Monday 11 March 2013

5 CARA DAPATKAN MASA UNTUK MEMBACA




Sediakan Masa Membaca | Gambar : Google

Bahan untuk membaca boleh kita perolehi dengan banyak cara. Daripada buku, internet, majalah mahupun surat khabar. Baru-baru ini saya juga telah membeli satu buku yang bertajuk13 Qualities Winners Share, Tom Bay, Ph.D dan diedarkan oleh Advantage Quest Publications.


Namun apa yang membingungkan adalah, saya juga punyai buku lain yang masih belum habis dibaca dan apatah lagi mentelaah isi kandungannya. Sudah ditambah dengan buku baru hanya kerana terfikir akan terlepas untuk memilikinya. Semuanya atas satu faktor - Masa.

Justeru, bagaimanakah kita ( jika sangat sibuk ) untuk mendapatkan sedikit masa yang ada untuk membaca buku, blog atau apa sahaja bahan bacaan?

Dibawah ada beberapa cadangan untuk mendapatkan masa untuk membaca ;

1. Disiplin Diri - Mungkin dengan membuat jadual dan masukkan membaca sebagai salah satu daripadanya. Mungkin dalam 30minit setiap hari. Mungkin boleh juga 1jam dalam 2 hari atau apa sahaja cara yang anda fikirkan bersesuaian. Kemudian, disiplinkan diri untuk mengikut jadual yang telah kita sediakan.

Dengan mendisiplinkan diri begini, ia akan menimbulkan satu tabiat yang baik untuk diri kita kelak.

2. Bawa Buku - Sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas? Seperti blogger Tukang Karut yang sentiasa pergi dari satu tempat ke tempat lain seluruh Malaysia? Bawakan buku bersama. Namun, pilihlah buku yang kecil dan ringan. Jangan pula membawa buku yang boleh menambah berat barangan anda.

Kebaikkannya, dalam masa menunggu kita boleh gunakan masa terluang tersebut untuk membaca.

3. Satu Buku, Satu Masa - Satu kebiasaan apabila kita merasa bosan dengan hanya membaca satu buku. Tapi, akibatnya mungkin kita tidak akan menghabiskan bacaan kita. Jadi, adalah lebih baik kita terus untuk membaca satu sahaja dalam satu masa untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Dengan satu buku satu masa, memberikan kita fokus lebih dan seronok. Fokus dan keseronokkan boleh membantu pemahaman dan kelajuan kita untuk membaca. Semakin cepat dan fokus kita, semakin baik, teratur dan berguna masa yang telah kita pergunakan.

4. Tandakan Tempat Terakhir Bacaan - Saya sendiri punyai sikap untuk tidak menanda tempat berhenti setelah selesai membaca. Akibatnya, apabila membuka kembali buku tersebut akan terlupa tempat yang sudah dibaca.

Mengulang baca memang baik untuk pemahaman, tapi membuang masa apabila kita hilang fokus atas satu-satu tajuk yang dibincangkan. Bagi saya, adalah lebih baik mengulang faham setelah kita selesai membaca keseluruhan buku tersebut. 

5. Google Reader - Kita sebagai follower kepada blog yang telah kita follow dan bukan hanya dengan mentaliti "Follow u dan Follow me Back". Justeru, mungkin sedikit tanggungjawab kita adalah untuk membantu idea kepada para blogger lain dan mungkin memberikan sedikit idea kepada mereka.

Bagaimana untuk membaca semua blog yang di"follow"? Gunakan google reader. Hanya daftar dengan alamat yang anda gunakan semasa daftar masuk blogger@blogspot. Aplikasi ini, membolehkan anda untuk membaca entri-entri baru para blogger. Dan jika anda suka dan ingin komen, klik sahaja pada tajuk entri dan kita akan sampai terus ke blog mereka.

Saya sendiri setiap pagi akan "scan" entri-entri baru para blogger dengan Google Reader. Dan jika ada yang berkenan, akan terus membacanya. Seterusnya, jika ingin memberi komen, klik sahaja pautan dan beri komen diblog mereka. 

Cara ini amat menjimatkan masa saya, daripada terus klik setiap blog rakan-rakan blogger mencari-cari entri baru mereka.

Jadi, dengan beberapa cadangan tersebut, saya sendiri dalam satu masa, banyak entri blog yang berguna  telah saya baca dengan hanya beberapa minit setelah melakukan sedikit "scan". Dengan fokus dan membina disiplin ke atas masa untuk membaca, buku yang ada juga dapat dihabiskan dalam rangka masa yang ditetapkan sambil mengambil manfaat daripada idea penulisnya.

Jangan dilupa, membaca juga adalah salah satu proses yang sememangnya perlu untuk kita terus belajar dan membesar. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak kita ketahui, dan semakin jauh kita akan dibawah olehnya.

"Membaca Jambatan Ilmu"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...