DAKWAN DENGAN IKHLAS
Berdakwah tetapi dibenci?
********************
"Dalam satu kisah Rasulullah, ketika itu Isra’ Mi’raj. Rasulullah mengajak manusia supaya percaya kepada kisah perjalanan yang menakjubkan itu. Banyak orang yang tidak percaya, termasuk Abu Jahal. “Bohong kau Muhammad, bagaimana mungkin dalam satu malam saja kamu bisa ke Baitul Maqdis? Kalau kau benar-benar sampai di sana, cuba kau ceritakan apa yang kau lihat dalam perjalanan.”
Terdapat 3 golongan yang ada dalam masyarakat kita apabila disampaikan nasihat/ilmu/teguran.
(rujuk post sebelum ni)
Apa yang sy ingin highlightkan adalah Golongan C - Dengar nasihat, tetapi mencari salah si penyampai.
Manusia tidak leka dari membuat kesilapan biarpun bergelar seorang pendakwah hebat. Golongan C ini akan memperbesarkan isu-isu yg remeh temeh untuk mengajak orang lain turut membenci si pendakwah. Abu Jahal dan Abu Lahab juga pernah membuat perkara yang sama kepada Rasullulah.
Rasullulah dan kita banyak perbezaan. Rasullulah dilantik oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan kebenaran kepada manusia. Tanpa ada cacat cela. Rasullulah manusia paling sempurna dan agung. Apatah lagi manusia biasa yg bergelar seorang pendakwah pada zaman sekarang. Sudah 1400 tahun berlalu dari zaman Rasullulah.
********************
Kebelakangan ini, banyak laporan yang saya terima daripada rakan-rakan di sini memaklumkan satu usaha yg dijalankan oleh pihak yg ingin menjatuhkan Ustaz Azhar Idrus melalui Facebook telah dikesan.
Tindakan anda? Abaikan provokasi tersebut kerana mercun apabila dicucuh akan bising dan bila dah habis karbaid dia akan diam dengan sendirinya. Usaha menjatuhkan UAI tidak memberi kudis sedikit pun terhadap perjuangan dakwah UAI.
**Tak suka dengar ceramah agama ustaz A, dengarlah ceramah ustaz B, ustaz C,D,E,F...Z pun boleh.
Saidina Ali r.a 'Lihat apa yang dibicarakan, jangan lihat siapa pembicara tersebut'
No comments:
Post a Comment