Mahu tak mahu..setiap dari kita pasti akan mati.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati!" (ali 'imran:19)
Jadi terpulanglah pada kita untuk memilih jalan pengakhiran hidup kita selama ini...
Husnul khotimah ataupun su'ul khotimah. Satu cara pengakhiran hidup yang paling mulia ialah mati syahid.. Apa tu syahid ??
Syahid ada dua jenis:
Syahid Kubra
Syahid Kubra
Mati syahid di medan peperangan, di mana mujahid itu berperang semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah. Syahid seperti ini tidak perlu dimandikan atau dikafankan.
Syahid Sughra
Mati syahid kerana penyakit ta'un, kerana kehamilan, dibunuh pencuri dan lain-lain musibah yang tidak disengajakan oleh mangsa. Syahid seperti ini, pengurusan jenazah adalah seperti biasa.
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim)
Orang yang bercita-cita mati syahid, tetapi mati di tempat tidur juga dianggap syahid seperti hadis diriwayatkan Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah, yang bermaksud: Daripada Sahl bin Hanif r.a bahawa Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang mengharapkan daripada Allah mati syahid dengan hati yang benar (jujur dan ikhlas), nescaya akan diletakkan Allah kedudukannya di tempat kalangan syuhada sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya.”
Kelebihan bagi para syuhada:
Rasulullah bersabda "Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
- Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
- Melihat tempatnya didalam surga
- Dilindungi dari azab kubur
- Terjamin keamanannya dari malapetaka besar
- Merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
- Diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
Golongan beriman yang gugur sebagai mati syahid sebenarnya hidup di sisi Allah seperti dinyatakan pada ayat 169, surah Ali Imran, maksudnya: “Dan, jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Jadi...jalan mana yang kita nak?? Renung-renungkan, dan selamat memilih..!!!
No comments:
Post a Comment