Sunday 28 April 2013

Wahai Perempuanku Jagalah Pandanganmu, Pakaianmu, Akhlakmu Dan Kuatkan Pendirianmu




Wahai perempuanku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan

 ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk
 menyatakan kehadiranmu. Jangan Perempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian 
kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan
 kebencian ALLAH. BAHANA!

Perempuanku,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji

 TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu..
 hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk
 tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing 
hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Perempuanku,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku 

khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung
 kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Perempuanku,

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui

 keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya 
serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Perempuanku,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya..

. Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan 
muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang
 Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan

 antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu,
 jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...