Showing posts with label doa penawar islam. Show all posts
Showing posts with label doa penawar islam. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

amalan mendapat kejayaan cemerlang

Assalamualaikum,

Kepada ibubapa yang anak-anak mereka sedang menduduki peperiksaan . Luangkan masa sedikit untuk membaca artikel ini sekiranya tidak sibuk dengan tugas dan kerja-kerja rumah. Buatlah untuk anak-anak anda amalan ini semasa mereka sedang bergelut menjawab kertas-kertas soalan . Doakan mereka tenang dan ingat kembali pelajaran yang telah mereka pelajari itu. Mohon kehadrat-Nya supaya diberikan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anak kita. 
Moga-moga dimakbulkan-Nya.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.


Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-


1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x


4. Al- Fatihah - 1x


5. 3 Qul- 1x


6. Surah Insyirah - 1x


7. Selawat Atas Nabi - 10x


8. Baca Surah Yassin - 1x


9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. 
dunia dapat ,pahalad dapat insyaa allah:)

Sekian Wasallam.

Tuesday, 1 October 2013

DOA & UBAT


Assalamualaikum w.b.t
1 ) Doa untuk orang yang selalu senggugut, haid yang x menentu, istihadah & adik beradik dengannya...
          - Madu asli adalah ubat yang paling berkesan..
          - Baca Al- Fatihah
          - Baca ayat kursi
          - Sembahyang hajat 2 rakaat ( Bukanlah sewaktu uzur)
  Baca ayat di bawah ini...
 * surah An- Nahl , ayat 69

~ Ustaz sharhan baca doa tu bermula dari yang saya garis tu, cuma x pasti sampai habis atau x..
Habiskan pun x per, x de salahnya...
            

2 ) Doa bagi menceraikan manusia & jin..
     -  mungkin kadang2 kita lalu dekat ladang kelapa sawit, ataupun keluar waktu senja,
       lepas tu kalau nak masuk rumah, x nak bagi jin2 ikut kita, amalkan doa ni...
     -  Kalau x salah saya, ustaz cakap ayat ini juga sesuai dibacakan untuk org yang mempunyai saka
       (Kalau salah, tolong btolkan)
Baca ayat di bawah ini...
* Surah At- Tariq, ayat 4

3) Doa sakit kepala
    - Baca doa pada tangan kanan, sapukan pada kepala
Baca ayat di bawah ini...
 *Surah Al- Waqi'ah, ayat 19

4 ) Doa mempercepatkan jodoh
     - Ustaz kata, ada yang mungkin umur sudah lanjut, tapi belum bertemu jodoh.
Baca ayat di bawah ini...
* Surah Ar- Rum, ayat 21

USTAZ SHARHAN - PENYAKIT & PENAWARNYA


Assalamualaikum w.b.t..



Hadis Rasulullah,
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit kecuali ada bersamanya ubat."

1) -Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu. 
    -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
    -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.
2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
   - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel 
   - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat  

3) - 
Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit. 
   - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya 
   - Jangan ambil menggunakan tangan,  sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
   - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh


4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri

Surah Al - Baqarah, ayat 102




5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa' 
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali

Surah Al - Anbya', ayat 83 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...