Hidup ni rasa singkat sangat-sangat. Baru semalam dunia ni gelap. Sekarang dah pun terang semula. Sekejap lagi akan gelap kembali. Singkat betul rasanya kan?
Kita tarik nafas dalam masa beberapa saat saja. Lepas tu kita hembuskan balik. Jarak masa antara tarik dan hembus tu kejap saja kan? Kita sendiri boleh rasakannya. Lain lah kalau kita sengaja tahan nafas kita tu.
Masa dulu kita kecik sangat. Nak jalan pun payah sangat-sangat. Terpaksa di gendong oleh orang lain. Di bawa ke sana ke mari agar kita dapat lihat persekitaran di tempat yang lain. Dan bila tiba masanya untuk kita tidur, kita akan diletakkan kat tempat tidur kita.
Sekarang kita dah semakin dewasa. Meningkat sedikit demi sedikit. Dan akan tiba masanya kita akan di papah serta di angkat semula oleh orang lain kerana masa tu kita sudah tidak ada daya upaya lagi untuk melangkah. Dan bila tiba masanya, kita akan di angkat pulak oleh orang ramai untuk diletakkan di suatu tempat di mana kita akan tidur buat selama-lamanya di situ.
Dan di situlah bermulanya perjalanan kita untuk menuju ke sebuah destinasi yang akan kekal abadi buat kita. Baik atau tidak, itu bergantung kepada corak kehidupan kita di dunia. Jika cantik dan indah coraknya, maka cantik dan indah jugaklah destinasi yang akan kita tuju. Jika cincai sahaja coraknya, maka berliku-likulah perjalanan yang akan kita tempuh sebelum sampai ke destinasi yang di tuju.?
Namun, semua itu terpulang kepada Yang Maha Esa untuk menentukannya. SamadaSYURGA ataupun NERAKA.
Pilihan ada di tangan kita. Semua yang datang dari ALLAH SWT itu adalah baik. Sekarang terpulang kepada kita untuk menjadikannya terus baik ataupun sebaliknya.
Tak semua manusia di lahirkan sempurna. Cuma, jangan jadikan ketidaksempurnaan itu sebagai alasan untuk kita terus menjauhkan diri dari NYA.
InsyaALLAH. ALLAH akan bantu kita jika kita benar-benar punya keinginan yang kuat untuk mengubah diri kita ke arah kebaikan.
Berubah sikit-sikit dan berterusan lebih baik bukan. Daripada kita lakukan perubahan secara mendadak lepas tu berhenti secara mendadak jugak.
Tapi hidayah tu milik ALLAH. Kita cuma boleh usaha saja. Apa yang boleh kita buat hanyalah berserah kepada NYA.
Jadilah Manusia Yang Cantik Jiwanya Kerana Alam Ini Begitu Indah Panoramanya
Aku merenung ke arah kaki langit. Indah sungguh pemandanganya. Kemudian aku alihkan pandanganku ke arah yang lain. Tetap indah malahan lebih indah dari yang sebelumnya. Hal ini memang tidak boleh diragukan lagi. Keindahan dari ciptaan ALLAH SWT sangat menarik hati.
Namun, keindahan itu kadangkala berubah mengikut keadaaannya. Sentiasa berubah dengan beraneka macam warna pada waktu yang berbeza-beza.
Keindahan pada waktu paginya berbeza dengan keindahan pada waktu Maghrib. Tika matahari terbit pula berbeza keindahannya dengan matahari terbenam. Malam tanpa cahaya rembulan pula berbeza dengan keindahan malam yang diterangi dengan purnama. Langit yang diliputi awan berbeza dengan langit yang cerah. Bahkan keindahan itu sungguh berbeza dengan pandangan tertentu dengan pandangan yang lain, dan dari bilik tertentu dengan bilik yang lain.
Hakikatnya, semua itu adalah keindahan belaka dan harus dinikmati dengan sebuah renungan.
Sesungguhnya, ruang angkasa ini tidak akan pernah membuat manusia merasa bosan andai mereka tahu bagaimana untuk menghargai setiap pemandangan yang ada. Akan tetapi. keindahan dan kebahagiaan yang manusia perolehi takkan mudah untuk mereka gambarkan dengan untaian kata-kata.

No comments:
Post a Comment