Rasulullah datang seorang diri, menyebarkan Islam ketika Islam disampaikan kepadanya, dalam keadaan seluruh tanah Arab bahkan seluruh dunia masih jahil akan nikmat iman dan Islam ini. Tidakkah kita terfikir betapa berisikonya tindakan Rasulullah ini membawa ajaran selain daripada perkara jahiliyyah?
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu’min”. (at-Taubah 9:128)
Bayangkanlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah kepada kita semua.
Pernahkah kita terfikir bahawa Rasulullah tidak mengharapkan apa-apa dari kita melainkan keselamatan dan keimanan kepada Allah.
Rasulullah datang seorang diri, menyebarkan Islam ketika Islam
disampaikan kepadanya, dalam keadaan seluruh tanah Arab bahkan seluruh dunia masih jahil akan nikmat iman dan Islam ini. Tidakkah kita terfikir betapa berisikonya tindakan Rasulullah ini membawa ajaran selain daripada perkara jahiliyyah?
Maka untuk itu, tidak dapat tidak kita wajib kembali kepada menghayati ajaran agama kita sebagaimana qudwah yang pernah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dan kecemerlangan umat terdahulu.
Tidak kira siapa kita, ahli perniagaan, warga pendidik, para pelajar, orang biasa atau pemimpin, berkerjaya atau tidak, perlu kembali kapada ajaran agama dan sunnah rasul. Bermula dengan pembinaan peribadi, keluarga, masyarakat seterusnya negara sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda Rasul SAW.
Ketabahan dan kesabaran Rasulullah SAW menghadapi tentangan musuh banyak memberi pengajaran kepada kita umat Islam seluruhnya. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara yang kita lakukan dan mestilah menghasilkan natijah yang baik dan cemerlang.
Seseorang muslim atau mukmin bukan hanya sekadar wajib beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan membenarkan segala perkhabaran yang disampaikan baginda bahkan dia berkewajipan menunaikan segala tanggungjawab yang ditaklifkan ke atasnya.
No comments:
Post a Comment