Isteri Solehah - Nota Peringatan Untuk Para Isteri
- “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
- “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
- “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”
- “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
- “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi bentengneraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
- “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
- “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
- “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukanke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinyadan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-manapintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai para wanita, isteri, ibu, kakak dan anak....bahawa semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu TAAT!
No comments:
Post a Comment