Wednesday, 17 July 2013

9 Kelebihan Ibu Mengandung




1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ?
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Anak-anak adalah amanah dari Allah swt dan ianya sebahagian dari ujian Allah swt kepada kita hamba-hambaNya. Firman Allah swt: ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Rasulullah SAW bersabda:
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?" Berkata para sahabat: "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak
memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

MOTIVASI DIRI





Kata-kata Hikmah Motivasi Diri

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)

RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)

Tuesday, 16 July 2013

Malam Lailatul Qadar : Kemuncak Bulan Ramadhan

Amalan, kelebihan dan tanda-tanda

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.

Huraian Hadith: 
1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.

Huraian Hadith: 
1. Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.

2. Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.


TANDA KEHADIRAN MALAM LAILATULQADAR


LAILATULQADAR atau malam al-Qadar diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Firman ALLAH SWT : Ertinya : “Malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan”  (Surah Al-Qadr : 2).

Pada malam ini jugalah Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadis ertinya : “Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat 10 malam terakhir Ramadan, tidak sebagaimana Baginda pada malam-malam yang lain” (Riwayat Muslim, no 1175 )

Ringkasnya, lailatulqadar adalah malam berkat yang diturunkan padanya al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat).

Pada malam ini juga sekiranya melakukan ibadat al-Qadar seperti melakukan ibadat seribu bulan.

Berdasarkan Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat semua pihak beliau menterjemahkan dengan katanya: Ertinya : Pendapat yang paling tepat daripada zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti seribu bulan adalah “beramal pada lailatuqadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya lailatulqadar (selain bulan Ramadan). (At-Tabari, 30/259)

“Selain itu, pada malam itu juga, turunnya malaikat dan roh (Jibrail AS). Hal ini disebutkan dalam al-Quran daripada Surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka danmengaminkan doa mereka maka ALLAH akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan: peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturahim dan individu yang sedang bermusuhan.

“Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera. Hinggakan syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja,” katanya.

Ibadat sepanjang malam

Ulama tersohor Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh ALLAH agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Menurut pandangan yang paling kuat dalam kalangan ulama, ia berlaku pada 10 malam yang terakhir, iaitu pada malam ganjil. Sebahagian ulama pula mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadan. Manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ia bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh.

“Berdasarkan dalil hadis al-Bukhari, kemungkinan besar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu sama ada 25, 27 atau 29 Ramadan. Daripada tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramadan adalah yang paling diharapkan kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang kebanyakan sahabat Nabi serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka’ab ra bersumpah ia adalah malam ke 27 (pada zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya.

Tanda kehadiran malam al-Qadar

Kisah Imam Malik Diheret Dan Didera



Imam Malik dilahirkan di sebuah perkampungan kecil yang bernama Ashbah, yang terletak di dekat Kota Himyar jajahan Yaman. Nama aslinya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Beliau adalah seorang ulama besar yang lahir di Madinah serta mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam.

Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian atau talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikan oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.

Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, dan jangan sampai orang ramai mengetahui akan hal itu. Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu mencabutnya. Fatwa tersebut tetap disiarkan kepada orang ramai. Talak yang dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja menyiarkan fatwanya itu ketika beliau mengadakan ceramah-ceramah agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia.

Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali fatwanya itu.

Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilang pendiriannya. Tetapi Imam Malik masih tetap dengan pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah. Kemudian ia berkata kepada sahabat-sahabatnya:
“Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”

Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.”
Insya Allah.

Monday, 15 July 2013

Sejarah Kandungan Dan Keutamaan Al-Qur'an




Ayat Al-Qur'an pertama kali diturunkan kepada nabi Muhammad saw. Ketika beliau berumur 40 tahun.yaitu malam senin tanggal 17 Ramadhan atau tepatnya 6 agustus 610M. ketika beliau berkhalwat di Gua Hira.

Wahyu pertama kali turun adalah surah Al-Alaq ayat 1-5,yaitu:

"Bacalah , dengan {menyebut} tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar (manusia) dan perantaraan kalam. dia mengajarkan kepada manusia apa  yang tidak diketahuinya. (Q.S. Al-Alaq:1-5)

Setelah surat Al-Alaq ini, secara berangsur-angsur Malaikat jibril menurunkan ayat-ayat Al-Qur'an kepada nabi Muhammad hingga lengkap 30 juz seperti dalam mushaf Al-Qur'an yang kita baca sekarang. Al-Qur'an terdiri 114 surah, 6666 ayat
, dan 345.345 huruf. Al-Qur'an diturunkan lebih kurang selama 22 tahun, 2 bulan, 22 hari atau 23  tahun. 13 tahun di mekkkah dan 10 tahun di madinah.

Al-Qur'an mengandung ajaran lengkap dan sempurna untuk semua hajat dan kepentingan manusia. pokok2 kandungan Al-Qur'an adalah 
a.Tentang tauhid dan keimanan
b.Tentang tata cara beribadah kepada Allah
c.Tentang muamalah (hubungan dengan sesama manusia)
d.Tentang hukum
e.Tentang janji dan ancaman Allah swt
f.Tentang manusia sebelum nabi Muhammad saw. Sebagai 'ibrah (pelajaran) bagi manusia
g.Tentang ilmu pengetahuan
h.Tentang akhlak dan budi pekerti

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...