Perkongsian ilmu agama,as sunnah,dakwah,ukhwah,tips,motivasi,cinta dan pelbagai ilmu bermaafaat ^_^
Thursday, 21 March 2013
erti ikhlas
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ia sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal - solat, zakat, membaca al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah; kerana suruhan-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar..
Labels:
TAKZIRAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment