Menurut Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw berkata:
“Sesiapa yang berselawat 1 kali ke atasku, maka Allah akan berselawat sebanyak 10 kali kepadanya, dihapuskan daripadanya 10 kesalahan dan diangkat darjatnya 10 tingkat.” (Dilaporkan oleh an-Nasa’i dan Ibnu Hibban)
Kelebihan Selawat
Menurut Ibnu Dibai di dalam kitab hadai’qul anwar, terlalu banyak kelebihan dan faedah membaca selawat. antaranya:-
1. Sebagai cara menjunjung perintah Allah seperti yang terkandung dalam ayat 56 surah al-Ahzab.2. Mengikut amalan para malaikat yang berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.3. Mendapat cahaya zahir dan batin.4. menyucikan hati dan jiwa.5. mendapat rahmat Allah SWT.6. Memperoleh keberkatan dalam hidup.7. Mendapat salam dari Allah SWT.Jom berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w…
No comments:
Post a Comment