Tuesday 16 July 2013

TANDA KEHADIRAN MALAM LAILATULQADAR


LAILATULQADAR atau malam al-Qadar diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Firman ALLAH SWT : Ertinya : “Malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan”  (Surah Al-Qadr : 2).

Pada malam ini jugalah Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadis ertinya : “Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat 10 malam terakhir Ramadan, tidak sebagaimana Baginda pada malam-malam yang lain” (Riwayat Muslim, no 1175 )

Ringkasnya, lailatulqadar adalah malam berkat yang diturunkan padanya al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat).

Pada malam ini juga sekiranya melakukan ibadat al-Qadar seperti melakukan ibadat seribu bulan.

Berdasarkan Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat semua pihak beliau menterjemahkan dengan katanya: Ertinya : Pendapat yang paling tepat daripada zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti seribu bulan adalah “beramal pada lailatuqadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya lailatulqadar (selain bulan Ramadan). (At-Tabari, 30/259)

“Selain itu, pada malam itu juga, turunnya malaikat dan roh (Jibrail AS). Hal ini disebutkan dalam al-Quran daripada Surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka danmengaminkan doa mereka maka ALLAH akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan: peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturahim dan individu yang sedang bermusuhan.

“Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera. Hinggakan syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja,” katanya.

Ibadat sepanjang malam

Ulama tersohor Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh ALLAH agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Menurut pandangan yang paling kuat dalam kalangan ulama, ia berlaku pada 10 malam yang terakhir, iaitu pada malam ganjil. Sebahagian ulama pula mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadan. Manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ia bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh.

“Berdasarkan dalil hadis al-Bukhari, kemungkinan besar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu sama ada 25, 27 atau 29 Ramadan. Daripada tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramadan adalah yang paling diharapkan kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang kebanyakan sahabat Nabi serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka’ab ra bersumpah ia adalah malam ke 27 (pada zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya.

Tanda kehadiran malam al-Qadar

Untuk mengetahui tanda kehadiran malam al-Qadar, Seperti hari esoknya tidak terlampau panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal daripada hadis yang sahih.

“Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenal pasti esoknya. Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat  kerana suasana dan cuaca sesebuah negara adalah berlainan.

Ini bermakna, tanda tersebut hanyalah contoh yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW dan tidak lebih dari itu. Namun ada ulama menganggap seseorang yang mendapatinya akan mengetahui.

Diberi kelebihan

Pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, sama ada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh ALLAH untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

“Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. ALLAH akan memberikan tandanya menurut kehendak-Nya.

“Justeru, seharusnya kita sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh memenuhi malam tersebut dengan solat, zikir, doa, taubat dan istighfar.

Mudah-mudahan dengan demikian kita merasai kelebihan lailatulqadar, sehingga kita dapat menikmati kebahagiaan yang kekal di syurga,” katanya.

Lalu ALLAH mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat dan dilebihkan portion atau bahagian akhirat apabila ditambah “selamatkan daripada api neraka”.

Bererti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini ALLAH: Ertinya : “Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” (Surah Al-Baqarah : 201 )

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...