Pastinya seorang lelaki akan mencari perempuan yang solehah dan baik untuk di jadikan isteri dan ibu kepada anak-anak mereka. Walaupon dirinya belum cukup sempurna ,tapi dia memerlukan pasangan yang baik untuk saling melengkapi kekurangannya. Begitu juga perempuan , mereka juga perlukan lelaki yang soleh untuk menjadi imamnya, suami dan ayah untuk anak-anak mereka untuk membimbing mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.
Semua orang kat dunia nie kalau di buat bancian pastinya semua mahu pasangan yang baik dan sempurna. InsyaALLAH akan kita dapatkan jika kita jua bersama- sama ke arah kebaikan, dan kita akan dapatkan sesempurna seperti apa yang kita mahukan. Kita sangat beruntung sebenarnya kerana mempunyai panduan dan contoh terbaik dalam hidup kita iaitu Rasullulah saw.Jadi mari kita ketahu panduan memilih jodoh daripada baginda.
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”. Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali.
SubhanaALLAH sangat hebat dan begitu telus apa yang Rasullulah pesan pada kita. Jodoh itu memang rahsia ALLAH. Mungkin ada yang katakan sukar sekarang nie ramai orang berlakon baik tapi sebenarnya perangai teruk.Maka jawapan yang sesuai adalah berdoalah dan memohon petunjuk ALLAH. Tiada yang tidak di ketahui oleh Allah ,Dia Maha Mengetahui. Jadikan pesanan ini sebagai panduan dan pengajaran dalam memilih pasangan hidup. Semoga berjaya :)
No comments:
Post a Comment