Friday 8 March 2013

KITA PERLU BERSELAWAT





ASSALAMUALAIKUM ...


Di dalam kitab Al - Safinah Al Qadiriyyah , beliau meriwayatkan daripada Ibn Farhun berkata :
 " Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai empat puluh dua kelebihan . "

Hal ini tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al - Anwar :

1. Melaksanakan perintah Allah SWT .

2. Bersama dengan selawat Allah SWT kepada Rasulullah .

3. Bersama dengan selawat para malaikat .

4. Mendapat ganjaran 10 x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah bererti rahmat ) .

5. Dikurniakan oleh Allah SWT sepuluh darjat atas tiap - tiap satu selawat .

6. Dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat .

7. Dihapuskan oleh Allah 10 kejahatan atas setiap selawat .

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah .

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW .

10. Mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala kebaikan .

11. Allah akan menutupi segala dukacita .

12. Dikurnaikan maqam hampir kepada Rasulullah SAW 

13. Mendapat darjat al - Sidq

14. Ditunaikan segala hajat .

15. Selamat sejahtera pada hari kiamat .

16. Allah SWT dan para malaikat akan berselawat kepada orang yang berselawat .

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga .

18. Selamat sejahtera pada huru hara hari kiamat .

19. Rasulullah akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan .

20. Mudah mengingati semula perkara - perkara yang lupa . 

21. Mendapatkan kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu .

22. Tidak akan merasai fakir .

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil .

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat .

25. Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga . 

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis - majlis yang tidak disebut Allah dan Rasul Nya atau majlis - majlis yang melalaikan .

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut Alhamdulillah Rabbil  'Alamin ( di dalam doa ) , maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad .

28. Selamat melintasi titian Sirat al - Mustaqim pada hari kiamat .

29. Terpelihara dari sifat kasar dan gelojoh .

30. Di sambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata - kata pujian yang lunak . 

31. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah .

32. Mendapat keberkatan daripada Allah .

33. Mendapat kesempurnaan iman .

34. Kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW 

35. Mendapat hidayah daripada Allah .

36. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah SAW secara langsung .

37. Teguh pendirian dangan kebenaran .

38. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak - hak Rasulullah ke atas diri kita . Ia juga dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutus Rasulullah kepada kita .

39. Berselawat juga bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasulullah  dan kepada diri sendiri .

40. Berselawat juga bererti zikrullah , bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT .

41. Akan terjelma gambaran Rasulullah SAW di dalam jiwanya .

42. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan murabbi .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...