dedah taktik digunakan dalam serangan




semoga Allah selamatkan malaysia


LAHAD DATU 5 Mac- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh mendedahkan taktik yang 
digunakan dalam operasi serangan ke atas penceroboh Sulu yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Bagaimanapun, Panglima Angkata Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, 
serangan itu ada menggunakan letupan tertentu agar pihak penceroboh tidak memasuki
 kawasan yang dikawal oleh pihak pasukan keselamatan negara.
Sementara itu Wartawan Utusan Online, BORHAN ABU SAMAH melaporkan: 
"Operasi hari ini menggunakan 3 buah pesawat pejuang F18 dan 5 buah Hawk,
 kata Zahid Hamidi.
Beliau juga sahkan tiada anngota keselamatan tercedera dan di pihak pengganas Sulu belum
 dipastikan kerana Ops Sulu masih berlangsung.
Hishamuddin pula beri jaminan bahawa operasi akan diteruskan selepas ini bagi memastikan
 keselamatan Sabah dan negara ini."


Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM sehingga kini berjalan lancar dan memberi impak yang cukup ketara dalam misi menyelamatkan negara. -

Sama-sama kita doakan Pasukan Keselamatan kita berjaya melaksakan misi tanpa ada sebarang tumpahan darah di pihak kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...