Pernahkah kita menilai aktiviti harian berkualiti sebagai seorang muslim?
Adakah masa yang dilaburkan untuk meningkatkan saham akhirat?
Cukupkah hanya dengan solat 5 waktu sehari semalam menunaikan kewajipan seorang muslim?
Adakah aktiviti harian kita menggambarkan kita sebagai seorang muslim?
Nasihat daripada Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni
Dr. Aidh Abdullah terkenal dengan bukunya “La Tahzan” atau “Jangan bersedih” memberi nasihat yang amat berguna sebagai seorang muslim.
Jadikannya jadual kamu pada setiap hari:..........
- Solat pada setiap waktu.
- Membaca dua muka surat daripada al-Quran.
- Zikir pada pagi dan petang daripada kitab zikir-zikir ‘Husnul Muslim’.
- Baca tiga hadis setiap hari daripada kitab Riyadus Solihin.
- Sedekahlah seringgit setiap hari, jika kamu ada keluarga, berilah sedekah itu pada mereka.
- Tidak menipu dan mengumpat.
- Berjalan-jalan setengah jam pada setiap hari. (bersenam)
- Tekun dalam melakukan setiap amalan yang baik.
- Puasa sunat Isnin dan Khamis, solat sunat Dhuha, dan witir sebelum tidur.
- Maafkan semua orang muslim serta mendoakan keampunan untuk mereka pada setiap hari.
Jika di nilai, nasihat tersebut merangkumi pelbagai aspek rohani dan jasmani. Sesuai dengan agama islam merangkumi segala aspek kehidupan manusia.
Walaupun nasihat tersebut nampak ringan tapi betapa ramai yang tewas dalam beribadah. Patut dimulakan dengan menjaga solat di awal waktu. Insha Allah, jika dijaga solat dengan baik, ibadah yang lain juga menjadi ringan.
“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;” [Al-'Ankabuut 29:45]
Natijah dari penjagaan solat tersebut pasti akan terserlah melalui perasaan berdosa walaupun sekecil-kecil dosa.
“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya”. - Ibnu Masud
Sejajar dengan Surah Al-’Ashr, aktiviti harian muslim yang berkualiti tidak rugi kecuali orang yang beiman, beramal shalih, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali1. Orang yang beriman.2. Beramal Shalih.3. Berpesan-pesan dengan kebenaran.4. Berpesan-pesan dengan kesabaran.”[al-'Ashr 103 : 1-3]
Ibnul Qayyim di dalam kitabnya “Miftahu Daris-Sa’adah” menerangkan ;
“Kalau keempat martabat telah tercapai oleh manusia, hasillah tujuannya menuju kesempumaan hidup.Pertama : Mengetahui Kebenaran.Kedua : Mengamalkan Kebenaran itu.Ketiga : Mengajarkannya kepada orang yang belum pandai memakaikannya.Keempat : Sabar di dalam menyesuaikan diri dengan Kebenaran dan mengamalkan dan mengajarkannya.Jelaslah susunan yang empat itu di dalam Surah Al-’Ashr.”
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment