Semakin hari, kita semakin dewasa. Hari ini kita melihat generasi yang
lebih muda
daripada kita. Kita rasa mereka lebih teruk daripada kita (padahal
sama saja dengan
kita sewaktu muda remaja dulu). Cuma, sekarang kita dah sedar
bahawa apa yang
kita pernah buat dahulu adalah satu kesalahan. Semoga ALLAH ampunkan kita.
lebih muda
daripada kita. Kita rasa mereka lebih teruk daripada kita (padahal
sama saja dengan
kita sewaktu muda remaja dulu). Cuma, sekarang kita dah sedar
bahawa apa yang
kita pernah buat dahulu adalah satu kesalahan. Semoga ALLAH ampunkan kita.
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama ALLAH dan janganlah kamu bercerai-berai serta ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu orang yang bersaudara kerana nikmat ALLAH
Juga kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah, ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." [Surah Ali Imran 3 :103]
Andai diri rasa lemah. Mencari kekuatan tetapi tidak jumpa. Sedarlah wahai diri bahawa kekuatan yang dicari ada pada ALLAH. Mintalah bantuan dengan ALLAH,
rendahkan dirimu, sujudlah kepadaNYA. Kita sebagai manusia biasa sering
kali lalai dan alpa. Oleh itu, apabila sedar cepat-cepatlah kembali kepada
ALLAH SWT.
Kini dan masa yang akan datang, kita buktikan bahawa kita adalah muslim yang mengejar redha ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh.
Seluas-luas pintu adalah pintu TAUBAT..
Kembalilah kepada ALLAH.. jom!!
No comments:
Post a Comment