Wednesday, 10 July 2013

MARHABAN YA RAMADHAN




Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik 
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala. 


5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan. 
6) Di pilih untuk ibadat puasa. 
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran) 

Kelebihan Bulan Ramadhan 
1) Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur). 
2) Bulan penuh keberkatan. 
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan. 
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu. 
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda. 
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga. 
7) Bulan menambah rezeki. 
8 ) Memberi berbuka banyak pahala. 
9) Bulan keampunan :- 
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 
- 10 hari pertengahan - pengampunan, 
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Akhlak Kita

Apabila menyentuh bulan Ramadan, pertama yang perlu kita tanamkan dalam diri ialah perubahan. Mungkin bulan ini istimewa dengan ganjaran dari Allah yang telah Allah janjikan. Selepas ibadah, perkara utama yang perlu kita utamakan ialah akhlak. Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seharian. Akhlak juga membentuk diri manusia dengan sifat Mahmudah.

Ayuh Kejar Pahala

Mudah. Untuk memperolehi ganjaran Allah sangat mudah. Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung. 


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah fardukan ke atas kamu puasa Ramadhan, dibuka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan ditutup pintu-pintu neraka Jahim, diikat syaitan-syaitan yang paling jahat bagi Allah satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka ia diharamkan daripada segala kebaikan”. [Hadis sohih – Riwayat an-Nasaie]
Ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas pada bulan Ramadan di beri ganjaran yang hebat dari Allah. Mudah bukan. Lihat betapa sayangnya Allah kepada kita. Sebagaimana juga pahala bersedekah berdasarkan hadis Rasulullah:

Nabi  صلى الله عليه وسلم ditanya; “Apakah sedekah yang afdal?” Jawab baginda : “Sedekah di bulan Ramadhan.” [HR Tirmiziy]

Mudahnya memperolehi ganjaran pahala di bulan Ramadan. Ayuh! Menjadikan Ramadan kali ini lebih baik.:)

Berlembutlah dan Hargailah Insan Bernama Isteri

Bismillah.....

Berkata Syaikh Abdul Malik rahimahullah,


“Betapa banyak kita dapati seseorang tatkala bertemu dengan sahabatnya di tempat kerja maka ia akan bersifat mulia dan lembut,,,

Namun jika ia kembali ke rumahnya maka jadilah orang yang kasar, keras, dan menakutkan.., Padahal orang yang paling berhak untuk ia berlembut adalah isterinya…

Hakikat seseorang lebih terungkap di rumahnya daripada tatkala ia di luar rumah...

seseorang menampak-nampakkan akhlak yang baik tatkala ia di luar rumah dan ia boleh sahaja bersabar dalam menampakan akhlak yang baik tersebut kerana waktu pertemuannya dengan orang-orang di luar rumahnya hanyalah sebentar/seketika...

Ia bertemu dengan seseorang setengah jam, dengan orang yang kedua selama satu jam, dan dengan orang yang ketiga lebih cepat atau lebih lama, dan dia mampu sabar berhadapan dengan mereka dengan menampak-nampakan akhlak yang baik dan ia tidak mampu bertahan di atas keperibadian yang bukan asli di rumahnya sepanjang hidupnya…

Akhlak asli seseorang boleh diperiksa tatkala ia di rumahnya...

Di situlah akan dia akan menampakkan sikap kerasnya atau sikap kelembutannya,...

Terungkap sikap pelit,bakhilnya kedekutnya atau sikap kedermawanannya...

Terungkap sikapnya yang terburu-buru dari sikap kesabarannya, bagaimanakah ia bermu’amalah dengan ibunya dan ayahnya...isterinya...anaknya??

Betapa banyak sikap derhaka/munafiq di zaman ini..…

Maka kenalilah (hakikat) dirimu di rumahmu..,

Bagaimanakah kesabaranmu tatkala engkau menghadapi anak-anakmu??,,, tatkala menghadapi isterimu??...

Bagaimana kesabaranmu menjalankan tanggung jawab rumah tangga??

sabda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam,,

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

“Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik bagi isterinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kalian terhadap isteriku”

[HR Abu Isa At-Tirmidzi no 3895 dari hadith Aisyah dan Ibnu Majah no 1977 dari hadith Ibnu Abbas dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani (lihat As-Shahihah no 285)]

Beliau shallahu ‘alayhi wa sallam juga bersabda

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya”.

[HR Abu Isa At-Tirmidzi no 1162 dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Majah no 1987 dari hadits Abdullah bin ‘Amr, dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani (lihat As-Shahihah no 284)]

[Al-Mau’idzoh Al-Hasanah hal 77-79 dengan beberapa penambahan ]

Monday, 20 May 2013

Kronologi Penulisan Al Quran



Pertama: Penulisan Al Qur’an di masa Rasulullah saw.

Atas perintah Nabi saw., Al Qur’an ditulis oleh penulis-penulis wahyu di atas pelepah kurma, kulit binatang, tulang dan batu. Semuanya ditulis teratur seperti yang Allah wahyukan dan belum terhimpun dalam satu mushaf. Di samping itu ada beberapa sahabat yang menulis sendiri beberapa juz dan surat yang mereka hafal dari Rasulullah saw.

Kedua: Penulisan Al Qur’an di masa Abu Bakar As Shiddiq.

Atas anjuran Umar ra., Abu Bakar ra. memerintahkan kepada Zaid bin Tsabit untuk mengumpulkan ayat-ayat Al Qur’an dari para penulis wahyu menjadi satu mushaf.

Ketiga: Penulisan Al Qur’an di masa Usman bin ‘Affan.

Untuk pertama kali Al Qur’an ditulis dalam satu mushaf. Penulisan ini disesuaikan dengan tulisan aslinya yang terdapat pada Hafshah bt. Umar. (hasil usaha pengumpulan di masa Abu Bakar ra.). Dalam penulisan ini sangat diperhatikan sekali perbezaan bacaan (untuk menghindari perselisihan di antara ummat). Usman ra. memberikan tanggung jawab penulisan ini kepada Zaid Bin Tsabit, Abdullah Bin Zubair, Sa’id bin ‘Ash dan Abdur-Rahman bin Al Haris bin Hisyam. Mushaf tersebut ditulis tanpa titik dan baris. Hasil penulisan tersebut satu disimpan Usman ra. dan sisanya disebar ke berbagai penjuru negara Islam.

Keempat: Pemberian titik dan baris, terdiri dari tiga fasa;

Pertama: Mu’awiyah bin Abi Sofyan menugaskan Abul Asad Ad-dualy untuk meletakkan tanda bacaan (i’rab) pada tiap kalimat dalam bentuk titik untuk menghindari kesalahan dalam membaca.

Kedua: Abdul Malik bin Marwan menugaskan Al Hajjaj bin Yusuf untuk memberikan titik sebagai pembeza antara satu huruf dengan lainnya (Baa’; dengan satu titik di bawah, Ta; dengan dua titik di atas, Tsa; dengan tiga titik di atas). Pada masa itu Al Hajjaj minta bantuan kepada Nashr bin ‘Ashim dan Hay bin Ya’mar.

Ketiga: Peletakan baris atau tanda baca (i’rab) seperti: Dhammah, Fathah, Kasrah dan Sukun, mengikuti cara pemberian baris yang telah dilakukan oleh Khalil bin Ahmad Al Farahidy

Wednesday, 15 May 2013

Membina Mahligai Di Syurga



mahligai.jpg
Daripada Abu Ayyub al-Ansari, pada malam Israk Baginda Nabi SAW berlalu melintasi Nabi Ibrahim a.s.. Baginda lalu bertanya, "Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?" Jibrail menjawab, "Ini Muhammad."
Nabi Ibrahim lalu berkata, "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di Syurga kerana tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas."
Nabi SAW bertanya, "Bagaimanakah menanam pokok-pokok di Syurga?"
Nabi Ibrahim menjawab, "Ucapkan kalimah 'la hawla wa la quwwata illa billah.'"
Hadis ini diriwayatkan dan disahihkan oleh Ibn Hibban.[1]

Menempah Rumah di Syurga

Syurga ialah tempat kediaman terakhir bagi hamba-hamba Allah SWT yang berbakti. Hadis di atas mengisyaratkan bahawa kita sendiri yang akan membangunkan tempat kediaman tersebut.

Sesiapa yang menginginkan rumah yang megah dengan taman-taman yang indah di Syurga, dia boleh menempahnya dari sekarang.
Harga yang diminta bukanlah wang ringgit ataupun emas permata, akan tetapi amal soleh dan zikir yang kita lakukan. Amalan inilah yang akan menjadi bahan bagi pembinaan rumah-rumah di Syurga.
Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunia meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi, "Aku mendengar bahawa Syurga dibina dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti jugalah malaikat yang bekerja membangunkannya. Apabila mereka ditanya, "Mengapa kamu berhenti bekerja?" Mereka menjawab, "Kami sedang menunggu bahan-bahannya."
Pada masa ini, semua para pekerja binaan itu sedang giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.
Ibn Rajab al-Hanbali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata, "Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di Syurga. Rumah itu diberi nama "Vila Kebahagiaan" (Dar al-Surur). Kami telah membina dan menghiasnya dengan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah tujuh hari nanti rumah itu akan sempurna dibina." Tujuh hari kemudian, orang soleh itu meninggal dunia.

Zikir Pagi Pencuci Hati- Hasbi Rabbi



Hasbi Rabbi JallALLAH Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung Mafi Qalbi Ghairullah Tiada di dalam hati ku kecuali Allah Nur Muhammad SalALLAH Cahaya Muhammad selamat atas NYAHaqqul LaillahhaillALLAH Benarlah tiada Tuhan selain Allah..

Tuesday, 14 May 2013

Rukun ISLAM dan Huraiannya

Di dalam Islam, wujud lima tiang seri yang menjadi asas kepada kekuatannya. Ia dinamakan ‘al-arkan al-Islam’ ataupun ‘rukun Islam’. Lima rukun itu ialah:

Mengucap dua kalimah syahadah
1) Mengucap dua kalimah syahadah

Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita.
Namun, tidaklah cukup jika kita sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah ini, jika tidak memahami maksud dan tuntutan di sebalik pengucapannya. Bandingannya samalah seperti sighah (ijab dan kabul) semasa akad nikah dalam perkahwinan. Ucapan yang dilafaz itu, menatijahkan suatu tanggungjawab maha berat bagi sepasang suami dan isteri.

Pesan Rasulullah SAW: “Daripada ‘Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka membakarnya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menjelaskan, mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penuh kefahaman dan ketulusan, maka ia dapat menyelamatkan mereka daripada bakaran api neraka. Sebaliknya, mereka yang berpura-pura sahajalah, yang akan menjadi bakaran neraka Allah, wal’iyazubillah!

Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, ia disertai dengan tiga perkara yang akan menjadi pembeza iman dan kufur, iaitu:

i. Dikrarkan dengan lidah
ii. Ditasdikkan (diakui) dengan hati
iii. Dibuktikan dengan amal
Mendirikan solat lima waktu

2) Mendirikan solat lima waktu

Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama. Ia jelas dipaparkan di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, misalnya:

“Ajaklah mereka (penduduk Yaman) menyaksikan (syahadah) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa aku utusan Allah. Jika mereka telah mematuhinya, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam.” (Hadis Daripada Muadz bin Jabal, riwayat Muslim)

Solat yang dididirikan dengan sempurna, maka dapat mencegah diri si pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu seksnya. Firman Tuhan:

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Ankabut (29): 45).
Menunaikan zakat

3) Menunaikan zakat

Menunaikan zakat apabila cukup segala syaratnya. Zakat diindikasikan rukun ketiga, kerana ia sering digandingkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya.

Nabi menyatakan: “Apabila yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan bersolat), sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu diberikan kepada orang-orang fakir,” (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...