Assalamualikum
w.b.t
Tak rugi baca
cerita Hanzalah r.h. berulang-ulang kali. Khas untuk orang-orang macam saya
yang selalu merasakan perkahwinan itu tanda terikatnya dua jiwa yang takkan
lagi berpisah.
Perihal kisah
Hanzalah ini secara tak sedar kerap sangat saya lagukan. Waktu tu lagu Rabbani
bertajuk Hanzalah yang agak popular di sekolah hanya sekadar meniti di bibir.
Lama jugak
saya ambil masa untuk menyedari cerita besar di sebalik lirik yang saya hanya
hafal pada chorus lagu.
"Turunlah
malaikat ke bumi...
Mandikan
jenazah simpati..."
Inilah Kisah
Hanzalah
sekadar
ilustrasi
Nama penuh
sahabat Rasulullah s.a.w ini ialah Hanzalah Al- Ghasil Bin Abu Amir.
Dikatakan
tatkala tiba hari pernikahan Hanzalah dengan isteri, ketika itu semua muslimin
sedang bersiap sedia untuk berperang.
Hanzalah
sungguh tak tenang melihat teman-teman seperjuangan sekaliannya sedang
bersemangat untuk menumpaskan musuh yang menentang Islam.
Kerana
keinginan untuk turut menyertai perang, Hanzalah telah meminta izin Rasulullah
untuk menyertai Perang Uhud itu.
Namun,
Rasululllah s.a.w sendiri telah membuat pengecualian kepada Hanzalah dan
menasihati supaya meneruskan sahaja pernikahannya. Betapa Rasulullah meraikan
bagi orang-orang yang melangsungkan perkahwinan yang suci lagi halal.
Hanzalah akur
dengan nasihat Rasulullah. Dan pernikahan Hanzalah dan isteri berjalan seperti
yang di rancangkan. Malam yang sepatutnya menjadi saat-saat gilang gemilang di
raikan antara pasangan suami isteri ini tidak lama.
Kerana...
Ketika itu
paluan gendang rancak berbunyi dan pengumuman di buat memastikan setiap rumah
berpenghuni lelaki turun bergegas. Arahan untuk berperang telah dikeluarkan.
Walaupun
bahagia di samping isteri, hanzalah tidak mampu membatu diri tatkala yang
lain-lainnya mengerah segala tenaga daya demi mempertahankan agama.
Kerana itu
Hanzalah tekad untuk turut menyertai. Lantas, restu dan doa isteri barunya itu
di pinta. Malah, kerana tidak ingin ketinggalan, Hanzalah bergegas pergi dalam
keadaan masih lagi berhadas.
Hanzalah
Dalam Perang Uhud
antara cinta
dan agama
Pengantin
baru itu akhirnya berada di medan tempur dengan penuh berani. Dan tiba saat
Hanzalah mendepani Abu Suffyan iaitu salah seorang pembesar penentang Islam.
Sebenarnya
hampir-hampir sahaja Hanzalah membunuh Abu Suffyan. Namun kerana Allah
menginginkan Hanzlah Syahid di jalanNya, Hanzalah tumpas di tangan Shaddah bin
Al-Aswad dari arah belakangnya.
Dari kisah
ini jugalah bila ada hadis yang menyatakan bahawa kematian Hanzalah adalah satu
mati dalam mulia bila Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya
aku telah melihat para malaikat memandikan jasad Hanzalah bin Abu Amir di
antara langit dan bumi, dengan air awan dari perak..."
Berita
Pemergian Hanzalah Sampai Ke Telinga Isteri
Walaupun
berita kehilangan suami yang baru sahaja di kahwini begitu menghibakan isteri
Hanzalah bila sampai ke pendengaran, dia redha akan kematian Hanzalah. Kerana
semua tahu Hanzalah mati penuh kemuliaan. Dan dengan izin Allah, syurgalah yang
selayaknya bagi Hanzalah.
Tangisnya
berguguran membenarkan pemergian Hanzalah dengan penuh redha.
Berbalik
kepada kita hari ni, rasanya payah untuk menemui cinta insan terhadap agama
lebih dari cinta pada pasangannya. Pengantin baru di tinggalkan di hari
perkahwinan dengan penuh kemuliaan!
Mana lagi nak
di cari insan sebegitu?
Realiti Kita
Hari Ini
Inai di
tangan perempuan masih merah menyala. Penat melayan tetamu belum lagi habis.
Tiba-tiba
suami di minta bersegera ke medan perang?
Kalau tidak
pekakkan telinga bila dengar laungan berperang untuk pertahankan agama...
Mungkin. Mungkin besar kita ambil tindakan bersembunyi di dalam almari, atau
mungkin saja menyorok di bawah katil.
Betul ke kita
macam tu?
#Mana nak di
cari semangat daya juang seperti Hanzalah? Wallahua'lam.
Wassalam :)
No comments:
Post a Comment