Ber'pacaran'
atau couple memang tajuk yang sentiasa hangat diperkatakan. Terutama dikalangan
remaja sekarang ini. Bermacam-macam pendapat di keluarkan kepada masyarakat
yang sudah jahil dalam agama ini. Ada yang kata halal, ada yang kata haram, ada
yang kata makruh, ada yang kata sunat! Wa... Teruknye perangai! Semata-mata nak
halalkan perkara yang sudah haram ini. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud
:"Sesungguhnya halal itu nyata dan haram itu nyata..." (Al-Hadith).
Dulu, saya
mengaku memang tidak ada kekuatan untuk membicarakan isu ini. Maklumlah, ramai
kawan-kawan di sekeliling kita berpacaran (Mungkin dulu-dulu, diri sendiri pun
pernah berpacaran waktu zaman jahilliyyah, Astaghfirullah...), jadi ambil
'nafas' dahulu untuk dapat kekuatan. Bila melihat tentang isu ini, beberapa
kajian rambang telah saya jalankan kepada rakan-rakan terdekat. Semakin banyak
kajian yang telah di teliti, semakin takut dan yakin dalam diri saya bahawa
budaya ini memang HARAM! HARAM JIDDAN! (huh... Macam syadid sangat ni, hehehe...)
Nak tau
kenapa saya katakan begitu? Sebelum saya ceritakan lebih lanjut tentang budaya
ini, izinkan saya memberi pendapat tentang budaya ini secara 'helicopter view'
. Budaya ini bila di lihat dikalangan pelajar, bila ditanya kepada mereka,
mereka katakan bahawa mereka suka ber'couple' kerana ini :
1.
"Just for fun. Bukannya aku nak kahwin pun dengan dia. Nanti kalau aku nak
kahwin, aku cari la yang lain"
2.
"Perancangan masa hadapan. Maklumlah, nak cari isteri zaman la ni memang
susah... So, kita booking awal-awal"
3. "Dah
semua orang kat sini couple, tak kan aku tak leh couplekot!"
4. "
Nak bagi tahu bahawa saya ni dah berpunya, karang ramai orang nak ngorat kita,
susah pulak... Hehehe..."
5. "Apa
salahnya kalau kita cinta cara islamik, ana tau la jaga diri ana, enta jangan
sibuk hal ana boleh tak?"
Petikan-petikan
di atas memang nampak macam tak serius. Kalau serius macam mana? Huhu...
Dahsyat betul orang zaman sekarang ini. Dapat disimpulkan, orang zaman sekarang
ini ada dua jenis, ada yang bercinta untuk seronok-seronok (Seronok untuk apa?
Wallahu a'lam) dan ada yang bercinta untuk alam perkahwinan (kononnya...). Tapi
ingat! walaupun bercinta untuk kahwin, seolah-olah kita ssebenarnya sudah ambil
madunya sebelum si lebah yang sebenarnya sebagai si pengangkut madu... Kalau
dah ambil manisnya, tentulah sukar untuk dapat 'kemanisan' perkahwinan itu.
Suka untuk
saya mengeluarkan beberapa fakta yang cukup kontroversi. Bukan kerana apa,
tetapi sebagai peringatan untuk anak muda. Saya yakin dan percaya ada yang
tidak dapat terima apa yang saya katakan ini.... Mungkin sampai satu tahap, ada
yang akan membenci saya. Tapi, inilah hakikat. Kata Rasulullah :
"Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit." Inilah fakta yang
menggerunkan..... :
1.Lelaki yang
pernah atau sedang berpacaran barangkali pernah melihat gambar-gambar lucah
(Yang tak dapat nak dielakkan adalah bila hatinya agak kotor, jadi kekotoran
itu sampai dapat dilihat pada zahirnya, nauzubillah...). Kalau tak buat tu,
mungkin di antara golongan yang masih awal lagi bercinta. Percaya ataupun
tidak, (Kalau Allah nak tunjuk tu, kita akan nampak juga....). Cuba anda
jalankan satu eksperimen ini. Minta pendrive dari kawan-kawan yang sedang
berpacaran, cuba buka setting hidden file pada komputer yang anda sedang
gunakan. Lihat apa yang ada dalam pendrive kawan anda. Jangan terkejut kalau
apa yang saya katakan betul! (Nasihat saya, tolong delete kalau jumpe benda
yang tidak senonoh tu...) Kalau tidak jumpa apa-apa, doakan kebaikan untuk
sahabat kita... Insya Allah.
2. Lelaki
yang jenis aktif dalam program-program dakwah, selalunya dapat mengubah diri
dari terjebak dalam gejala ini secara drastik, tetapi bagi kaum wanita... (Agak
susah sikit...) Entah le... Sebab apa pu saya tak pasti... Mungkin itu
kelebihan yang Allah bagi pada lelaki. Sebab lelaki yang berada dalam program
dakwah kadang-kadang jadi "kirana" untuk wanita solehah. Doa seorang
muslimah kadang-kadang lebih hebat dari lelaki tau! Beruntung dapat wanita
solehah.... Jadi, berazamlah untuk berubah dan cubalah berintima' dengan
mana-mana jemaah. Dalam Al-Quran sendiri mengatakan, lelaki baik untuk
perempuan baik. Jadi, jadilah seorang yang baik!
2.Perempuan
yang bertudung labuh kerana berfesyen bukan kerana menutup aurat (Maksudnya,
mungkin bukan dari Sekolah Agama, jadi nampak seolah-olah pakai tudung labuh ni
lebih bergaya dan kalau pkai tudung kecil pun tidak ada masalah...) jika
berpacaran, sama sahaja dengan perempuan yang tidak bertudung atau bertudung
tak labuh (Maksudnya, kalau lah perempuan jenis ini berpacaran...)
3. Ada di
antara perempuan-perempuan yang tidak bertudung (free-hair), yang di katakan
cantik bagi kaum lelaki, dan berpacaran pada masa yang sama telah terlanjur
melakukan zina... Astaghfirullah. Kalau bukan, maknanya ia berada dalam golongan
minoriti rasanya...
4.Banyak
juga pasangan yang berpacaran pernah berpelukan atau bercumbu-cumbuan sebelum
berkahwin.
5.Sangat
banyak pasangan yang berpacaran pasti menyentuh kulit berlainan jantina.
6.Banyak
laporan kes rogol mesti bermula dari sebuah percintaan.
7. Dalam
Islam, tidak ada cinta Islamik. Kalau ada, itu adalah satu pembohongan yang
nyata.
8. Nak dapat
perempuan baik, lelaki kena baik. Begitulah sebaliknya....
9.Bertaubat
dan tinggalkan couple (secara beransur atau drastik) adalah cara yang terbaik
untuk menjauhi zina.
10.
Perempuan yang bertudung labuh boleh rosak jika pilih lelaki yang rosak. Jadi,
berhati-hatilah wahai kaum muslimah.
Bedasarkan
fakta-fakta diatas, ingin saya memaklumkan bahawa angka peratusan di atas mungkin
berubah-rubah. Menurut Elvin Tofler, di antara pembohongan yang nyata yang
selalu dibuat oleh manusia adalah mewujudkan statistik. Sebab itu saya tak
letak statistik. Tetapi ingat! Faktanya adalah : Ia berlaku walaupun hanya
seorang sahaja melakukan! Astaghfirullah...
Mudah-mudahan
saya dan sahabat-sahabat di jauhkan oleh Allah dari segala fitnah dunia ini.
Bagi muslimah, segeralah bernikah bagi mengelakkan penzinaan. Bagi muslimin,
carilah isteri itu kerana agamanya. Kalau nak yang cantik itu, cukuplah sahaja
pada yang ada di bidadari di syurga... Insya Allah
No comments:
Post a Comment