Monday, 4 March 2013

8 Cara Ringkas Meningkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah


Sebelum pergi kepada 8 cara ringkas meningkatkanmotivasi diri dengan kembali kepada fitrah, ada baiknya mengetahui bahawa dalam menyusuri jalan kejayaan, kadangkala arah akan sedikit tersasar.
Sebagai contoh ketika menjalankan perniagaan, ada ketikanya semangat membangunkan empayar sedikit diuji.
Hal ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan manusia biasa. Ia merupakan suatu ujian bagi menyedarkan seseorang agar sentiasa mengemas kini status (update status) diri sebagai hamba.
Di antara nikmat yang paling besar di akhirat kelak adalah mendapat pengiktirafan dan gelaran sebagai ‘Hamba Allah’.

Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri



Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan:
  1. Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya
  2. Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
  3. ‘Enjoy’ bersama rakan-rakan
  4. Membawa diri untuk mencari ketenangan
  5. Menghabiskan masa dengan hobi
  6. Berkongsi masalah bersama rakan karib
  7. Dan lain-lain.
Kebanyakan cara yang disenaraikan betul. Namun di sebalik semua itu, cara yang baik untuk mengembalikan motivasi diri adalah dengan kembali kepada fitrah.
Tingkatkan Motivasi Diri

Kembali Kepada Fitrah

Kembali kepada fitrah mudah difahami dengan menghayati konsep ‘Hamba Allah’.
Apakah tujuan sebenar manusia diciptakan di muka bumi Allah ini? Bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya?.
Tujuan sebenar manusia diciptakan telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Zaariyaat, ayat 56 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk merekamenyembah dan beribadat kepadaKu”.
Secara tersurat, ayat di atas jelas menunjukkan tujuan manusia dicipta adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah.
Penjelasan ini juga sekaligus menjawab persoalan bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya, iaitu dengan mentaati segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah

Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas

Bagaimana menghubungkan di antara ‘Meningkatkan Motivasi Diri dan ‘Kembali Kepada Fitrah’?
Ketika diuji dengan motivasi diri yang menurun, cara terbaik meningkatkannya kembali adalah dengan kembali kepada Allah (kenyataan ini tidak menafikan cara-cara yang lain). Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah:
Cara  # 1 – Membaca Al-Quran
Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling atas.
Cara # 2 – Berzikir
Motivasi diri yang menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah mampu ditenangkan dengan mengingati Allah (zikrullah).
Cara # 3 – Memerhati Kejadian Alam
Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati kejadian alam.
Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian yang berlaku ada yang mengaturnya.
Cara # 4 – Mendampingi Para Ulama Dan Masjid
Jaringan kenalan yang positif memberi kesan yang baik kepada motivasi diri.
Selain itu, seorang rakan Rusia memberitahu penulis bahawa hatinya terasa tenang setelah menjejakkan kaki di masjid. Selepas itu, hatinya terus mendapat hidayah dan memeluk Islam.
Motivasi Diri Dan Kembali Kepada Fitrah
Cara # 5 – Menghadiri Majlis Ilmu
Terdapat beberapa kebaikan menghadiri majlis ilmu. Antaranya dapat membina jaringan, menambah kenalan, berjumpa dengan mentor (ustaz atau ustazah) dan menambah ilmu pengetahuan. Kesemuanya mampu meningkatkan motivasi diri.
Cara # 6 – Mendengar Kuliah Agama
Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam al-Quran disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.
Cara # 7 – Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan)
Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan fikiran.
Cara # 8 – Berbuat Kebaikan

Akhir Kata…

  • Sebagai orang Islam, keyakinan kepada Allah dan ajaran Islam adalah sumber utama meningkatkan motivasi diri.
  • Suatu masa dahulu sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab merupakan bangsa yang dikatakan ‘tiada apa-apa’. Namun kedatangan Islam telah membawa ‘sinar cahaya’.
Demikian secebis perkongsian tentang 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diridengan kembali kepada fitrah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...