Tuesday 5 March 2013

selamatkan negara tercinta


OPS SULU:Operasi Hampir Selesai, ATM tidak akan

 dedah taktik digunakan dalam serangan




semoga Allah selamatkan malaysia


LAHAD DATU 5 Mac- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh mendedahkan taktik yang 
digunakan dalam operasi serangan ke atas penceroboh Sulu yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Bagaimanapun, Panglima Angkata Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, 
serangan itu ada menggunakan letupan tertentu agar pihak penceroboh tidak memasuki
 kawasan yang dikawal oleh pihak pasukan keselamatan negara.
Sementara itu Wartawan Utusan Online, BORHAN ABU SAMAH melaporkan: 
"Operasi hari ini menggunakan 3 buah pesawat pejuang F18 dan 5 buah Hawk,
 kata Zahid Hamidi.
Beliau juga sahkan tiada anngota keselamatan tercedera dan di pihak pengganas Sulu belum
 dipastikan kerana Ops Sulu masih berlangsung.
Hishamuddin pula beri jaminan bahawa operasi akan diteruskan selepas ini bagi memastikan
 keselamatan Sabah dan negara ini."


Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM sehingga kini berjalan lancar dan memberi impak yang cukup ketara dalam misi menyelamatkan negara. -

Sama-sama kita doakan Pasukan Keselamatan kita berjaya melaksakan misi tanpa ada sebarang tumpahan darah di pihak kita.

Bila baca update tentang perkembangan terkini di Lahad datu tetiba teringat lagu "Darah Satria" iaitu lagu tema filem Darah Satria lakonan A.R Badul, Aman shah dan Lydiawati.


Korang Pernah tengok tak filem ni?

Bagi yang pernah tengok masih ingat lagi tak jalan ceritanya camna?

Nota Jejari :  Mungkin kita lebih patriotik dari budak zaman sekarang sebab kita membesar dengan cerita-cerita sebegini kot!

Mungkin video lagu darah satria di bawah ni boleh buat korang flash back balik jalan cerita ni.




LAGU DARAH SATRIA
Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah…
Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Darah satria..(2x)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...