Friday, 8 March 2013

Air Dari Syurga




Ada dua air yang berasal dari syurga, iaitu air zam-zam dan mata air Salwan di Baitul Maqdis. Selain air zam-zam dan air Salwan, Sungai Nil dan Furat juga berasal dari Syurga.

Dalam perjalanan Isra' dan Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w melihat empat batang sungai di Sidratul Muntaha, dua batang sungai di syurga dan dua batang lagi terlihat di langit dunia. Baginda bertanya kepada Jibril sungai apakah itu, Jibril berkata dua batang sungai di syurga dan dua lagi adalah Sungai Nil dan Furat. Asalnya kedua-dua sungai itu adalah di Surga yang kemudiannya mengalir ke bumi dan keluar daripada matair bumi.

Air zam-zam tidak akan kering walaupun di musim kemarau. Air zam-zam juga tidak akan melimpah , kerana ia sentiasa berada di paras yang sama. Ketika siti hajar mengepung mata iar yang keluar dari bumi kerana ia khuatir air tersebut kering, Malaikat Jibrail berkata, "Janganlah enkau bimbang hilangnya air zam-zam wahai penghuni lembah ini,sesungguhnya ia adalah minuman bagi seluruh tetamu ALLAH.


Sebelum terjadi kiamat yang menghancurleburkan dunia ini, Allah akan mengangkat air zam-zam ke langit dan yang tinggal di bumi pada waktu itu hanyalah air biasa sahaja. Pada waktu itu nanti bumi akan mengeluarkan emas dan perak dari dalam perut bumi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...