Friday, 22 March 2013

Renungan Jumaat



agama
Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat.
Rasulullah S.A.W bersabda “Sebarkan walaupun daripada sepotong ayat-ku.”

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut syahadah ketika sakaratul maut. 

LIMA perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat  amalan seperti berikut: 


1.
        Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk 
2.       Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, insyaAllah jauh daripada penyakit (susah nak kena sakit).

3.       Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).  Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam  sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4.       Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang  menjumpai di mana dalam badan  ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang Yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5.       Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah  menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). 

Sabda Nabi ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya. Cara senang utk dapatkan pahala walaupun selepas mati “

a.
       Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 sahaja. Setiap kali orang guna, anda akan mendapat pahala walau selepas mati 
b.
       Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit mengguna , anda akan mendapat pahala . 
c.
       Beri baju kpd orang, setiap kali orang pakai , anda mendapat pahala.
d.
       Beri makanan kpd orang, anda mendapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya . 
e.
       Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada.
f.
         Kongsi mesej ini dengan orang ramai. Walaupun seorang sahaja, tolong kongsi dengan orang lain, anda akan mendapat pahala sebab anda telah  berdakwah untuk        sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata-mata.

7 kalimat yg harus dibiasakan 
:
1.       Bismillahirrahmannirrahim Setiap hendak melakukan sesuatu.
2.       Alhamdulilah Setiap habis melakukan sesuatu.
3.       Astagafirullah Jika melakukan sesuatu yang buruk.
4.       InsyaAllah Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.
5.       Laa hawla walaaquwwata illaah billaah Apabila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.       Innalillahi wainna ilaihi rojiun Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.
7.       Lailaha illallah Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.
 
Ada 2 pilihan untuk anda 
:
1.       Biarkan saja teks ini tanpa bermanfaat utk orang lain.
2.       Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda; “Barang siapa orang menyampaikan 1 ilmu saja dan ada orang yang  mengamalkannya, maka walaupun orang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala” 
Amiiin ya rabbal alamin
 . Semoga bermanfaat. Amin....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...