Monday, 25 February 2013

Jom audit diri Perbaiki mana yang perlu:)



Daripada  bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”

Pernah tak korang audit diri korang sendiri:??




Mungkin kerana kesibukan hal duniawi kita kekadang alpa dan lalai sehingga tidak mempunyai waktu dan ruang untuk muhasabah diri sendiri. Mungkin ada masanya bila kita dikejutkan dengan sesuatu bencana atau peristiwa yang berlaku disekeliling kita baru kita terfikir mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Apa kata bermula hari ini, kita belajar untuk sentiasa meng"audit" diri, biasakan muhasabah diri setiap hari.


Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).

Menurut Ibnu Kathir , tafsiran ayat diatas membawa maksud: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan perhatikan amalan soleh yang kamu simpan untuk dirimu pada hari yang dijanjikan dan ketika kamu dihadapkan di hadapan Tuhan kamu”

Bagaimana cara nak audit diri?

Banyak cara kita boleh praktikkan untuk audit diri kita, 
  • Mungkin setiap malam sebelum tidur kita boleh recall balik apa yang dah kita lakukan sepanjang hari tersebut. Mana yang lagi banyak ; banyak buat kebaikan ke atau lebih banyak buat dosa
  • Mungkin untuk setiap pekerjaan atau perberbuatan yang ingin kita lakukan, sebelum kita melakukannya kita audit dulu adakah berfaedah atau tidak untuk dilakukan, adakah kita melakukannya kerana Allah SWT atau kerana nama dan harta atau kerana sebab lain?
  • Mungkin juga jadual dibawah boleh membantu kita melihat sebanyak mana amalan yang dah kita buat, dan berapa banyak ruang lagi yang perlu kita perbaiki dan tambah. 

jadual ini boleh di edit dengan menambah perkara sunat lain yg dirasakan perlu


Tidak kira bagaimana cara yang kita lakukan, audit diri atau muhasabah diri itu penting untuk kita praktikkan. Jangan sampai nyawa sudah dihujung tanduk baru kita sedar yang bekalan amalan kita terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan dosa yang dah kita buat.:)

Sama-sama la kita meng"audit" diri kita (^_^)
anamarzablog






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...