Sunday, 24 March 2013

puisi: BILA AKU JATUH CINTA



Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu...

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada sesorang yang 
merindui syahid di jalan-Mu...

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu...

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjuma pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu...

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar...

Lapangkanlah dada-dada kami 
dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu...


(-Syed Qutb-)

Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkannya



"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi) 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar). 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya." 

Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya dia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya. 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar. 

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24. 

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami, kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65. 

1) Menjaga Mata: Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain. 

2) Menjaga Telinga: Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain. 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat." 



Saturday, 23 March 2013

Mutiara Kata Saidina Ali



pantai, mutiara, saidina, ali, kata,nasihat, renungan, pedoman, islamik, menarik
  1. Nilai setiap individu bergantung pada apa yang membuatnya jadi baik.
  2. Berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka, jangan sampai mendustakan Allah dan RasulNya.
  3. Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu mengenang budi ketika dia sedang kenyang.
  4. Hiburkanlah hati kamu dan carilah hal-hal yang menyenangkannya kerana ia juga merasa bosan sebagaimana bosannya tubuh.
  5. Nafsu itu membangkitkan hawa, ia dapat menyeret manusia ke tempat-tempat maksiat, ia hanya menuntut sesuatu yang menyenangkan, ia selalu enggan bekerja, jika engkau paksa ia bekerja ia akan memberontak, tapi jika kamu lalaikan maka ia mengheret kamu ke jurang kebinasaan.
  6. Kefakiran menjadikan orang pandai tidak berani berhujah, kemiskinan menjadikan seseorang itu tidak dikenali di negerinya sendiri.
  7. Ketidakmampuan adalah sesuatu kekurangan, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan dan warak adalah perisai.
  8. Sopan santun adalah pakaian yang selalu baru, berfikir adalah cermin yang bersih.
  9. Jangan kamu jadikan diri kamu sebagai hamba kepada orang lain kerana Allah menjadikan kamu sebagai orang yang merdeka.
  10. Tidak seseorangpun yang dapat menyembunyikan sesuatu kecuali akan muncul daripada ketidak sengajaan lisannya dan daripada lembaran-lembaran wajahnya.
  11. Jangan selalu kamu mengendalikan diri dengan angan-angan kosong kerana hal itu adalah perniagaan orang pandai.
  12. Manusia itu sedang tidur. Setelah mati, barulah ia terjaga.
  13. Rahsia seseorang tersimpan di bawah lidahnya.
  14. Tidak akan binasa seseorang yang tahu nilai dirinya.
  15.  Ada kalanya dengan suatu ucapan dapat menutup kenikmatan.
Semoga kata-kata dan nasihat beliau menjadi perangsang untuk kita semua untuk terus memperbaiki diri kita dalam segenap sudut. InsyaAllah...

Doa Memohon Kecintaan Allah



اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَي مِنْ نَفْسِي وَمَالِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ.


Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan kecintaanMu dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan kecintaan amalan yang membawaku sampai kepada kecintaanMu. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yang sangat aku cintai lebih daripada diriku, hartaku, keluargaku dan air yang dingin.


*doa ini adalah salah satu daripada doa Nabi Daud .a.s.
*Cintalah Allah lebih dari segala-galanya...

Selamat beramal dan istiqamah

Dialog Cinta




A bertanya B

A : Maaf, tumpang tanya.. Lorong CINTA, Jalan SAYANG, Kampung RINDU,

 daerah KASIH
      SAYANG, pekan HATI, bandar I MISS U kat mana yer??

B : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga, masuk belah kanan, 

ikut jalan NIKAH,
     sepanjang jalan itu, akan nampak belah kanan kedai 

BATAS-BATAS PERGAULAN, dan sebelah kiri
     pasar sibuk sikit iaitu PASAR PERSIAPAN DIRI,

 haa itu tandanya awak dah berada di jalan  yang
     betul..

     Semoga Selamat Sampai..

CIRI WANITA IDAMAN SETIAP LELAKI


 

Meski pun aku bukan lah lelaki yang terbaik,tapi yang pasti tetap akan mencari yang terbaik untuk menjadi lebih baik.

Di bawah adalah antara 20 ciri wanita idaman setiap lelaki berdasarkan sumber berikut :




Sumber : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
(DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)

1. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan

Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik

NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.


5. Berpegang pada agama

“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...