KUALA LUMPUR: Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya
di ISTAC, Taman Duta di sini petang Isnin.
Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan adalah tokoh yang
tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan
penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.
Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam
bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969.
Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam
UM sehingga tahun 1973.
Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat
(D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia Kini beliau adalah Felo Amat Utama
Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.
Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islamdi ISTAC, Taman Duta di sini petang Isnin.
Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan adalah tokoh yang
tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan
penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.
Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam
bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969.
Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam
UM sehingga tahun 1973.
Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat
(D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia Kini beliau adalah Felo Amat Utama
Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.
Universiti Petronas.
Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak
berusia antara 20 hingga 40-an.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini.
No comments:
Post a Comment