Monday, 4 February 2013

Kenape kita berkorban?


Perlukah Kita Berkorban?
"Kita kena berkorban demi memperjuangkan agama Allah SWT. Jika kita benar-benar menyakini agama Allah SWT adalah agama yang hak, maka berkorbanlah. Sesungguhnya sahabat-sahabat sekalian itulah erti pengorbanan yang sebenarnya. Pergorbanan yang akan mendapatkan ganjaran syurga jika seseorang itu menjadikan Allah SWT sebagai matlamatnya.Yakinilah dan korbankanlah apa saja demi agama Allah SWT."


Petikan di atas merupakan perkongsian daripada sahabat saya beberapa hari lepas. Peringatannya masih segar dalam ingatan saya sehingga sekarang. Kesungguhan dan keikhlasan sahabat saya menyampaikan tazkirahnya sehinggakan ada sahabat yang menitiskan air mata. Tersentuh dan amat tersentuh.
'Saya berasa malu. Terpukul dengan kata-kata tersebut. Tatkalah erti pergorbanan saya salah ertikan selama ini. Ya Allah. Ampunilah hambamu ini.' Hatiku menjerit. Jiwa saya bergetar dan tubuh terasa dingin. Saya menggigil. Takut!
Pergorbanan selama ini semata-mata untuk mendapat dunia. Manakala, pergorbanan untuk mendapatkan kehidupan akhirat yang hakiki jauh sekali untuk difikirkan. Begitulah jiwa pendosa. Hidup hanya inginkan keseronokan dunia dan sanggup berkorban apa saja untuknya.
Hentikanlah pengorbanan yang penuh kepalsuan ini! Tidakkah kita menyedari, Pengorbanan ini akan merugikan kita kelak dan membawa kita ke neraka Allah SWT.
Nauzubillah!!
Erti Pengorbanan
Pengorbanan sama juga halnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita impikan. Berkorban demi cinta. Berkorban demi kebahagian keluarga. Berkorban demi mempertahankan sebuah persahabatan. Berkorban masa dan harta serta macam-macam lagi.
Lazimnya inilah bentuk pengorbanan yang kita lakukan. Ada ketikanya dalam kembara memburu apa yang kita impikan, kita pula yang terkorban. Semua ini adalah realiti kehidupan. Ada yang berkorban dan yang terkorban.

Terkorban Demi Cinta
Cinta boleh membuatkan seseorang menjadi tidak waras, gila, tidak rasional,, emosional dan berfikiran tidak realistik. Cinta ini juga menyebabkan diri menjadi hamba kepada cinta iaitu sama ada cinta kepada wanita, sahabat, keluarga dan kemewahan dunia.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."
(Surah Ali-Imran ayat 14)
Pengorbanan cinta jenis ini berlaku jika asas binaan cinta tersebut adalah hawa nafsu semata-mata. Pergaulan berlainan jantina tanpa batas, bersentuhan, berdua-duaan, terasa ingin memiliki, terlalu terpesona dengan warna-warni dunia, mula bermewah-mewah, gilakan pangkat dan harta dan bermacam-macam lagi agenda yang melanggar syariat.
Mengatakan diri menikmati cinta namun, cinta yang dibina membawa pemiliknya ke murka Allah SWT.
Inikah cinta!
Cinta yang menyebabkan pengorbanan disalah ertikan.Sehinggahkan diri terkorban demi cinta kerana mendapat murka dan siksa daripada Allah SWT. Akhirnya, pemilik cinta ini dicampakkan di neraka Allah SWT.
Pergorbanan Ke Syurga
Adapun cinta yang membawa pemiliknya ke syurga. Cinta ini dibina atas dasar iman dan takwa kepada Allah SWT. Cintanya suci dan tulus. Jauh sekali daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. Pergaulan dijaga dan padangan mata hati sentiasa terkawal, berukhuwah (bersaudara) kerana Allah SWT, dan menikmati ganjaran dunia dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
Pemilik cinta ini sangat disibukkan dengan proses tarbiyah diri, keluarga dan masyarakat. Serius mendalami, memahami, dan mengamalkan islam. Aktif dan istiqomah beramar makruf nahi mungkar. Masing-masing ingin menghadiahkan yang terbaik buat pasangan, sahabat, keluarga dan masyarakat seluruhnya.
Mereka berharap agar menjadi 'role model' kepada zuriat yang dilahirkan, kepada adik dan abang, ibubapa, jiran tetangga, sahabat, guru, dan masyarakat. Ini kerana, proses tersebut adalah permulaan asas pembentukan bangunan umat islam yang cemerlang lagi gemilang.
Begitulah hasilnya jika cinta bersandarkan hanya kepada Allah SWT. Pemilik cinta sekalian makhluknya. Pemilik cinta akan lebih tenang dan bahagia kerana cintanya lebih banyak mengingati Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
Maka, wajarlah jika Allah SWT menghadiahkan syurga kepada pemilik cinta ini.
Tidakkah anda mengimpikan cinta sebegini? Cinta yang membawa anda ke syurga. Menjadikan diri anda yang bercinta terasa tenang dan bahagian hidup di dunia dan di akhirat.

Berkorban Demi Agama Allah SWT
Inilah pengorbanan yang penuh makna jika kita menyertainya. Segalanya akan terkorban.
Pengorbanan masa, harta, keluarga, sahabat, dunia, dan bahkan nyawa kita akan terkorban. Hidup hanya untuk mencari redha Allah SWT. Segalanya Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." 
(Surah Al-Ankabut ayat 69)
Tidak pernah letih menyampaikan syariatnya. Tidak pernah lelah mendalami, memahami serta mengamalkan syariatnya. Mengimpikan diri menjadi genarasi rabbani dengan mengajak lebih ramai manusia menjadi generasi rabbani sepertinya.
FirmanNya;
" Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." 
(Surah Al-Imran ayat 79)
Walaupun, kita yakin ada onar dan duri menghalangi perjalanan kita menyampaikan risalah islam. Namun, itu adalah penguat bagi diri kita untuk terus kuat, berani dan ikhlas berada di jalan-Nya. Ujian itu juga sebagai cara untuk menguji keaslian keimanan kita kepada Allah SWT.
FirmanNya lagi;
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Kita sanggup berkorban dan mengharapkan kita terkorban dijalan-Nya. Itulah syahid. Hanya ganjaran syurga bagi mereka yang mati syahid. Tiada tempat tinggal lainnya.
Inilah yang dikatakan oleh Allah SWT sebagai peniagaan yang tidak pernah memberi kerugian kepada pemiliknya. Bahkan menjadi jutawan di akhirat kelak. Ganjaran pahala melimpah ruah dengan izin-Nya.
Betulkah Erti Pengorbanan Kita?
Pengorbanan yang sebenar ialah pengorbanan yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Dalam pengorbanan itu, kita merasai ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Pengorbanan juga menyebabkan kita bersedia terkorban di jalan-Nya. Tiada penyesalan berlaku. Harta, anak, isteri, sahabat, dan perniagaan yang diusahakan hanya dianggapkan sebagai pinjaman dari-Nya.
Maka, wajar sekiranya kita meninggalkan atas kehendak-Nya.
Kejayaan mencapai cita dengan pengorbanan yang sejati akan lebih manis dan tinggi nilainya jika disandarkan hanya kepada Allah SWT. Keperitan, kesusahan, penderitaan, dan tangisan yang dirasai akan mendapatkan ganjaran syurga. Puncak segala kebahagian dan kenikmatan.
Itulah impian semua manusia. Termaksud diri kita sahabatku! Justeru, benarkah erti pengorbanan kita?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...