Saturday, 13 April 2013

Kalau Benar Cintakan Allah



 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Sebutlah nama Allah banyak-banyak.Allah berfirman dalam surah al-Fath ayat 9 yang bermaksud: “Supaya kamu semua beriman kepada Allah & Rasul-Nya, menguatkan (agama)-Nya, kepada-Nya pada waktu pagi & petang. “Bertasbih di sini bermaksud kita berfikir dengan kuantiti & kualiti yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati & zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah & segala yang lain kecil belaka.



Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran & keagungan-Nya & tidakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hukum-Nya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan & kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran & keagungan-Nya.
Akibatnya hukum-hakam diabaikan dalam tindakan & perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika Allah “lupakan” kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang banyak bertakwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya; dengan lidah, hati & perbuatan.
Menjadi seorang muslim sahaja ( bukan muttaqin ), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripada –Nya . siapakah kita, muttaqin atau hanya muslim?

Muslim, lebih-lebih lagi muslim yang fasiq, kurang berzikir malah ada yang tidak berzikir langsung. Apakah Allah akan mengingati kita jika kita melupakan-Nya? Lalu terbiar kita dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.

Bimbang Dosa


Sayidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera islam berbanding kekuatan & perancangan  musuh.
Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita.
Kenapa melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasa mengingati Allah.

Ya. Masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sedikit pun mereka segera bertaubat. Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan & perjuangkan. Mereka diokong oleh kawan & dihormati oleh lawan. Belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur & tunduk


When Allah is your “Friend”, who is your enemy?



Apabila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Solehuddin al-Ayubi. Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Solehuddin? Tidak. Tetapi kerana akhlak & keperibadiaannya yang ditempa dengan zikrullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih sayang & perihatinnya, tidak terbatas. Merentas sempada bangsa, Negara & agama.
Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang islam yang terlalu perlahan. Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta & kasih sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujah & menjelaskan dengan penuh hemah & nikmat tanpa dibauri oleh kebencian & prasangka.
Dengan cinta kita tidak hanya menyebit nama-Nya, mengingati-Nya & mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat & Negara.
Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri & umat ini dengan banyak mengingat-Nya. Bangun seawal subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syarak. Jauhilah pendedahan aurat, perangi pergaulan bebas, racun hedonism dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri & remaja kita. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi  jangan  lupakan hukum Ilahi. Bersiasatlah tetapi jauhi fitnah & kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga Halal & Haram dalam setiap perilaku & perbuatan.

Kalau benar cintakan Allah….ingatlah, “Cinta itu bukan kata-kata, love is a verb ( cinta itu tindakan ). Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta…jika kita sendiri  tidak mencintai.

Marahkan diri kita dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kita kepada Allah, justeru jika demikian …. Bererti cinta kita hanya kata-kata? Hanya pura-pura?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...