Sunday 28 April 2013

Muslim Hebat: Menangani Sangsi Terhadap Kesetiaan Pasangan




Assalamualaikum w.b.t




ujian berumah tangga itu pasti
Isteri menanti di ruang tamu. Sekali sekala tengok jam di dinding. Suami sepatutnya sudah sampai tatkala ini. 


"Jam ke yang rosak?" di alihkan pula pandangan pada jam di meja. 


Jarum jam berada dalam kedudukan yang sama.




"Sejam lebih terlambat balik. Mana dia pergi ni?" giginya mula di ketap.


Tak lama kemudian.



Terdengar enjin kereta di matikan di hadapan rumah.




Isteri bangun serta merta. Muka merah padam. Sedih. Marah. Risau. Gelabah. Perasaannya bercampur aduk. Tak sabar pulak menunggu si suami tiba di muka pintu rumah.



Suami menutup pintu kereta, lantas payungkan kepalaa dengan beg sandang yang di bawa. Dan berlari ke pintu utama. Sebahagian baju jelas basah di timpa titik hujan .


"Abang balik lambat ni abang pergi  jumpa perempuan mana?!" 
suara tinggi terkeluar.



Suami tiba di muka pintu, asalnya dengan senyuman. Akhirnya gamam.


*****


Situasi yang berlaku sebenarnya kerap kita lihat depan kaca tv. 




Cerita yang asalnya di olah hasil penelitian daripada kisah-kisah benar yang berlaku di dalam masyarakat kita jugak sebenarnya.



Cemburu boleh berlaku dalam banyak situasi. Cemburu antara adik beradik, rakan sekerja, jiran tetangga atau apas sahaja yang melibatkan 2 pihak untuk mendapat perhatian yang lebih.



Tepatnya. Cemburu datang bila melibatkan orang penting di dalam hati itu tiba-tiba mengalih perhatian pada yang lain. Walaupun hanyalah sangkaan semata-mata.


Inikan pula kalau cemburu di antara suami dan isteri. Cemburu antara dua orang yang di ikat hati mereka dari perkahwinan yang halal.



Menuduh, Menjadi Satu Doa

"Ha, kan saya dah kata awak memang ada orang lain! Betul tak apa yang saya cakap dulu? Pandai awak tipu saya!" 



Perkataan yang hanya terungkap setelah hampir bertahun-tahun menyimpan derita curiga. Seolah tertunggu-tunggu dan berdoa perkara yang tidak di ingini berlaku.



Walhal, kedatangan orang ketiga baru wujud ketika itu.



Menangani Perasaan Sangsi


Perkahwinan adalah satu ikatan menghalalkan apa jua antara dua orang daripada perkara-perkara yang haram sebelum bernikah. 



Kerana itulah, ia menjadi fokus utama pembisik durjana untuk menghancurkan dan memecahbelahkan manusia. Lupa kah kita? Itu janji iblis akan lakukan sehingga hari kiamat...



Bila kita curiga, bukan alasan untuk kita bertindak diluar batas ke atas pasangan. Sebagai contoh:
  • Mengupah penyiasat persendirian.
  • Tidak menghormati hak privacy pasangan, dengan menggeledah barang-barang dan sebagainya tanpa izin.
  • Apatah lagi untuk mengeluarkan perkataan buruk semata-mata melayankan perasaan curiga yang kita sendiri belum tau kebenarannya.

Tiada yang baik, melainkan akan menimbulkan pergaduhan yang lebih besar. 



1.  Muhasabah Diri




harungi kepayahan bersama
Sebagai langkah pertama sebelum menyalahkan pasangan ialah periksa diri. Percaya bahawa itu adalah ujian berumah tangga. 


Tidaklah Allah menurunkan ujian selain melihat ingin sejauh mana kesabaran. Dalam masa yang sama, koreksi diri untuk memperbaiki di mana kesilapan yang kita terlepas pandang.


Usaha perbaiki diri daripada terus di belenggu curiga. Perbaiki hubungan antara Pencipta. Perbaiki Diri Dengan Pasangan. 


2.  Menyedari Hakikat Dapat Mengawal Perasaan

Bila kita sedar hakikat kita seorang hamba yang di nilai ketakwaan dengan ujian. Bila kita sedar hakikat kita tidak memiliki sesuatu di dunia ini, melainkan hanya pinjaman dari Allah. Maka, hati kita akan lebih tenang menerima cabaran berdepan dengan kesangsian.


3.  Memperbaiki Kekurangan Dan Kelemahan

Kalau kita hendak mencapai kejayaan, tidaklah ia datang melainkan kita berusaha terlebih dahulu. Perkara yang sama juga perlu kita lakukan kalau kita hendak memperbaiki hubungan antara pasangan. 

#Ujian hidup sentiasa membuatkan kita cuba mendekati Allah. Sesungguhnya Dia Mahukan begitu.  


4.  Berdoa Dan Tawakkal

Hati kita dan pasangan bersatu kerana Allah yang satukan. Dengan izinNya.
Dan bila hati kita timbul rasa curiga terhadap pasangan. Itu juga kerana Allah yang inginkan begitu. 

Waktu itu mengadulah padaNya. Pintalah agar di permudahkan segala urusan. 

Mohonlah semoga Allah bantu dalam menangani setiap ujian yang di berikan. Percayalah sebulat hati. Bila Allah menurunkan ujian. Hanya Allah sahajalah yang mampu melenyapkan ujian :) 


Maksud dari sepotong ayat al-Quran berkenaan prasangka:


"
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangkakan sangkaan yang di larang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,"surah al-Hujurat ayat 12


#Semoga kita dijauhkan dari prasangka yang merugikan dan hanya memakan diri. Amiin... 




Wassalam semua :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...