Wednesday 13 March 2013

GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN DARI ALLAH






ASSALAMUALAIKUM ...


Orang yang beriman mengharapkan segala perbuatan , amal ibadah yang dilakukannya akan dapat meletakkan dirinya di bawah naungan Allah . Termasuk kita juga . Walaupun tak de jaminan , dah tentu kita cuba sebaik mungkin sebelum Dia membawa kita pergi meninggalkan dunia .

Berikut Vee kongsikan bersama golongan yang mendapat naungan dari Allah :

1. Pemimpin yang adil .

Tak kira la sama ada di rumah , di pejabat , dalam masyarakat atau juga pada negara , memang susah nak jadi pemimpin yang adil . Nak berlaku adil pada anak - anak dan isteri dalam rumah sendiri pun belum tentu berjaya . Lagi la kalau ada lebih dari satu isteri . Kalau nombor 1 si suami belikan ikan kerapu , nombor 2 lak belikan ikan bawal , tak adil kan ! Masalahnya ialah no.1 suka ikan kerpau tapi no.2 lak suka ikan bawal . Dah tentu harganya tak sama . Adil ke ? Jangan marah lah para lelaki sebab Vee bagi contoh poligami ... sajer jer ... heheheeee ...

2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah .

Tiba - tiba terfikir lak , camna kita nak tau yang pemuda tu boleh baca quran ya . Susah kan nak cari pemuda yang boleh membaca Al - Quran . Agaknya kalau masa si pemuda tu propose  , pastu suruh dia baca beberapa surah kat depan kita baru kita pertimbangkan boleh ker ? ... ahaks 

3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid .

Ada sesapa yang ada kenalan atau ahli keluarga yang lebih suka berbuat ibadah di masjid daripada berehat di rumah menghadap bola , menghadap lappy atau melepak bersama kawan - kawan ? Boleh kenalkan kat Vee tak ... isyyyyh ... macam la Vee ni baik sangat yer ... heheheee saja jer tanya .

4. Dua orang yang cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah .

Manusia biasanya cinta mencintai kerana perasaan sayang , berpisah lak kerana dah tak serasi . Tak ramai sebenarnya yang boleh buat begini . 

5. Lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta kaya untuk melakukan zina , lalu ia menjawab , " Aku takut kepada Allah " .

Selalunya wanita yang nak wat zina akan pelawa lelaki yang sekufu dengan dia juga . Tak mungkinlah dia nak ajak lelaki beriman . Tapi ada lelaki beriman yang berusaha nak bawa wanita jenis ni balik ke pangkal jalan .

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberi oleh tangan kanannya .

Kalau pembaca berharta dan mampu nak keluar derma dengan jumlah yang banyak , tak yah la masuk tv ker paper ker internet ker . Rugi jer . Pahala tak dapat , duit lak habis ... huhuhuuu

7. Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya .

Sama ada kita boleh meletakkan diri kita diantaranya , tepuk dada tanya hati dan iman . Kita hanya boleh berusaha melakukan yang terbaik dalam hidup kita selagi masih ada kudrat , kesihatan yang baik . ingatan yang sempurna dan usia yang di beri .




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...