Bacaan surah Al-Inshirah:
Allah menyatakan dalam ayat ini bahawa Nabi SAW telah ditinggikan
kedudukannya dan sebutan namanya. Allah ingin mengingatkan kita bahawa Nabi SAW
mempunyai tempat yang tinggi dan terpuji. Oleh itu, amatlah wajar untuk kita
memuji dan berselawat ke atas Baginda Nabi SAW.
Bagi orang yang tak faham, selawat ini nampak kecil. Selawat ini
sebenarnya sangat besar, dan paling kurang diwajibkan kita berselawat sekali
dalam seumur hidup. Semoga Allah menjadikan kita golongan yang sentiasa dan
banyak berselawat ke atas Nabi SAW.
Amalkan selawat Fateh, yang diamalkan oleh Syeikh Qadir Al-Jailani. Ali
Zaenal Abidin bin Husin bin Ali, cicit Nabi SAW pula mengamalkan selawat
Nariyyah. Dikatakan bahawa jin sangat takut dengan selawat ini. Walaupun Nabi
SAW tidak buat, tetapi ini adalah amalan orang yang alim, yang juga ulama
tasawwuf yang besar. Siapalah kita untuk mempersoalkan amalan ini.
Akhir kata: Banyakkanlah berselawat kepada Nabi SAW.
Berikut sedikit maklumat tambahan tentang selawat Fateh (sumber)
MURABBI Syeikh Muhd Zainul Asri setiap kali
mulakan ucapan beliau akan mulakan dengan selawat al-fatih. Sehingga kami yang
menuntut ilmu menadah kitab dgn beliau , terikut dan dapat mengingati. Selawat
Fatih penuh rahsia. Beramal dgn penuh ikhlas , ALLAH buka padanya rahsia , ALLAH
beri kemudahan dalam perkerjaan , ALLAH menangkan dia. ALLAH lorongkan dia
dalam kebenaran..
Huraian Makna Selawat Fatih:
Ustaz Haji Ahmad Tunggal, Pengerusi Jamaah Wirid Khaujakan Johor, menulis dalam
bukunya “Amalan Kecemerlangan Rohani” (1993) seperti berikut:
Yang membuka apa yang tertutup – Dunia ini asalnya tidak ada dan masih
tertutup. Maka dijadikan dunia ini adalah disebabkan wujudnya Nabi Muhammad
SAW. Kalaulah tidak ada Nabi Muhammad SAW tidaklah akan wujud dunia ini. Allah
menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam. Rahmat dan
kenabian bagi sekalian makhluk termasuk manusia, jin dan binatang. Hati manusia
juga pada mulanya tertutup dengan syirik, tertutup dengan kezaliman dan
kejahilan.
Iman, Islam dan akhlak tertutup, semuanya itu dibuka oleh Nabi Muhammad SAW
dengan dakwah yang berpandukan kitab Al Quran. Terbukalah kebenaran akidah dan
syariat Islam, terbukalah akhlak dan budi pekerti yang luhur, terbukalah
keadilan sosial dan terbukalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Nabi
Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup.
Dan penyudah (penamat) apa yang telah lalu – Tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi
Muhammad SAW Juga sebagai penutup berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dan
penutup kitab suci Al Quran.
Dan yang menolong kebenaran dengan kebenaran – Pertolongan Nabi Muhammad SAW
yang benar ialah Al Quran. Di dalamnya mengandungi segala kelengkapan termasuk
akidah, syariat, akhlak, ibadat, bermasyarakat bernegara, falsafah dan mistik.
Manusia tidak akan mengetahui kebenaran tersebut tanpa pertolongan Nabi SAW .
Dan yang menunjukkan jalan-Mu yang lurus – lalu yang ditunjukkan oleh Nabi SAW
adalah jalan yang lurus, betul dan tegak. Ertinya jalan yang lurus itu adalah
ialah jalan Islam, jalan selamat sejahtera dan bahagia. Mustakim selain dari
makna lurus boleh diertikan yang tetap dan teguh pendirian dalam melaksanakan
perintah Allah. Selain dari Nabi SAW penolong kebenaran ia juga memimpin.
Memipin ke jalan yang lurus sejahtera dan selamat.
Rujukan untuk Selawat Nariyah di sini
Selawat Nariyah
Senarai soalan dan jawapan
S: Bilakah waktu yang dianjurkan kita berselawat?
J: Kita dianjurkan berselawat sepanjang masa sebenarnya kecualilah
ketika berasa di dalam tandas. Pun begitu, ada tempat yang dianjurkan seperti:
·
Dalam apa jua tempat perhimpunan atau majlis pertemuan yang baik,
contohnya ketika berada dipejabat, di rumah, dalam majlis ilmu dan seumpamanya.
Jika tiada disebut nama Allah atau selawat di dalamnya, maka perkara itu akan
menjadi penyesalan kepada seseorang setelah meninggal nanti. Oleh sebab itulah,
dikhabarkan bahawa orang yang mati meminta agar dibangkitkan semula kerana
telah menyesal.
·
Sebelum memulakan, dan mengakhiri doa. Sabda Nabi SAW, “Tiada satu doa
pun melainkan ada dinding-dinding (hijab) antara orang yang berdoa itu dengan
langit, sehinggalah dia berselawat padaku. Apabila dibacakan selawat, maka akan
koyak dan cariklah sekatan (hijab) itu dan terangkatlah ke langit”.
·
Selepas selesai wudhuk dan sebelum doa setelah mengambil wudhuk.
·
Selepas selesai azan, sebelum membaca doa selepas azan.
·
Malam dan hari Jumaat – kenapa? Kerana pada hari Jumaat akan
dibentangkan kepada Nabi SAW. Begitu juga dengan doa-doa kita kepada ibu ayah
yang telah meninggal juga akan disampaikan pada hari Jumaat.
·
Selawat ini bersifat menyejukkan jiwa. Oleh itu, dodoikanlah anak-anak
dengan selawat, bukannya dengan lagu-lagu artis.
S: Adakah kita dianjurkan selawat ketika masuk dan keluar masjid?
J: Inilah antara adab yang semakin dilupai masyarakat. Allah SWT sangat
mengasihi Nabi SAW. Berkata Abdullah bin Abbas ra, antara adab memasuki masjid
ialah berselawat. Setelah itu, dianjurkan berdoa yang bermaksud:
“Bismilah wassola tuwassala mu ‘ala Rasulillah wa’ala malaikatillah wala
hawla wala quwaata illa billah” dan kemudia bacalah doa masuk masjid. Begitu
juga sebelum keluar masjid juga dianjurkan berselawat.
S: Betulkah jika kita terlupa sesuatu, kita dianjurkan segera
berselawat?
J: Betul. Dalam mafhum hadis Baginda SAW bersabda, “Sesiapa yang
berbuat begitu, maka dia akan dimudahkan untuk mengingati semula”. Kita amat
takut jika menjadi nyanyuk ketika tua. Oleh itu, dianjurkan untuk banyakkan
berselawat agar terpelihara daripada nyanyuk.
S: Adakah selawat kita didengari atau sampai kepada Nabi SAW?
J: Ya. Dalam hadis riwayat Imam Bukhari bermaksud ada satu malaikat yang
diciptakan yang mempunyai pendengaran yang hebat yang mampu mendengar ucapan
selawat kepada Nabi SAW. Mana-mana malaikat yang mendengar selawat ini akan
membawakan selawat itu terus kepada Nabi SAW. Ada juga malaikat lain yang
ditugaskan untuk mencari-cari majlis yang disebutkan selawat di dalamnya dan
membawanya terus kepada Rasulullah SAW.
S: Apakah tujuan kita berselawat?
J: Tujuannya ialah:
·
Paling utama ialah kita ingin melaksanakan perintah Allah.
·
Berbuat baik sepertimana Allah buat baik kepada kita. Cara buat baik
pada Allah ialah dengan menunaikan ibadat dan suruhan-Nya. Kelahiran Nabi SAW
merupakan satu rahmat dan perbuatan baik Allah kepada kita. Kita sangat
beruntung sebenarnya, kerana mendapat banyak kebaikan dengan kelahiran Nabi
SAW, sehinggakan ada Nabi yang meminta untuk menjadi umat Nabi SAW.
·
Untuk mengenang jasa dan budi Nabi SAW kepada kita.
S: Hari ini ada pelbagai cara orang berselawat. Bolehkah begitu?
J: Betul, ada yang berselawat dalam bentuk qasidah, burdah dan
seumpamanya. Ada juga ungkapan selawat yang berbeza contohnya Selawat Tiib,
Selawat Fatih - amalan Syeikh Qadir Al-Jailani, selawat Nariyyah -
diamalkan oleh Ali Zaenal Abidin bin Husin bin Ali – cicit Nabi SAW. Selawat
ini semuanya diamalkan oleh pada ulama tasawwuf yang besar-besar. Siapalah kita
untuk mempersoalkannya.
S: Bolehkah selawat dengan berlagu-lagu?
J: Manusia ini fitrahnya sukakan hiburan. Jika artis boleh puji
kekasihnya dalam lagu, kenapa kita tidak boleh memuji Kekasih kita yang paling
agung? Jika kita terlalu skema, bagaimana nak menarik minat-minat anak-anak
muda. Jika kita tak sediakan alternatif untuk mereka, maka mereka akan tertarik
dengan hiburan yang sia-sia. Dengan lagu juga akan memudahkan untuk kita
menghafal selawat yang panjang-panjang.
Berikut sedikit maklumat tambahan tentang selawat Fateh (sumber)
Huraian Makna Selawat Fatih:
Ustaz Haji Ahmad Tunggal, Pengerusi Jamaah Wirid Khaujakan Johor, menulis dalam bukunya “Amalan Kecemerlangan Rohani” (1993) seperti berikut:
Selawat Nariyah
|
Ustaz Raihan Abdul Aziz
No comments:
Post a Comment