
Sulaiman bin
Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT
sehingga dapat memahami bahasa binatang. Dia boleh bercakap dengan burung Hud
Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat
18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan
Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman
Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, hai manusia, kami
telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.
Dan
dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka
itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di
lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan
mereka tidak menyadari.
Maka Nabi
Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.
Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang
telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan
padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku
dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19)