Tanggal 26 April 2013, Jumaat, penghulu segala hari telah perginya seorang tokoh agama terkemuka di Indonesia, Ustad Jeffry Al Buchory atau mesra dipanggil Uje yang lahir di Jakarta pada 12 April 1973.
Allahyarham merupakan anak ketiga daripada pasangan Alm H. Ismail Modal dan Ustz Dra. Hj. Tatu Mulyana ini mulai mendapat nama ketika menjadi pendakwah bebas.
Allahyarham juga dilihat mampu menjadikan sesuatu ceramah itu menarik dengan menggunakan bahasa anak-anak muda hingga beliau mendapat jolokan Ustad Gaul.
Semasa kecil, Allahyarham sudah menunjukkan usaha serta kejayaan dalam bidang agama apabila Allahyarham menjuarai Musabaqah Tilawatil Quran (MTQ) di peringkat wilayah.
Allahyarham juga sempat melanjutkan pelajaran di Pondok Pesantren Pon Daar el-Qolam Gintung, Tanggerang.
Oleh kerana perilakunya yang ‘nakal’, Allahyarham telah dibuang daripada meneruskan pengajian disitu dan berpindah ke Madrasah Aliyah.
Pada 1990, Allahyarham meneruskan pengajiannya di Akademi Broadcasting.
Oleh kerana kenakalannya, Allahyarham akhirnya tidak menghabiskan pengajiannya itu.
Pada 1991, Allahyarham menjadi penari di salah sebuah kelab.
Bukan itu sahaja, Allahyarham turut melibatkan diri dalam bidang lakonan apabila Allahyarham berlakon dalam sebuah drama.
Pada 7 September 1999, Allahyarham telah menikah secara sirih dengan Pipik Dian Irawati, yang pernah menjadi model muka hadapan sebuah majalah.
Dua bulan setelah menikah secara sirih, Allahyarham dan Pipik telah mengadakan majlis rasmi perkahwinan mereka di Kota Semarang.
Kedua pasangan bahagia ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Adiba Khanza Az-Zahra, Mohammad Abidzar Al-Ghifari, dan Ayla Azuhro.
Allahyarham dikatakan bertaubat dan meninggalkan segala kemungkaran ketika menjalankan ibadah umrah bersama ibu dan kakaknya.
Pada masa yang sama, Allahyarham turut menerima amanah daripada abang sulungnya Alm. H. Abdullah Riyad untuk meluaskan usaha dakwah di Jakarta.
Allahyarham diminta untuk meneruskan kegiatan dakwah abang sulungnya itu kerana sebelum ini abangnya telah mendapat kepercayaan daripada Majlis Ugame Islam Singapura (MUIS) untuk menjadi imam besar di Masjid Haji Mohammad Soleh di Palmer Road, Singapura.
Allahyarham berdakwah buat pertama kali di sebuah masjid di Mangga Dua. Isterinya, Pipik Dian Irawati bertindak sebagai penulis teks dakwah.
Menerusi ceramah itu, Allahyarham menerima bayaran lumayan bernilai Rp 35.000 yang kemudian diberikan kepada isterinya.
Bermula dari situ Allahyarham mempergiatkan usaha dakwahnya di majlis-majlis taklim, surau dan masjid.
Kini namanya telah mendapat tempat di kalangan rakyat Indonesia terutama golongan muda.
Cara penyampaiannya yang menarik serta mesra dengan golongan muda menjadikan Allahyarham tokoh agama terkemuka di Indonesia masa ini.
Selain berdakwah melalui ceramah, Allahyarham juga menyampaikan dakwah menerusi la-lagu Islami, yang terkandung dalam albumnya, Lahir Kembali yang diterbitkan pada 2006.
Bukan itu sahaja, Allahyarham turut berkolaborasi bersama penyanyi lagu-lagu Islami popular Indonesia, Opick.
Allahyarham turut bergandingan bersama kumpulan Ungu sekaligus menerbitkan mini album bertajuk ‘Para Pencari-Mu’ pada 2007.
Hari ini, jasa Allahyarham dibalas oleh ratusan ribu iringan doa serta ribuan warga Indonesia yang hadir majlis pengkebumian beliau.
Semoga Allah memberkati segala ilmu serta usaha yang diberikan oleh Allahyarham sepanjang hayatnya.
Sekaligus tempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Saksikan majlis pengkebumi Allahyarham yang menarik ratusan ribu manusia dan zikir taubat yang pernah dipimpinnya suatu ketika dulu.
No comments:
Post a Comment