Solat yang kusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan menghayati segala pengertian dari setiap kalimah yang diucapkan didalam solatnya.Orang yang lalai ketika menunaikan solat seolah-olah mereka tidak merasa gerun dan takut melakukan perkara keji dan mungkar.Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya dikira sia-sia,kerana tujuan menunaikan solat selain mengingati Allah SWT ia juga adalah benteng yang mencegah diri dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.Sebagai contoh apabila kita
membaca ayat ke-4 dari Surah Al-Fatihah :
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan,hari akhirat
maka tergambar segala kekalutan,kesibukan dan huru-hara manusia bersesak-sesak di Padang Masyar,ia akan membuatkan diri kita terasa semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.
membaca ayat ke-5 dari Surah Al Fatihah:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Bererti kita telah memberikan kesetiaan dan pengabadian hanya kepada Allah SWT,bukannya menjadi penyembah kepada hawa nafsu atau yang lain-lain.Akhirnya menyebabkan kita tiada keinginan untuk melakukan perkara yang keji dan mungkar.Bagi orang yang menjadi hamba kepada nafsu pula mereka akan terus melakukan perbuatan keji dan ini adalah bercanggah dengan pengakuan ketika solat hanya menyembah Allah SWT semata-mata.
"berapa banyak orang yang mendirikan solat,tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih,kerana mereka itu lalai dalam solatnya".
Rahsia Solat Yang Khusyuk
DIRIWAYATKAN pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat.
Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.
Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?” Lalu dijawab Hatim: “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: “Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?” Dijawab oleh Hatim: “Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak berharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki.” Seterusnya, Hatim berkata: “Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku “Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya.“Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati. Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun,” katanya.
No comments:
Post a Comment