Kepentingan dua sumber yang menjadi pegangan hidup seorang muslim hingga akhir hayat adalah Al-Quran dan Al-Hadis.
عن أبى هـريرة رضى الله عنه عـن النبى صلى عـليه وسلـم قا ل : تركـت فيكـم امـرين لن تضلوا ما ان تمسـكـتم بهما: كتـاب الله وسنة نبيه.
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda: Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.
1. Al Quran dan hadis merupakan sumber hukum yang utama dalam Islam.
2. Ajaran al Quran dan hadis adalah panduan hidup yang lengkap yang ditentukan oleh Allah SWT.
3. Cara berpegang teguh pada ajaran al Quran dan hadis:
(a) yakin dengan kebenaran dengan al Quran dan hadis;
(b) mempelajari dan memahami isi kandungannya;
(c) menjadikan al Quran dan hadis sebagai panduan hidup.
4.Setiap muslim mestilah berusaha untuk memahami isi kandungan al Quran dan hadis dan beramal dengannya.
5. Antara kelebihan berpegang teguh pada ajaran al Quran dan hadis ialah:
(a) sentiasa teguh imannya terhadap Allah SWT;
(b) memperolehi hidayat dan rahmat Allah SWT;
(c) dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.
6. Orang yang menolak ajaran al Quran dan hadis akan menerima akibat buruk seperti:
(a) akidah akan rosak dan terkeluar daripada Islam;
(b) segala amalan yang baik tidak diterima oleh Allah SWT;
(c) tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment