Sunday, 10 February 2013

Tips Berubah diri cara islamik:)


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, dengan izin Allah,dapat ana tulis tentang penhijrahan diri,smoga maafaat dan sebar ilmu dan dakwah:)



 
Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. 

moga bermanfaat buat teman-teman =)

  • niat kerana Allah bukan atas sebab kerana manusia
  • letak target kita dalam apa-apa jua tindakan
  • mencari suasana dan rakan yang baik
  • bersabar dengan cemuhan orang sekeliling kita
  • berdoa kepada Allah sebagai kekuatan untuk penghijrahan ini




  • semat dalam hati  kita. Allah sentiasa bersama kita tatkala susah dan senang =')


    p/s :

    • Alhamdulillah puas dapat kongsikan dengan teman-teman yang sudi membaca :)
    • kamu~ seringkali berbicara tentang kamu pada teman-teman sebagai ikutan yang baik dalam berdakwah =)
    • usah menilai diri sudah cukup baik, diri ni juga dalam proses penghijrahan dalam terus mendekatkan diri pada yang Maha Kuasa demi menggapai redha-Nya dunia akhirat...
    • ok2 semangat sambung study nie.. hee dah dapat kongsikan~  


    Yang pertama NIAT KERANA ALLAH

    yang kedua target . apa yang nak kita ubah dan target apa yang perlu dicapai untuk sepanjang perubahan kita tu supaya kita ada matlamat . sebab ape yang kita lakukan di dunia ni perlu ada matlamat, kalau tak sia sia la ..

    yang ketiga mencari suasana dan rakan yang baik . how ? dekat diri dengan majlis ilmu, dekatkan hati dengan masjid . carilah rakan rakan yang selalu mengajak kita ke arah kebaikan . kawan aku penah cakap . kalau niat kita betul nak berubah, Allah akan anugerahkan rakan rakan yang baik untuk kita . tak percaya . cuba la

    yang keempat, bersabar dengan mulut orang . bersabar dengan ujian dan cemuhan . seriusly kalau nak berubah its not easy . nak istiqamah susah . most yang berubah ramai yang separuh jalan . tak istiqamah sebab tak tahan dengan ujian yang Allah bagi . ye lah, dulu free hair segala, tetiba bertudung mesti ada mulut mulut yang cakap belakang . so SABAR

    yang terakhir ialah DOA . doa kepada Allah jangan tinggalkan . tetapkan hati di jalan Allah . dengan doa "Ya Allah yang memutarbalikan hati, tetapkanlah hatiku pada jalan-Mu"
    yang penting kerana Allah dan dakwah sentiasa istiqamah:)

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...