Wednesday, 13 February 2013

Ketulusan Hati Insan kerana Cukup Allah Baginya


Si Kecil Menolak Ketulusan Hati Insan kerana Cukup Allah Baginya

Bila kudengar suara lolongan serigala
Kurindu kepada serigala
tetapi bila kudengar suara manusia
aku hampir sahaja kehilangan kesedaranku
Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil yang berumur sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyuk. Ia menunggu sehingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya. Kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya: “Anak siapa wahai anakku?”. Anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya. Kemudian dia mengangkatkan kepalanya dan berkata: “Wahai pakcik, saya seorang anak yatim piatu.’
Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata: “Mahukah kamu menjadi anak angkatku?” Anak itu berkata: ” Apakah jika aku lapar engkau memberiku makan?” Orang itu menjawab: “Ya!” Anak kecil itu bertanya lagi: “Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, engkau akan memberiku pakaian?” Orang itu mengangguk dan mengatakan “Ya!” Anak kecil itu bertanya lagi : “Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?” Orang itu menjawab: “Wahai anakku, aku tidak dapat melakukan itu?” Anak kecil itu bertanya lagi: “Apakah engkau akan menghidupkanku bila aku mati?” Orang itu menggelengkan kepala : “Aku juga tidak sangggup?”.
Akhirnya anak kecil itu berkata:” Kalau demikian wahai pakcik, serahkanlah diriku kepada.
“Tuhan yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku, dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila sakit, Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari qiamat”.  [ Surah Asy-Syu'ara': 78-82]
Lelaki itupun diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata: “Aku beriman kepada Allah. Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kecukupan kepadanya.”

Mindaku Berbicara
Si kecil yang memiliki tawakkal yang tinggi kepada Allah. Cukuplah Allah baginya. Tidak mengharap manusia tapi hanya Allah semata. Mungkin ada yang berkata, betapa anak ini telah menolak rezeki yang Allah kirimkan untuknya…atau mungkin juga ada yang berkata, anak ini telah menolak ketulusan hati insan yang ingin mendapatkan ganjaran di sisi Allah..seharusnya si kecil ini menerima pelawaan dengan hati terbuka..
Hakikatnya…insan kerdil ini telah melalui jerih derita yang hebat lantaran pemergian ayah dan ibu tercinta dan tinggallah dia sendiri..Di saat tiada sesiapa di sisinya..hanya Allah tempat pengharapan, pengaduan dan pemberi rezekinya..Insan kerdil ini telah merasakan akan kelazatan tawakkal dan iman yang tinggi kepada Allah. Merasakan manisnya berpaut hanya pada Allah..Merasakan nikmatnya apabila menancapkan dalam hatinya, Cukuplah Allah baginya…Pasti iman yang sekuat ini tidak akan menukarkannya dengan bergantung kepada insan, di saat dia telah merasakan segala kenikmatan sebagai seorang hamba Allah yang bergantung hanya pada Allah..
Cerita Seorang Teman
Suatu ketika dia sedang menghadapi masalah kewangan namun tidak diceritakan pada sesiapapun kerana terpahat kukuh dihatinya, Allah akan mencukupkannya dan Allah telah menetapkan rezeki untuknya..Tidak perlu baginya untuk mengharap ihsan manusia..Cukuplah Allah baginya..
Namun, takdir Allah suatu ketika..ada sahabat akrabnya mengetahui situasinya yang agak berat itu dan dengan setulus hati menghulur tangan untuk membantu…Berkali-kali ditolaknya dengan mengatakan: “Tidak mengapa sahabatku, cukuplah Allah bagiku…kuhargai keikhlasanmu itu”.Tetapi temannya tetap mendesak dan akhirnya temanku itu akur apabila sahabatnya berkata: ” Mengapakah dirimu tidak mahu kumendapatkan ganjaran pahala dengan membantumu…Aku juga ingin pahala di sisi Allah sahabatku”.
Sehinggalah suatu hari, terjadi kesalahfahaman antara mereka. Temanku itu tidak bersalah dan sahabatnya juga tidak bersalah cuma suatu silap faham. Betapa sahabat temanku itu telah merobek hati nurani temanku itu apabila terlanjur berkata: ” Bukankah dulu di saat dirimu susah aku yang menolongmu…sekarang lunasi segala halmu sendiri..”
Merintih sepi temanku ini kepada RabbNya.. ” Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui, bahawa dulu diriku pernah menolak bantuannya kerana diriku hanya ingin mengharap padaMu…sedangkan kumenerimanya kerana keinginannya mendapat ganjaran di sisiMu…Silapkah aku Ya Allah?”..
Merintihnya sayu di dalam hati…” Sahabatku…mengapakah kau ungkiti setiap kebaikan yang pernah kau lakukan kepadaku. Bukankah dengan ungkitan itu telah menghilangkan segala ganjaran pahala yang kau harapkan dulu..Mungkin dirimu terlupa sahabatku lantaran amarahmu, mungkin dirimu telah terlupa akan firman Allah”
“Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)…”                                                                                                 [Surah Al Baqarah: 264]
Sejak itu, temanku sangat berhati-hati mendapatkan bantuan insan lain. Jika ada yang ingin membantu akan dikatakan kepada insan itu: “Sahabatku, cukuplah Allah bagiku untuk membantuku di saat susah dan senang. Izinkan aku memautkan diriku sepenuhnya kepada Rabbku..Sesungguhnya sahabatku, diriku amat mengasihimu dan ku tidak mahu amal kebaikan yang kau lakukan hari ini sia-sia kerana ungkitan pada masa akan datang. Jika benar kau ingin menolongku dan mendapatkan ganjaran pahala di sisi Allah semata-mata, mahukah kau menjamin satu perkara padaku?…Dapatkah kau menjamin bahawa walauapapun yang terjadi akan datang, sesekali dirimu tidak akan mengungkitnya..Jika dapat kau menjamin perkara ini akan kuterima seikhlas hati bantuanmu demi keinginan mu memperoleh ganjaran pahala tetapi jika tidak dapat kau menjamin perkara ini…izinkan aku mengharap pertolongan pada Rabbku..cukuplah Allah bagiku

Tuesday, 12 February 2013

DOA


Doa Mohon Keringanan dan Kemudahan

Doa Dalam Sujud


                           Doa Dalam Sujud

Apakah kemanisannya berdoa dalam keadaan bersujud tersebut?

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Apabila kita selesai akhiri solat fardu dengan pengakhiran salam pada kebiasaannya kita akan berdoa memohon munanjat padaNYA untuk di tetapkan hati serta iman supaya kekal dalam sanubari baik bahagia didunia mahupun akhirat kelak.
Akan tetapi bagaimanakah pula sekiranya seseorang yang bersebelahan dengan anda ketika hamba Allah itu sedang solat dalam keadaan sujud dalam tempoh masa yang luar dari jangkaan normal apakah tindakan anda? Barangkali dalam setiap sujudnya dia berdoa memohon hajat yang tertentu. Tapi jika sebaliknya maka gerakanlah tubuh badannya kerana bimbang sewaktu hamba tersebut sedang sujud itu adalah saat dia malafazkan ayat-ayat Allah yang terakhir!
Kemanisannya berdoa dalam keadaan bersujud tersebut kerana pada waktu itulah kebanyakan doa-doa yang di minta akan mudah diperkenankan oleh Allah. Insyallah. Petikan dari Ibnu Abbas r.a butir kataya,”Rasulullah s.a.w. membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal waktu ketika itu jemaah diimani oleh Abu Bakar. Lalu Baginda bersabda, “Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus kusampaikan kecuali mimpi baik seorang muslim.
Ketahuilah Aku dilarang membaca Al-Quran dalam rukuk mahupun sujud. Agungkanlah Allah Azza wajalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud, pasti doamu diperkenankan Allah s.w.t.” HR Muslim.cahayacinta.cm
smoga maafaat:)

Petua Dari Imam Syafie


Petua Dari Imam Syafie Yang Patut Kita Patuhi








                                                                                                                                           PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan                                          
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama                                       

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sunday, 10 February 2013

Tips Berubah diri cara islamik:)


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, dengan izin Allah,dapat ana tulis tentang penhijrahan diri,smoga maafaat dan sebar ilmu dan dakwah:)



 
Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. 

moga bermanfaat buat teman-teman =)

  • niat kerana Allah bukan atas sebab kerana manusia
  • letak target kita dalam apa-apa jua tindakan
  • mencari suasana dan rakan yang baik
  • bersabar dengan cemuhan orang sekeliling kita
  • berdoa kepada Allah sebagai kekuatan untuk penghijrahan ini




  • semat dalam hati  kita. Allah sentiasa bersama kita tatkala susah dan senang =')


    p/s :

    • Alhamdulillah puas dapat kongsikan dengan teman-teman yang sudi membaca :)
    • kamu~ seringkali berbicara tentang kamu pada teman-teman sebagai ikutan yang baik dalam berdakwah =)
    • usah menilai diri sudah cukup baik, diri ni juga dalam proses penghijrahan dalam terus mendekatkan diri pada yang Maha Kuasa demi menggapai redha-Nya dunia akhirat...
    • ok2 semangat sambung study nie.. hee dah dapat kongsikan~  


    Yang pertama NIAT KERANA ALLAH

    yang kedua target . apa yang nak kita ubah dan target apa yang perlu dicapai untuk sepanjang perubahan kita tu supaya kita ada matlamat . sebab ape yang kita lakukan di dunia ni perlu ada matlamat, kalau tak sia sia la ..

    yang ketiga mencari suasana dan rakan yang baik . how ? dekat diri dengan majlis ilmu, dekatkan hati dengan masjid . carilah rakan rakan yang selalu mengajak kita ke arah kebaikan . kawan aku penah cakap . kalau niat kita betul nak berubah, Allah akan anugerahkan rakan rakan yang baik untuk kita . tak percaya . cuba la

    yang keempat, bersabar dengan mulut orang . bersabar dengan ujian dan cemuhan . seriusly kalau nak berubah its not easy . nak istiqamah susah . most yang berubah ramai yang separuh jalan . tak istiqamah sebab tak tahan dengan ujian yang Allah bagi . ye lah, dulu free hair segala, tetiba bertudung mesti ada mulut mulut yang cakap belakang . so SABAR

    yang terakhir ialah DOA . doa kepada Allah jangan tinggalkan . tetapkan hati di jalan Allah . dengan doa "Ya Allah yang memutarbalikan hati, tetapkanlah hatiku pada jalan-Mu"
    yang penting kerana Allah dan dakwah sentiasa istiqamah:)

    Tujuan Menuntut Ilmu

                       Tujuan Menuntut Ilmu

                                Tujuan Menuntut Ilmu
                                                 PENDAHULUAN

    Surah Al Baqarah [2] : [255]
    .....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...