Friday, 5 April 2013

Hari Jumaat Hari Istimewa


Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

KEUTAMAAN HARI JUMAAT?

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."
1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)
2. Waktu yang mustajab untuk berdo'a
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat. Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:
i. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat
Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa 'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" Lalu Abu Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.'" (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika solat didirikan.
ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar
Dari Jabir bin 'Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda, "Hari Jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, "ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya."
3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya
Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Tazkirah JumaaT : Ibadah Mudah--ZIKIR--")




Dalam sebuah hadits

Rasulullah SAW bersabda;

“Doa itu ibadah.”

(HR Abu Daud & At-tirmidzi). 

Thursday, 4 April 2013

cara nabi muhammad saw makan


we love nabi muhammad s.a.w


dalam sebuah hadis riwayat muslim menyebut bahawa rasulullah dan keluarganya pernah selama sebulan atau dua bulan hanya makan kurma dan air. meskipun hidangan yang baginda makan sangat sikit dan sederhana, namun baginda tidak pernah lupa mensyukuri nikmat allah.

begitu juga baginda tidak lupa untuk berterima kasih kepada orang yang menghidangkannya serta tidak mencela apabila ada hal yang kurang baginda berkenan. ini kerana meskipun orang yang memasakknya telah mencuba sebaik mungkin , kekurangan itu pasti ada. oleh sebab itu, rasulullah tidak pernah mencela makanan dan orang yang memasaknya.

baginda juga tidak akan menolak makanan yang disajikan dan tidak memimta-minta makanan yang tidak tersaji. baginda nabi umat ini. perhatian baginda tidaklah tertumpu kepada masalah perut dan makanan sahaja. jika disajikan roti dan daging, baginda akan memakannya, jika dihidangkan dengan buah-buahan, baginda akan memakannya, jika dihidangkan kurna atau roti sahaja, baginda pun memakannya.

apabila dihidangkan dua jenis makanan, baginda tidak berkata: " aku tidak mahu menyantap dua jenis makanan!' baginda tidak pernah menolak makanan yang lazat dan manis.

Wednesday, 3 April 2013

Empat Asas Utama Untuk Menjadi Umat Yang Memiliki Sifat Terpuji


akhlak-mulia-lagi-terpuji

Udang-undang dicipta untuk menjadikan kehidupan manusia sentiasa dalam keadaan tersusun dan sistematik. Diciptakan undang-undang jalan raya, pusat pengajian, perniagaan, hiburan, jabatan awam dan swasta adalah untuk mencorakkan sistem kehidupan yang stabil.

Namun, segala undang-undang ini tidak memadai untuk mendidik tabiat manusia yang sering melanggar peraturan ditetapkan. Segala undang-undang dicipta tidak dapat mencapai matlamat secara menyeluruh kerana ia bersifat luaran semata-mata tanpa didikan dalaman.

Undang-undang ini hanya berperanan kepada masyarakat umum saja, manakala peranan individu penting untuk merealisasikannya. Kita mendapati kekuatan yang ada hanyalah hukuman dikenakan kepada pesalah berdasarkan sistem keadilan sedia ada.

Bagi mereka yang bebas daripada kesalahan, tidak mendapat apa-apa ganjaran di dunia. Apa yang perlu adalah wujudnya kefahaman bahawa mereka tetap mendapat ganjaran di akhirat.

Syekh Jamaluddin Al-Afghani berkata: “Tidak cukup untuk kita menghukum pesalah semata-mata kerana di sana masih ada yang rosak dalaman mereka sehingga sanggup menipu, melakukan maksiat, rasuah, pecah amanah, khianat, hasad dengki, penganiayaan dan banyak kerosakan di muka bumi ini. Terkadang ia tidak dapat dikesan dan mereka terselamat daripada hukuman.”

Kebaikan zahir, jiwa

Dr Abdullah Darraz dalam bukunya Addin menyebut: “Tiada kehidupan dalam masyarakat yang hanya menumpukan kebaikan pada zahir tanpa menghiraukan urusan jiwa yang tersembunyi.”

Allah SWT berfirman: “Mereka hanya mengetahui perkara zahir nyata daripada kehidupan dunia dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu mengenai hari akhirat.” (Surah Ar-rum, ayat 7)

Ini contoh mereka yang hanya memandang dari sudut duniawi semata-mata tanpa melihat ganjaran pahala yang disediakan Allah SWT. Sifat ini akan merugikan seseorang kerana habuan dunia hanyalah sementara.

Imam Ghazali meletakkan empat asas utama sifat mulia di sisi Allah SWT iaitu kebijaksanaan yang dapat membezakan benar dan salah; keberanian menahan atau mengarahkan kemarahan dengan menggunakan akal; kebersihan jiwa bagi menahan keinginan syahwat dengan mendidiknya untuk tunduk kepada akal dan syarak serta keadilan iaitu kekuatan jiwa yang boleh mengatasi sifat marah dan keinginan syahwat lalu membimbingnya ke arah kebijaksanaan.

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang kasihkan dunia, maka dia membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia membahayakan dunianya. Justeru, ingatlah utamakan suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia).” (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Jika diperhatikan maksud kasih di sini ialah cenderung dan gemar terhadap dunia, bukanlah meninggalkan dunia secara keseluruhan kerana kita dituntut untuk mendapatkan kedua-duanya.

Firman Allah SWT: “Katakanlah wahai Muhammad: Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu.” (Surah Ghafir, ayat 39)

Hati dan jiwa dalaman adalah pusat yang menggerakkan tubuh untuk melakukan kebaikan. Hati adalah perkara utama untuk memperbaiki akhlak manusia. Nabi SAW menganggapnya sebagai perkara utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota manusia.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Sesungguhnya beruntunglah yang menyucikan jiwa itu. Dan rugilah orang yang mengotorinya.” (Surah As-Syams, 9-10)

Realisasi matlamat

Manusia bergerak melalui urusan dalaman jiwa berteraskan agama yang mana terletaknya kekuatan sebenar. Kekuatan ini akan mencetuskan disiplin kuat untuk melaksanakan undang-undang seterusnya merealisasikan matlamat diciptakan undang-undang itu.

Undang-undang yang baik akan berkesan jika manusia bertindak mengikut landasan agama.

Imam al-Ghazali berkata: “Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin.”

Firman Allah SWT: “Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya) maka Allah SWT mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang mengotorinya.” (Surah asy-Syams, ayat 7-10)


Monday, 1 April 2013

9 Perkara Yang Manusia Sering Bazirkan



Ibnu Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi). Beliau mengatakan bahawa ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia. Apakahpembaziran-pembaziran tersebut?

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

1. Ilmu pengetahuan
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
4. Hati
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5 .Tubuh badan
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Masa
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
8. Akal
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Zikir
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Wallahua’lam…
[

Tahukah Anda Sejarah Turunnya Ayat Kursi?




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...