Sulaiman bin
Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT
sehingga dapat memahami bahasa binatang. Dia boleh bercakap dengan burung Hud
Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat
18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan
Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman
Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, hai manusia, kami
telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.
Dan
dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka
itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di
lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan
mereka tidak menyadari.
Maka Nabi
Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.
Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang
telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan
padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku
dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19)
Menurut
sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor
semut, Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu
satu tahun? Sebesar biji gandum, jawabnya.
Kemudian,
Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah
botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si
semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya? tanya Nabi
Sulaiman. Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah, jawab si semut.
Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika
aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada
tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan
lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun
berikutnya.
Nabi
Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbah dan
terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi
Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih
dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman
tersimpan sifat terbatas dan nisbah yang tidak dapat dipisahkan; sementara
dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun
kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya
dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah
manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui
oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi
Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana bimbang Nabi Sulaiman akan ingkar janji,
namun bimbang Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat
manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT
semata, bukan kepada manusia.A
No comments:
Post a Comment