Wednesday 10 July 2013

MARHABAN YA RAMADHAN




Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik 
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala. 


5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan. 
6) Di pilih untuk ibadat puasa. 
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran) 

Kelebihan Bulan Ramadhan 
1) Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur). 
2) Bulan penuh keberkatan. 
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan. 
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu. 
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda. 
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga. 
7) Bulan menambah rezeki. 
8 ) Memberi berbuka banyak pahala. 
9) Bulan keampunan :- 
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 
- 10 hari pertengahan - pengampunan, 
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Akhlak Kita

Apabila menyentuh bulan Ramadan, pertama yang perlu kita tanamkan dalam diri ialah perubahan. Mungkin bulan ini istimewa dengan ganjaran dari Allah yang telah Allah janjikan. Selepas ibadah, perkara utama yang perlu kita utamakan ialah akhlak. Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seharian. Akhlak juga membentuk diri manusia dengan sifat Mahmudah.

Ayuh Kejar Pahala

Mudah. Untuk memperolehi ganjaran Allah sangat mudah. Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung. 


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah fardukan ke atas kamu puasa Ramadhan, dibuka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan ditutup pintu-pintu neraka Jahim, diikat syaitan-syaitan yang paling jahat bagi Allah satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka ia diharamkan daripada segala kebaikan”. [Hadis sohih – Riwayat an-Nasaie]
Ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas pada bulan Ramadan di beri ganjaran yang hebat dari Allah. Mudah bukan. Lihat betapa sayangnya Allah kepada kita. Sebagaimana juga pahala bersedekah berdasarkan hadis Rasulullah:

Nabi  صلى الله عليه وسلم ditanya; “Apakah sedekah yang afdal?” Jawab baginda : “Sedekah di bulan Ramadhan.” [HR Tirmiziy]

Mudahnya memperolehi ganjaran pahala di bulan Ramadan. Ayuh! Menjadikan Ramadan kali ini lebih baik.:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...