Sunday 28 April 2013

COUPLE :Apa Hukumnya?







Ber'pacaran' atau couple memang tajuk yang sentiasa hangat diperkatakan. Terutama dikalangan remaja sekarang ini. Bermacam-macam pendapat di keluarkan kepada masyarakat yang sudah jahil dalam agama ini. Ada yang kata halal, ada yang kata haram, ada yang kata makruh, ada yang kata sunat! Wa... Teruknye perangai! Semata-mata nak halalkan perkara yang sudah haram ini. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud :"Sesungguhnya halal itu nyata dan haram itu nyata..." (Al-Hadith).

Dulu, saya mengaku memang tidak ada kekuatan untuk membicarakan isu ini. Maklumlah, ramai kawan-kawan di sekeliling kita berpacaran (Mungkin dulu-dulu, diri sendiri pun pernah berpacaran waktu zaman jahilliyyah, Astaghfirullah...), jadi ambil 'nafas' dahulu untuk dapat kekuatan. Bila melihat tentang isu ini, beberapa kajian rambang telah saya jalankan kepada rakan-rakan terdekat. Semakin banyak kajian yang telah di teliti, semakin takut dan yakin dalam diri saya bahawa budaya ini memang HARAM! HARAM JIDDAN! (huh... Macam syadid sangat ni, hehehe...)


Nak tau kenapa saya katakan begitu? Sebelum saya ceritakan lebih lanjut tentang budaya ini, izinkan saya memberi pendapat tentang budaya ini secara 'helicopter view' . Budaya ini bila di lihat dikalangan pelajar, bila ditanya kepada mereka, mereka katakan bahawa mereka suka ber'couple' kerana ini :


1. "Just for fun. Bukannya aku nak kahwin pun dengan dia. Nanti kalau aku nak kahwin, aku cari la yang lain"

2. "Perancangan masa hadapan. Maklumlah, nak cari isteri zaman la ni memang susah... So, kita booking awal-awal"

3. "Dah semua orang kat sini couple, tak kan aku tak leh couplekot!"

4. " Nak bagi tahu bahawa saya ni dah berpunya, karang ramai orang nak ngorat kita, susah pulak... Hehehe..."

5. "Apa salahnya kalau kita cinta cara islamik, ana tau la jaga diri ana, enta jangan sibuk hal ana boleh tak?"

Petikan-petikan di atas memang nampak macam tak serius. Kalau serius macam mana? Huhu... Dahsyat betul orang zaman sekarang ini. Dapat disimpulkan, orang zaman sekarang ini ada dua jenis, ada yang bercinta untuk seronok-seronok (Seronok untuk apa? Wallahu a'lam) dan ada yang bercinta untuk alam perkahwinan (kononnya...). Tapi ingat! walaupun bercinta untuk kahwin, seolah-olah kita ssebenarnya sudah ambil madunya sebelum si lebah yang sebenarnya sebagai si pengangkut madu... Kalau dah ambil manisnya, tentulah sukar untuk dapat 'kemanisan' perkahwinan itu.


Suka untuk saya mengeluarkan beberapa fakta yang cukup kontroversi. Bukan kerana apa, tetapi sebagai peringatan untuk anak muda. Saya yakin dan percaya ada yang tidak dapat terima apa yang saya katakan ini.... Mungkin sampai satu tahap, ada yang akan membenci saya. Tapi, inilah hakikat. Kata Rasulullah : "Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit." Inilah fakta yang menggerunkan..... :





1.Lelaki yang pernah atau sedang berpacaran barangkali pernah melihat gambar-gambar lucah (Yang tak dapat nak dielakkan adalah bila hatinya agak kotor, jadi kekotoran itu sampai dapat dilihat pada zahirnya, nauzubillah...). Kalau tak buat tu, mungkin di antara golongan yang masih awal lagi bercinta. Percaya ataupun tidak, (Kalau Allah nak tunjuk tu, kita akan nampak juga....). Cuba anda jalankan satu eksperimen ini. Minta pendrive dari kawan-kawan yang sedang berpacaran, cuba buka setting hidden file pada komputer yang anda sedang gunakan. Lihat apa yang ada dalam pendrive kawan anda. Jangan terkejut kalau apa yang saya katakan betul! (Nasihat saya, tolong delete kalau jumpe benda yang tidak senonoh tu...) Kalau tidak jumpa apa-apa, doakan kebaikan untuk sahabat kita... Insya Allah.


2. Lelaki yang jenis aktif dalam program-program dakwah, selalunya dapat mengubah diri dari terjebak dalam gejala ini secara drastik, tetapi bagi kaum wanita... (Agak susah sikit...) Entah le... Sebab apa pu saya tak pasti... Mungkin itu kelebihan yang Allah bagi pada lelaki. Sebab lelaki yang berada dalam program dakwah kadang-kadang jadi "kirana" untuk wanita solehah. Doa seorang muslimah kadang-kadang lebih hebat dari lelaki tau! Beruntung dapat wanita solehah.... Jadi, berazamlah untuk berubah dan cubalah berintima' dengan mana-mana jemaah. Dalam Al-Quran sendiri mengatakan, lelaki baik untuk perempuan baik. Jadi, jadilah seorang yang baik!


2.Perempuan yang bertudung labuh kerana berfesyen bukan kerana menutup aurat (Maksudnya, mungkin bukan dari Sekolah Agama, jadi nampak seolah-olah pakai tudung labuh ni lebih bergaya dan kalau pkai tudung kecil pun tidak ada masalah...) jika berpacaran, sama sahaja dengan perempuan yang tidak bertudung atau bertudung tak labuh (Maksudnya, kalau lah perempuan jenis ini berpacaran...)


3. Ada di antara perempuan-perempuan yang tidak bertudung (free-hair), yang di katakan cantik bagi kaum lelaki, dan berpacaran pada masa yang sama telah terlanjur melakukan zina... Astaghfirullah. Kalau bukan, maknanya ia berada dalam golongan minoriti rasanya...


4.Banyak juga pasangan yang berpacaran pernah berpelukan atau bercumbu-cumbuan sebelum berkahwin.


5.Sangat banyak pasangan yang berpacaran pasti menyentuh kulit berlainan jantina.


6.Banyak laporan kes rogol mesti bermula dari sebuah percintaan.


7. Dalam Islam, tidak ada cinta Islamik. Kalau ada, itu adalah satu pembohongan yang nyata.


8. Nak dapat perempuan baik, lelaki kena baik. Begitulah sebaliknya....


9.Bertaubat dan tinggalkan couple (secara beransur atau drastik) adalah cara yang terbaik untuk menjauhi zina.

10. Perempuan yang bertudung labuh boleh rosak jika pilih lelaki yang rosak. Jadi, berhati-hatilah wahai kaum muslimah.

Bedasarkan fakta-fakta diatas, ingin saya memaklumkan bahawa angka peratusan di atas mungkin berubah-rubah. Menurut Elvin Tofler, di antara pembohongan yang nyata yang selalu dibuat oleh manusia adalah mewujudkan statistik. Sebab itu saya tak letak statistik. Tetapi ingat! Faktanya adalah : Ia berlaku walaupun hanya seorang sahaja melakukan! Astaghfirullah...


Mudah-mudahan saya dan sahabat-sahabat di jauhkan oleh Allah dari segala fitnah dunia ini. Bagi muslimah, segeralah bernikah bagi mengelakkan penzinaan. Bagi muslimin, carilah isteri itu kerana agamanya. Kalau nak yang cantik itu, cukuplah sahaja pada yang ada di bidadari di syurga... Insya Allah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...